Pages

Monday, April 25, 2011

~sweet~

Salam alayk....

Cuti kali nie saya dapat kejutan..
huhuhu..
sahabat baikku sejak umur 2 tahun hendak bertunang...
beliau bertunang pada 23 April 2011
iaitu hari sabtu lepas..
[sama pula tarikh tunang Ashraf Muslim...]
rasa nak marah gak sebab tak beritahu awal2
nasib baek mak kami berdua bersahabat baik..
sebab tu lah saya dapat tahu..
thanx makcik Sabariah aka m'cik Yah sebab jemput kami sekeluarga datang..

tak sangka beliau sudah sah menjadi tunangan orang..
ingat lagi semasa kami kecik2...
beliau seorang sahabat saya yang masih berkekalan sampai sekarang...
kami tadika, sekolah rendah dan menengah bersama2..
sekarang nie beliau sudah bekerja
sebagai tukang masak di kem tentera di Port Dickson
rumah kami pon tak jauh..
sejak dulu sampai sekarang...
mungkin persahabatan kami ini tempias drpd persahabatan ibubapa kami
bapa dia dengan perents saya sama2 bekerja sebagai tentera udara di Ipoh
first time pindah di Ipoh masa umur saya 2 tahun
orang pertama dan sahabat saya yang pertama ialah dia
lepas bapa saya bersara drpd tentera kami pon berpindah..
family dia pon berpindah rumah berdekatan dengan perumahan kami
thats why kami bersekolah sama sampai tingkatan 5..
bila dah habis sekolah je kami kurang berjumpa
dia dengan kolej kemahiran dan ambil course katering
saya pula di ukm mengambil course perubatan

inilah kami...
walaupun berlainan bidang
tapi kemesraan kami tetap seperti dulu
tak sangka dah nak kahwin dah beliau..
huhuhu
katanya tahun depan
masa raya cina langsungnya walimah beliau
moga segalanya berjalan dengan lancar...
tahniah sekali lagi buat beliau
tak sangka beliau dapat orang kelantan
engineer pulak tu kerjanya...
bertuah betul...
semoga Allah merahmati dan memberkati
hubungan kalian sehingga ke jinjang pelamin...


Tahniah untuk sekian kali buat sahabatku
Nurul Izzati Redhuan
moga ikatan ukhwah kita berkekalan sampai ke syurga
aminnn...

Doa Rabitah

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin...







p/s: this week pergi kenduri kaksu pulak... ramai sahabat2 dan kenalan2 yang dah nak kawin dan yang sudah berkawin...kapan bila ya kita semua boleh ketemu lagi sahabat2 sekolahku....nanti kita plan buat reunion 5 tahun lagi nak..for sure tyme tu sume dah kawin... so sweet...^.^

Friday, April 08, 2011

~indahnya~

Salam alayk...

Indahnya suasana usrah itu sukar digambarkan. Hanya orang-orang yang terpilih oleh Allah sahajalah yang mengetahui betapa nikmatnya usrah itu. Saya mengenali usrah ini pun bermula saya menjejaki kaki ke UKM dan bermastautin di kolej tun syed nasir (KTSN). Disitulah bermulanya sesi pengenalan usrah buat diri saya. Saya tidak pernah melalui pengalaman berusrah ini semasa dibangku sekolah mungkin disebabkan saya bersekolah di sekolah harian biasa yang berada terpencil di kampung. Orang yang menta'aruf saya mengenai usrah ini adalah kak farih, kak mas dan kak farah. Selepas itu kami di 'allocate'kan dengan naqibah masing-masing dan naqibah saya yang pertama adalah kak suhana. Beliau banyak menceritakan kepentingan tarbiyyah ini kepada kami walaupun kami sedar waktu itu pelajar tahun satu sememangnya wajib mengikuti usrah yang ditetapkan oleh BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) KTSN.

Syukur tidak terhingga kerana kewajipan tersebut. Sememangnya program tarbiyyah itu hukumnya fardu ain yang amat dituntut untuk kita mempelajarinya. Selepas beberapa bulan dalam usrah BADAR, seorang sahabat meng'offer' saya untuk terlibat dalam satu lagi usrah yang dikelolakan oleh KARISMA (JIM). Alhamdulillah, berada dalam usrah ini saya berasa lebih tersusun kerana usrah ini akan berterusan sehingga saya habis belajar di UKM.. Terlalu banyak yang saya pelajari daripada usrah itu sendiri. Amat tidak setuju apabila ada sahabat-sahabat saya yang tidak mengikuti usrah mengatakan 'waste time' kalau pergi usrah. Disamping berusrah, kami juga dipinta oleh naqibah-naqibah kami untuk terus perform better in our study. Mereka selalu mengingatkan bahawa sememangnya mempelajari ilmu perubatan itu suatu yang teramat sukar tetapi apabila kita meluangkan masa kita dengan program yang berbentuk kerohanian ini, Allah akan memudahkan pembelajaran atau urusan kita.

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
Muhammad: 7

Pernah juga diri ini dicemuh oleh pensyarah sendiri kerana mengikuti program-program tarbiyyah ini. Beliau mengatakan disebabkan kami 'busy' berusrah ke sana ke mari pada waktu malam sehingga masa untuk kami belajar pun tiada. Memang masa tu rasa sangat 'down' dan sedih. Rasa diri ini ditampar bertalu-talu oleh pensyarah tersebut. Namun saya mengambil ia sebagai suatu cabaran untuk mentarbiyyah diri ini dan juga sebagai kata-kata semangat supaya terus gigih belajar disamping rajin mengikuti program tarbiyyah. Terima kasih jua kepada kakak senior yang terus memberi dorongan dan semangat apabila diri ini berada dalam kesedihan.

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." 
Al-'Ankabut: 2-3

Semalam usrah yang terakhir untuk semester 6 (tahun 3) buat kami. Rasa sangat sekejap masa berlalu sehingga tiada rasa bahawa sudah 3 tahun kami berada dalam usrah yang sama dan berkongsi cerita dan pengalaman kami bersama-sama. Dalam usrah kali ini pun makcik naqibah kami menceritakan tentang hakikat masa dalam kehidupan seseorang manusia dan Allah juga banyak bersumpah dengan masa contohnya dalam surah Al-'Asr (demi masa), Ad-Duha (demi waktu duha), Al-Lail (demi malam) dan Al-Fajr (demi fajar). Makcik juga menceritakan bahawa betapa kedekutnya manusia itu dengan masa kerana masa tersebut sangat berharga. Begitu jualah yang hendak di'analogi'kan untuk situasi kami kerana apabila kami sudah graduate dan bergelar doktor, jangan sesekali kedekut masa kami dengan mentarbiyyah atau berdakwah kepada masyarakat. Bak kata makcik "Kata-kata doktor nie semua orang percaya dan insyaAllah mereka akan mudah mengikutinya."

Kami juga ditekankan dengan 10 Muwassafat tarbiyyah yang perlu kami capai apabila sudah hampir 3 tahun mengikuti jalan tarbiyyah ini.. Jom 'recap' semula 10 Muwassafat Tarbiyyah yang perlu ada dalam diri kita...

Aqidah yang sejahtera
 Ibadah yang sahih
 Akhlak yang mantap
 Luas pengetahuan
 Sihat tubuh badan
 Mampu berdikari
 Melawan hawa nafsu
 Sangat menjaga masa
 Tersusun urusannya
 Bermanfaat pada orang lain

Sebelum balik ke kolej semula saya dan beberapa sahabat ada bertanyakan beberapa soalan kepada makcik naqibah kami berkaitan dengan soal jodoh dan kahwin di usia muda sebab sekarang ini ramai senior kami yang akan melangsungkan walimah.

Kami: Makcik kawen masa umur berapa ye?
Makcik: Owh, makcik kawen masa makcik umur 22 tahun.

Kami: Eh, kitakan dah 22 tahun.. Masa tu makcik dah kawen dah...haha.. Bila pula makcik dapat 1st child?
Makcik: My 1st child was born when i'm reach 24 years old...

Kami: Wahh.. Sangat muda makcik dah dapat anak.. Kami nie entah2 umur 24 atau 25 tahun pun belum tentu kawen lagi.. Macam mane ye makcik 'manage' perkahwinan di usia yang sangat muda dan masa tu baru sahaja habis study?
Makcik: Semuanya bermula dengan niat kita. Apa tujuan kita nak berkahwin.. Adakah sebab nak ikut2 orang atau kawan2 kita atau sebab kita memang nak memikul tanggungjawab dan amanah dalam berkeluarga. Selain itu, kita juga kene tahu bahawa banyak cabarannya apabila sudah mendirikan rumahtangga. Pastikan kita cukup bersedia untuk membinanya bersama-sama pasangan kita dan meniatkan tujuan kita kerana Allah.

Kami: Macam mane kami nak tahu yang kami sudah bersedia ke belum untuk mendirikan baitul muslim nie makcik?
Makcik: InsyaAllah, bila mana Allah melorongkan dan memudahkan urusan kita untuk membina masjid dan kita benar-benar yakin dengan orang yang akan memimpin kita itu.. Yang penting niat kita dan banyak tawakkal kepada Allah..

Kami: Owh... Bile pikir2 balik macam tak bersedia pula kami kalau nak berkahwin masa usia muda nie. Rasa banyak sangat ilmu yang kami tak mantap lagi. Ibadah pun ada yang tak istiqamah sangat.. huhu..
Makcik: InsyaAllah.. Allah akan menolong hamba-hambaNya yang betul niatnya.. Yang penting sekarang nie, you all mantapkan rohani dan pelajaran you all dulu. Nanti kalau sudah sampai seru, Allah akan memudahkan urusan antum2 semua untuk membina baitul masjid...Banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan dan mempercepatkan jodoh dan mengurniakan jodoh yang terbaik buat antum2 semua...
Kami: InsyaAllah makcik...

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya”.
At-Thalaq : 2-3

Itulah serba sedikit perkongsian yang kami perolehi daripada makcik naqibah kami sebelum kami balik ke kolej semalam dan menutup sesi usrah kami untuk tahun 3. Semoga Allah permudahkan jodoh dan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kami... InsyaAllah, kami akan berkumpul semula untuk semester hadapan.

Semoga segala input-input yang saya perolehi sepanjang mengikuti program tarbiyyah ini dapat mendidik saya dan sahabat-sahabat supaya terus berada jalan mujahadah untuk memperoleh keredhaan Allah. Yang penting adalah usaha kita untuk memperbaiki dan sentiasa memohon kepada Allah untuk kita terus istiqamah dan 'improve' diri kita setiap hari...

Gerun dengan firman Allah ini...
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
As-Saff : 2-3

Semoga apa yang ditulis dapat memberi peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian. Kalau diri ini alpa atau lagho' nasihatilah dan tegurilah kerana setiap manusia itu akan melakukan kesalahan. InsyaAllah saya akan memperbaikinya...

Jazakillah...

Dari kiri bawah: nadiah, aimi, shiqin
Dari kiri atas: ufairah, makcik Ila (our naqibah), rumaisa', saya
Tiada dalam gambar: siti, nai'mah, nabihah
(xper ekk the only pic kite smua bersama2 sye upload kat blog nie)


p/s: merindui suasana ini bila dah start cuti sem.... wish happy birthday buat sahabat dan juga usrahmate saya
[nadiah] dan juga nai'mah ... semoga Allah mengukuhkan ikatan ukhwah kita sampai ke akhir hayat... semoga kita semua berjaya di dunia dan juga akhirat...^ ^

Tuesday, April 05, 2011

~plan~

Salam Alayk...

(post kali nie tak ilmiah sikit.. abaikan saja ekk..)

Officially saya dan sahabat2 seposting dengan saya
sudah mengakhiri posting untuk tahun 3 sejak semalam lagi...
Sekarang nie kami sudah memulakan cuti akhir semester...
Ramai juga yang dah balik rumah
Ader juga yang menghabiskan masa pergi berjalan2
Currently saya still di dalam bilik saya di ktdi
Masih terfikir2 nak buat ape waktu cuti sem kali nie
Mama ader tanyer bile saya nak balik Ipoh..
Hehehe.. saya plan balik next week..
Kalau member2 seposting tanye pun saya jawab benda yang sama..
Diorang pelik kowt kenapa saya nie terlebih rajin nak stay kat kolej..
Huhuhu..
sebenarnya saya ader program hujung minggu nie...
Program anjuran KARISMA (JIM)
Program nie saya tidak tahu secara detail macam mana tentatifnya
tapi saya dan sahabat2 seusrah tidak sabar2 untuk join
InsyaAllah nanti saya postkan entry after program tersebut...
hehehe...

Hmm cuti kali nie saya plan banyak benda nak buat
Antaranya saya nak buat Elective posting
tapi tempatnya belum decide lagi
selain tu saya juga bercadang
nak buat tuisyen free untuk budak form 3
sebabnya adik saya yang ke-6 tu akan menduduki PMR tahun nie
mungkin saya ambil 2-3 orang jer kowt
subject yg saya akan focus mestilah maths and science...
saya tak nak ambil ramai2 nanti susah pulak
kalau tibe2 ader emergency kena pergi mana2

selain tu saya juga dapat banyak undangan perkahwinan dari senior2 saya
aish.. ramai betul yang kawen sejak akhir2 nie
yang saya nak pergi sangat mestilah kenduri kawen kak su dgn cip
sebab kak su nie ex-naqibah saya masa waktu 1st year dulu
sweet sangat diorang nie
saya dah plan dengan kak mah dan sahabat2 seSG..
kami nak pergi berkonvoi..
dengan senior2 bakal final year sekali..
Barakallah.. semoga bercinta sampai ke syurga...
Bilalah pulak mase saya nak tibe nie...hehehe

Dikesempatan cuti ini juga saya mahu menyahut cabaran seorang sahabat saya
yang nie tak boleh nak diberitahu
yang pastinya lihatlah hasilnya bila sem baru buka

InsyaAllah semua sahabat2 saya akan naik tahun 4
Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua...
InsyaAllah...

Jazakillah...

p/s: tergendala plan nak keluar ptg nie... hujan lebat... jom banyakan berdoa..tyme yg sangat afdal untuk memohon drpd Allah... Goodluck buat semua sahabat yang akan menduduki osce intenal medicine esok..  Chaiyok!!! moga Allah permudahkan urusan kalian semua....


p/s2: terbanyak pulak plan cuti kali nie.. kita hanya mampu merancang tetapi Allah sahaja sebaik2 perancang.. semoga Allah permudahkan urusan... insyaAllah...

Saturday, April 02, 2011

sharing =)

Salam alayk...

Something that I can share with all of my beloved readers...
Ayat 1000 dinar yang memaknakan kita supaya
sentiasa bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah...
Semoga kita akan terus beristiqamah mengamalkannya..

Ayat 1000 Dinar (klik pic diatas utk enlarge)

Suka ayat Quran nie...

"Wahai orang2 beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara2 kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih drpd musuh di medan perjuangan) dan bersedialah dan bertaqwalah kamu kpd Tuhan supaya kamu berjaya mencapai kemenangan."
 Ali-Imran:200

"Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd org2 yg khusyuk." 
Al-Baqarah:45


p/s: bersemangat selepas berjumpa dengan akak2 senior yang sentiasa memberi ayat2 dorongan dan semangat... moga Allah meminjamkan semangat dan ketenangan hati kalian kepada kami.. majadda wajada... semoga Allah mengurniakan sesuatu yang terbaek buat kita...

p/s2: baru nak start study osce surgery... chaiyok!!! Goodluck buat semua sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan next week.. osce surgery, internal medicine and jkm... tidak lupa juga buat senior2 4th year yang akan mengambil exam reseat... moga kalian semua success and naik tahun akhir dgn jayanya.. InsyaAllah...

Friday, April 01, 2011

Jangan Berputus Asa


Salam Alayk...
Sedikit perkongsian yang saya ambil daripada website iluvislam... moga memberi semangat buat diri ini dan sahabat2....
"Ah!! Tensionnya!"
"Banyaknya masalah"
"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"
Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)
Adakah manusia yang tidak punya masalah?
Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya:  Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?
Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...
Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.
Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.
Berhadapanlah dengannya.
"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.
"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.
"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."
Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.
Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.
Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:
"Oh Masalah,  Aku ada Allah yang Maha Besar!"
Allah Pasti Akan Membantu
"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.
"Sabar..Sabar.."
Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.
Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)
"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.
Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Beberapa minit berlalu....
Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.
Berjaya pula dia mendapat 10/10.
Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!
Jangan berputus asa
"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."
Ingatkah kita pada firmanNya ;
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.
Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.
"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."
Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?
Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.
Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.
Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.
Kembalilah... Allah menantimu.
Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.
Sungguh, Dia lebih Mengetahui!
Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)
Jazakillah....
p/s: teringin menjadi seperti Prof Dr Harlina, Dr Fadzillah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi... Mereka sangat bermotivasi setiap hari... Agaknya itulah resepi kejayaan mereka... Semoga diri ini mampu menjadi seorang yang positive dan bermotivated setiap hari seperti mereka...InsyaAllah...