Pages

Tuesday, November 30, 2010

Cintaku...



Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...
p/s: Perkongsian article dari iluvislam.... smoga ia memberi peringatan dan manfaat buat diri ini, sahabat2 dan pembaca2 sekalian... 
p/s 2: Sedang mengambil mood nak buat partogram dan case write up...huhuuhu..
Jazakillah......

Sunday, November 21, 2010

Petua Untuk Hati



Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 
P/s: Petikan daripada article iluvislam.. La Tahzan....
So... Tak nak sedih @ runsing lagi.. Setiap kesusahan atau dugaan tu pasti akan ada kesenangan dan hikmah disebaliknya... Wallahuallam..
 
       

Friday, November 19, 2010

minggu pertama O&G posting

Assalamualaikum...

Sudah hampir seminggu saya melalui posting O&G untuk semester 6 nie. Posting yang memenatkan dan paling mencabar. Tidak tahulah boleh cope atau tidak. Sentiasa rasa kerisauan dan lemah semangat. Susahnya motivasi diri nak datang. Mungkin sebab jadualnya sangat padat dan pensyarahnya yang sangat tegas. Hari pertama workshop pun sudah kene perform abdominal palpation. Nervous punya pasal sampai palpate macam saya belajar waktu posting internal medicine.  Nasib baik tidak kena marah dengan Doktor. Hari kedua pun masih blur dengan kaedah pembelajaran untuk posting nie. Hari rabu tiada kelas sebab cuti raya Aidiladha. Tapi tak balik beraya disebabkan oleh cuti kami hanya sehari sahaja. So, kami yang rumah jauh nie terpaksalah beraya kat hukm sahaja. First time beraya bersama2 sahabat diperantauan. Memang sedih sebab tidak dapat bersama2 family di pagi raya dan makan ketupat palas dengan rendang bersama2. Tapi kesedihan ini terubat dengan kehadiran sahabat2 seperjuangan dan kami juga dapat makan lemang dengan rendang yang disediakan oleh pihak hukm selepas sembahyang sunat aidiladha. Hari ketiga posting O&G.. Saya kena marah dengan Prof Hatta. Huhuhu.. Memang sedih dan menakutkan. Kesilapan sendiri, siapa suruh call waktu dia tengah teaching... Kan dah kena sound yang terbaik punya. Confident and motivation level terus drop until zero. Sedih.... Nasib baik dapat groupmate yang quite supporter and they are very understanding. Memang rasa nak menangis pun ada sebab tidak mampu arrange perjumpaan dengan supervisor sendiri. Rasa tidak layak menjadi ketua group kecil. Mungkin saya tiada skill sebagai pemimpin kot. Dan hari ini (jumaat), penghulu segala hari, so saya cuba mengimprovekan diri dengan datang awal ke ward, buat blood taking dan cuba clerk pesakit O&G. Saya tak nak blur lagi sepanjang posting nie. Thanks kat kak mah sebab banyak bagi tunjuk ajar kat saya macam mana nak clerk and palpate abdomen patient. Saya minta maaf banyak2 kat group member sebab still can't manage to arrange appointment to meet our beloved supervisor. InsyaAllah, I will arrange our meeting before our first consultant ward round. Esok malam saya sudah start oncall. Nak observe delivery. Thanks aini sebab sanggup tukar jadual oncall dengan saya sebab pagi esok pun saya terlibat untuk hari keusahawanan kolej. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga saya dan sahabat2 seperjuangan mampu untuk menempuhi cabaran dan keperitan posting ini dan juga posting2 yang lain. InsyaAllah.. Amin..
Jazakillah...

p/s: sorry lah bercampur-aduk bahasa. tak reti nak translatekan perkataan2 english tu semua dalam BM. hehehe...

Friday, November 05, 2010

Post-Exam: Saya, cuti dan rumah...

Assalamualaikum....
Sekarang ni sedang menikmati cuti semester 5....
Bersyukur sangat sebab masih  diberi peluang oleh Allah berjumpa dengan abah, mama dan adik-adik...
Terubat rinduku pabila ketemu mereka semua...
Sudah hampir 2 bulan tidak menjejaki rumah....Home sweet home....
Banyak sekali kami bercerita. Tentang diriku dan  pelajaran ku, tentang apa yang berlaku di rumah sepanjang ketiadaanku dan mengenai adik-adikku yang berada jauh diperantauan.


Rumah...
Mamaku kerisauan kerana adikku seorang yang berada di Jitra, Kedah sedang mengalami kesulitan. Ya, Allah sedang menguji penduduk utara (especially Kedah) dengan dugaan banjir. Mendengar kisah adikku terperangkap dalam kolej dan tidak dapat keluar untuk membeli makanan meruntun hatiku. Hati mama apatah lagi. Hati emak mana yang tidak risau, bila mendengar kesusahan yang dihadapi oleh sang anak. 
Walaupun saya belum lagi menjadi seorang ibu, tapi saya tetap memahaminya. Menurut mama, adikku tidak dapat keluar hostel dan duit dia juga kehabisan. Ya Allah, kasihannya adikku. Ini kali pertama dia berada jauh daripada keluarga sebab sebelum ini kami semua adik-beradik hanya bersekolah di sekolah harian biasa dan ianya berdekatan dengan rumah. Hal makan minum dan kepayahan menguruskan diri jarang kami tempuhi. Semoga kau tabah wahai adikku dalam menempuhi dugaan ini. Selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Selepas itu, hal hari raya Haji @ Aidiladha pula mama dan abah keutarakan. Part ini yang menambahkan kesedihan sebab saya dan rakan-rakan seperjuangan especially semua budak-budak medic hanya diberi cuti selama sehari sahaja iaitu hari Rabu, 17 November 2010. Mama sedih sebab kami tidak dapat beraya bersama kali ni. Sudahlah masa raya Aidilfitri yang lepas pun hanya 3 hari sahaja dapat bersama keluarga sebab saya sudah mula kelas di Tanjung Karang masa raya ke-4. Sedihnya... Mama baru merancang mahu buat ketupat daun palas untuk saya. Hanya saya sahaja antara adik-beradik yang suka makan ketupat daun palas. Tapi nasib baik kakak dan adik-adik lain yang jauh diperantauan dapat balik beraya masa hari raya nanti. Saya katakan pada mama dan abah ini baru permulaan dugaan yang saya lalui sebab selepas ini apabila saya sudah bergelar seorang doktor(insyaAllah lagi 2 tahun setengah) dan mempunyai keluarga sendiri  mungkin saya akan selalu tidak dapat bersama mereka walaupun pada hari raya(hopefully not).

Hajatku...
Dan saya pun membuka cerita pasal hajat saya mahu membeli motor kepada orang tua saya. Alang-alang sudah berkumpul ini. So, saya pun menceritakan kepayahan kalau nak bergerak keluar-masuk daripada kolej. Memang memerlukan kenderaan. Kalau naik teksi memang mahal. Around RM 8 untuk ke LRT Bandar Tun Razak. Rasa serik pula sebab jarak LRT tu dengan HUKM sangat dekat dan tidak berbaloi membayar harga tambang tersebut. Berbalik pada cerita mahu beli motor tu. Mulanya mama tidak menyokong saya menbelinya sebab soal keselamatan anak dara nya seorang ini membawa motor sangat membimbangkannya. Dan abah pula tidak menentang tapi menyokong saya untuk membeli motor. Siap menyenaraikan lagi jenis motor dan kedai motor yang saya boleh lawati untuk dapatkan motor tersebut. Thanks abah sebab memahami. Bila abah sudah bersetuju, mama pun turut bersetuju tapi mama still bertanya kenapa tidak beli kereta sahaja. Dan jawapan saya, jalan sesak kalau nak bawa kereta kat Kuala Lumpur.
Kenapa saya desperate sangat mahu beli motor ni?? Sebab susah nak pergi buat rawatan gigi di ukmkl di samping senang nak pergi beli barang yang tiada dijual di ktdi. Selain itu, saya dah rasa sangat segan pinjam kenderaan kat kawan2 especially my roomate. Itu yang termotivate nak beli motor sangat2. So, apabila mama dan abah sudah bersetuju untuk saya membeli motor ni, saya pun apalagi seronok dan gumbiralah.InsyaAllah esok atau lusa kami akan pergi search kedai motor untuk cari motor yang sesuai dengan saya tapi jenis motor yang saya nak mestilah honda wave warna biru atau merah. Tak sabar rasanya nak pergi beli.
my dream motorbike



Lepaskan Tension di Broga Hill...
Selain itu, baru-baru ini, saya dan sahabat2 seramai 14 orang telah menawan puncak Bukit Broga. . Kami bertolak dari hukm pada pukul 5 pagi dan sampai di Semenyih pada pukul 6 pagi dan singgah solat subuh di masjid berdekatan.
Kami memulakan pendakian kami seawal 6.15 pagi. Keadaan waktu tu sangat gelap. Tetapi nasib kami baik sebab ada di antara sahabat2 kami yang berpengalaman mendaki gunung mengetuai misi ini. Akhirnya, dalam pukul 7 pagi kami sampai di puncak pertama Broga Hills. Subhanallah, sungguh cantik pemandangan pabila dilihat dari puncak gunung. Walaupun ada di antara kami yang mengalami pelbagai dugaan untuk sampai ke atas puncak tersebut, tetapi mereka tetap sampai ke puncak. Alhamdulillah, syukur tiada apa-apa musibah yang berlaku sepanjang kami menaiki atau menuruni bukit tersebut walaupun bukit tersebut sangatlah curam. Aktiviti kami di atas puncak tersebut mestilah bergambar sambil menghayati pemandangan matahari terbit. Terima kasih juga kepada 2 orang photographer yang tidak penat lelah melayan kami yang sangat suka bergambar ni. Siapa kata wanita tidak boleh plan such that activity? Kami mampu lakukannya tanpa kehadiran sang adam. Ya, kami serikandi muslimah mampu melakukannya. Tepat pukul 10 pagi kami sudah selesai turun daripada bukit. Sungguh penat tetapi kami sangat berpuas hati. InsyaAllah kalau ada rezeki kami mahu pergi hiking lagi tetapi di gunung atau bukit yang lain pula.
credit to nadiah for this picture


14 serikandi menawan puncak Broga Hill's
credit to najwae for this picture
Plan Cuti...
Cuti-cuti ini, ramai pula yang akan melangsungkan perkahwinan. Hujung minggu ini sahaja ada dua jemputan perkahwinan. Kedua-duanya melangsungkan pada hari yang sama. Satu daripada kawan sekolah. Abangnya akan berkahwin. Satu lagi sepupu saya sendiri akan berkahwin. Tak tahu nak attend yang mana satu. Bercakap pasal kahwin ini, diri ini terfikir bila pula turn saya. Hahaha.... Jangan nak merepek, habiskan study dulu baru boleh fikirkan soal berumah-tangga ini.


Waktu cuti juga, saya plan nak study for next posting. Obstetric and Gynaecology (O&G). The most difficult and scary posting as my seniors and friends said. Must prepare mental and physical to prevent from culture shock. Diri ini terasa takut pula mahu menghadapi posting tersebut which is the most killer posting. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tidak tahulah mampu atau tidak diri ini melawan nafsu bercuti sambil belajar. Ya Allah, permudahkanlah.



Post Exam Feeling...
Pelbagai perasaan berlegar-legar di hati ini. Takut, risau, resah dan gelisah untuk menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.Hanya tawakkal kepada Allah sahaja yang mampu saya lakukan. Semoga saya dan sahabat2 seperjuangan lulus untuk peperiksaan pertama tahun klinikal ini. Semoga Allah berikan kekuatan dan semangat kepada kami untuk menghadapi apa sahaja dugaan yang bakal kami hadapi kelak. Moga baik2 belaka yang akan kami tempuhi. InsyaAllah, segala usaha, diiringi doa dan istiqamah, pasti akan berjaya...

"Dan dengan mengingati Allah itu hati2 akan menjadi tenang"




Syukran Jazillan...

p/s: Banyak pula menulis kali nie... sebenarnya kebosanan tak tahu nak buat apa... sementara ada internet kat rumah nie lebih baik manfaatkannya....hehehe

Thursday, November 04, 2010

Aku Cuma An-Nisaa



Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
p/s: Terasa diri ini tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi diri ini tidak pula sanggup untuk ke neraka-Mu. Ya Allah terimalah taubat hamba-Mu ini...Semoga diri ini terus istiqamah dalam jalan menuju-Mu. Semoga ibadahku diterima Allah...  dan hidup dan matiku hanyalah kerana Allah....
Amin Ya Rabbala'lamin...
Syukran jazillan....