Pages

Friday, July 29, 2011

=)

Salam Alayk...

Alhamdulillah.... Hari nie tamat sudahlah posting pertama untuk tahun 4 nie...
Syukur, saya dapat menghantar kesemua benda yang perlu dihantar pada hari nie..
case write-up, log book and proposal SSM sudah settle..

Esok dah start cuti antara posting buat kami pelajar medic tahun 4...
untuk year yang lain jangan jeles yer sebab kami dapat cuti untuk seminggu and berpuasa selama seminggu gak di rumah bersama-sama family...=)
Esok juga kami (shiqin, zatie and farhana) akan bertolak balik ke utara ke kampung halaman masing2 dengan kereta.. semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi...
Doakan kami yer....(saya drive pagi2 esok pukul 5...)

Lagi dua hari Ramadhan akan tiba..
gembira nyer...(hypomanic sikit)
kene ader azam untuk Ramadhan kali nie...
Taknak jadi seperti ramadhan yang lepas sebab kurang pengisian
Waktu tu tengah posting JKM kat tanjung karang..
sangat2 tak best time tu...


"Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.."

ahlan wasahlan ya ramadhan...
Moga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua
Jom pasang azam Ramadhan untuk memperbanyakkan melakukan ibadah soleh!!!

Jazakillah....

p/s: post untuk sempena nak sambut ramadan dengan semangat....dah tido2..esok nak kene drive...bye peeps...=P

Tuesday, July 26, 2011

jom sihat =P

Salam Alayk...


Anhedonia atau dalam bahasa layman termnye kehilangan perasaan seronok untuk melakukan hobi atau interst pada masa lapang... ini adalah salah satu symptom major depressive disorder (MDD) atau dipanggil penyakit kemurungan. terlalu common penyakit nie boleh didapati dan statistic menunjukkan ianya high prevalence dikalangan pekerja professional...aik kita ke?? 



Kesian orang yang menghadapi sakit nie sebab mengikut kata mereka (pesakit), diorang tak mahu rasa macam tu dan kalau boleh mereka nak kembali normal seperti manusia biasa yang ada interest and happy to do what ever they want. Lama-kelamaan if penyakit ini tidak diubati boleh menyebabkan severe depression or we called it melancholic features that sometimes will leads to suicidal attempt or psychosis...huhu..
(terlalu banyak clerk patien MDD mase posting nie..huhu..)


So, salah satu cara nak prevent daripada dapat penyakit ini adalah mengamalkan cara hidup sihat... hehe..sebenarnya ini tujuan saya nak tulis post kali nie...wink2..


Macam mane ekk nak mengamalkan cara hidup sihat??
mudah jer... mula2 kene ader insight yang betul dulu dalam hati kita...insight tu maksudnya kefahaman kita dalam melakukan sesuatu... sama macam dalam hadis 'Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya'... so, bila niat dah betul barulah boleh start planning penjagaan kesihatan badan kita...


Pertama sekali cari aktiviti sukan apa yang paling minat.. macam saya saya minat berjogging dan juga futsal... so bila dah identify minat kat sukan mana, kita bolehlah start bersukan... hehe... kene pilih waktu yang sesuai juga sebab waktu lapang kita tak sama... Kalau saya, saya lebih prefer berjogging ikut selang hari iaitu buat hari nie and esok boleh rest and continue sukan balik hari lusanya... tujuannya supaya kita boleh recharge balek energy yang digunakan selepas bersukan pada hari tersebut... kalau tak anda boleh suffer keletihan yang melampau pada keesokkan harinya...sukan pun penting untuk melambatkan proses penuaan...awet muda tu..hehe...selain tu ia boleh meningkatkan endorphin level dalam darah yang dapat mengurangkan stress selepas kita bekerja atau pun belajar... one of psychotherapy tau...=P


i love my heart!


Kedua, pemilihan makanan yang sihat.. Kena ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dalam sehari... Selain tu pengambilan protein kena lebih banyak daripada karbohidrat sebab bila ambil terlebih glucose, glucose akan convert to fat..huaaa..nie yang paling ditakuti...hehe... pengambilan protein yang banyak juga penting untuk menggantikan sel2 mati dan meningkatkan kadar metabolism dalam badan disebabkan oleh aktiviti harian dan juga penuaan...


sedapkan tengok buah2an nie...hehe




Yang paling penting, minum air mineral yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari... Pengambilan air yang banyak boleh meningkatkan kadar metabolism badan dan mengikut research dalam sehari kita akan kehilangan lebih kurang 1.7 liter air dalam badan melalui pernafasan, berpeluh dan juga urination.. Kalau kita kurang ambil air, kita boleh mendapat dehydration dan boleh pitam kalau sangat severe...huhu... Selain itu, dengan mengambil air dengan banyak dalam sehari, kita pon boleh mengurangkan berat badan kerana dengan minum air perut kita akan sentiasa menstimulate satiety center untuk cepat rasa kenyang... so, kita akan kurang makan dengan banyak...




Ada sahabat comment "eleh, tak kurus pon walaupun jogging and diet hari2.." huhu..agak pedas yer kata2 tersebut tapi act it as motivation... yang  penting niat kita bukan untuk kurus sahaja malah lebih kepada untuk menjaga kesihatan kita untuk jangka masa panjang... if dapat kuruskan badan (become more slim than before) its a gift and you deserve to get it... nak ke umur belum 40 tahun dah dapat macam2 penyakit metabolic like diabetes, hypertention, hypercholestrolemia and obesity?? lu pikirlah sendiri...huhu...


Apa pun sebelum buat apa2 kita niatkan kita buat nie kerana Allah... insyaAllah dapat ganjaran ibadah setiap apa yang kita lakukan... dalam borang muttabaah pun suruh kita bersenam dan dalam 10 muhassafat tarbiyyah ada menyatakan sihat tubuh badan...


See.. tak salahkan kalau kita kene jaga kesihatan...yang penting kesihatan mental dan emosi kena tiptop barulah kesihatan badan akan sempurna...insyaAllah...yang penting bersenam dan menjaga pemakanan daripada awal untuk prevent dapat stress... Apapun kesihatan, hidup, mati, jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah...Kita sebagai hambaNya wajib menjaga anugerah Allah itu dengan sebaik2nya....
.............................

InsyaAllah, tinggal lagi 5-6 hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak... Jadikan bulan ini sebagai medan anjakan paradigma buat kita dalam membentuk diri menjadi lebih baik yang bukan sahaja dari segi ibadah tetapi juga dari segi akhlak dan juga kesihatan diri... Puasakan salah satu cara pe'nyah' toksin yang terbaik... so take it as a granted from Allah that give us this month untuk prosess penyucian dan pembersihan... toksin yang bukan sahaja dari dalam badan malahan dari dalam hati kita (sifat2 mazmumah) juga perlu di'nyah'kan...haiyakkk!!...


Jazakillah...

p/s: jeles bila baca kat blog ustaz hasrizal dimana beliau berjaya menurunkan berkilo2 berat badan dalam beberapa bulan.... yg penting kata ustaz tu kene istiqamah...huhu...
p/s2: jangan niat untuk kuruskan badan pulak untuk bulan Ramadhan kali ini...nanti sia2 jer amalan kita...wallahua'lam...

Sunday, July 24, 2011

Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung Labuh

Salam Alayk...
Sekadar perkongsian daripada blogwalking...
Aku mengurut-urut keningku perlahan-lahan. Penat. Aku baru sahaja selesai mengulangkaji sebahagian buku subjek Muamalat. Ku tutup buku itu lalu aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Aku menuju ke ruang tamu. Kosong. Di mana semua orang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar menghirup udara petang. Aku segera mencapai sehelai tudung dan menyarungkannya di kepala. Stoking juga ku ambil lalu ku pakai.
Aku melangkahkan kakiku ke luar rumah. Tetapi hasrat untuk berjalan-jalan ku batalkan lalu aku mengambil keputusan untuk naik ke bumbung rumah. Di atas bumbung rumahku ada sebuah bahagian seakan-akan balkoni yang dibina oleh ayahku sebagai tempat istirehat pada waktu-waktu senggang. Ada sebuah meja dan beberapa kerusi buatan sendiri di situ.
Aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang menghadap ke jalan raya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tudungku turut terbuai ditiup angin semilir petang. Ada anak-anak kecil yang sedan berkejaran. Ada yang sedang berbasikal dan ada yang sedang bermain badminton. Aku tersenyum melihat anak-anak kecil ini. Indahnya alam kanak-kanak.
Di sudut lain pula ada anak-anak remaja yang sedang berkumpul di atas motosikal masing-masing. Mungkin menunggu waktu yang sesuai untuk merempit. Ada juga anak-anak gadis berpakaian kurang sopan sedang berjalan-jalan. Aku mengeluh. Sebagai seorang gadis, aku turut merasa malu melihat mereka berpakaian seperti itu. Ya, lebih memalukan kerana mereka bertudung. Tudung yang bukan tudung dengan pakaian yang ketat dan sendat.
Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Hatiku sayu mengenangkan umat Islam kini yang semakin rapuh imannya. Dan aku? Tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Aku bermonolog sendirian. Dahulu, aku juga seperti mereka. Bertudung sekadar syarat. Bagiku, asalkan bertudung itu sudah cukup. Tetapi segala-galanya berubah kerana suatu peristiwa. Aku termenung mengingat kembali peristiwa itu.
************************************************
Kisah itu bermula ketika aku berusia 13 tahun. Aku mula menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku bersekolah di sebuah sekolah menengah agama yang terkemuka di Hulu Langat. Hari pertama persekolahanku, aku berkenalan dengan ramai teman baru dan ada juga teman-teman dari sekolah rendah yang turut menyambung pelajaran di situ sepertiku.
Ingin aku ceritakan betapa indahnya suasana masyarakat di situ. Gadis-gadisnya bertudung labuh dan pemuda-pemudanya segak berkopiah. Suasananya tenang dengan pokok-pokok rendang yang menghijau, kicauan burung dan ikan-ikan yang sedang bermain di kolam. Tetapi, itu adalah perasaan yang ku rasakan kini iaitu saat aku telah menginjak dewasa, saat aku mengenangkannya.
Namun, saat suasana itu sedang ku alami, hatiku remajaku memberontak. Mengapa aku harus bertudung labuh ke sekolah? Hodohnya! Itulah yang ku fikirkan saat itu. Aku gadis bertudung tetapi aku bukan gadis bertudung labuh.
Hari-hari persekolahanku, ku lalui seperti biasa. Aku mula dapat menyesuaikan diri. Sehinggalah pada suatu hari, kami semua dikehendaki hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk membersihkan kelas sempena Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas. Di rumah, aku mula gelisah. Apa yang harus ku pakai untuk ke sekolah??
'Ish, nak pakai apa ni? Takkan nak pakai tudung pendek ni kot?? Malulah!'
Aku benar-benar bingung. Aku tidak mungkin akan hadir ke sekolah dengan tudung pendekku. Aku malu kerana selama ini semua teman-temanku hanya pernah melihatku bertudung labuh sekolahku itu. Pasti mereka akan menganggapku sebagai seorang yang hipokrit. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminjam sehelai tudung labuh ibuku. Walaupun ibuku tidak bersekolah agama, tetapi dia bertudung labuh. Mungkin kerana dia mengajar di sekolah agama atau mungkin kerana itu adalah keinginannya sendiri. Aku juga tidak tahu.
'Mak, nak pinjam tudung labuh sehelai'
'Nak buat apa?'
'Esok Along kena pergi sekolah'
'Laa..pakai je la tudung yang Along biasa pakai tu'
'Taknak, Along malulah. Nanti apa pulak kata kawan-kawan Along kalau tengok Along pakai tudung pendek'
'Hah, yelah. Ambillah yang mana Along nak'
Aku segera mengambil sehelai tudung ibuku yang berwarna krim. Hatiku melonjak girang. Bolehlah aku ke sekolah dengan bertudung labuh nanti. Tidak perlulah aku berasa malu dengan teman-temanku lagi.
Esoknya, aku memakai sehelai t-shirt dengan tudung labuh tersebut. Agak lucu kerana tudung itu agak besar denganku. Ah, aku tidak peduli asalkan aku ke sekolah dengan bertudung labuh. Ibuku menghantarku ke sekolah. Saat aku tiba ke sekolah, aku terkedu. Teman-temanku sudah sampai. Ramai. Lelaki dan perempuan semuanya sudah berada di dalam kelas. Tetapi bukan itu yang membuatku terkedu.
'Tengok, kawan-kawan kamu tu tak ada pun yang pakai tudung labuh. Tu lah, mak cakap pakai tudung biasa je kamu takanak dengar. Degil'
Aku hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta. Kakiku melangkah lesu keluar dari perut kereta. Terasa seakan-akan semua orang memandangku. Saat itu, aku rasa seperti ingin menangis. Terasa seakan-akan semua orang sedang ketawa melihatku.
Mataku liar memandang sekeliling. Ya, ada yang turut berpakaian sepertiku. Aku lega. Sekurang-kurangnya aku tidak berseorangan. Tetapi, teman-teman rapatku semuanya bertudung pendek. Dan mereka berlagak seolah-olah tidak mengenaliku. Aku hanya melangkah lesu masuk ke dalam kelas.
Aku tersenyum mengenangkan kembali kerenahku. Bertudung labuh kerana malu. Ah, naifnya aku saat itu. Aku kembali semula ke zaman persekolahanku.
'Bagusnya kau pakai tudung labuh'
Kata seorang temanku. Lelaki. Aku sekadar mendiamkan diri. Sebetulnya aku malu. Mereka tidak tahu bahawa aku memakainya kerana terpaksa. Kerana malu dan khuatir dikatakan hipokrit.
Sejak saat itu, aku sentiasa memakai tudung labuh apabila perlu ke sekolah pada bukan hari persekolahan. Ya, masih kerana aku malu. Aku tidak ikhlas memakainya. Bahkan aku merasakan aku sangat hodoh memakai tudung labuh. Tetapi aku tetap memaksa diriku untuk bertahan. Ibuku pula kurang memberikan sokongan. Dia tidak kisah samada aku bertudung labuh ataupun tidak. Baginya, cukup sekadar tudungku itu menutup aurat. Labuh menutupi dada. Walaupun ibu bapaku tidak bersekolah agama, mereka amat menitikberatkan ajaran agama dalam keluarga. Aku dilarang sama sekali berpakaian tidak menutup aurat di luar. Walaupun aku bertudung pendek, auratku terjaga. Mungkin kerana tubuhku yang kecil pada masa itu lalu walaupun bertudung pendek, perhiasan wanitaku terjaga.
Suatu hari, aku keluar ke Pekan Kajang bersama kawan-kawanku. Tetapi, kali ini aku bertudung pendek. Ah, aku lebih malu memakai tudung labuh kalau di Kajang. Di situ, orang-orangnya bergaya. Pasti aku akan kelihatan aneh dengan tudung labuh apabila berada dalam kalangan mereka. Malahan aku berbaju ketat dan tudungku silang sehingga nampak perhiasan wanitaku. Aku bersikap berani kerana ibuku dan ayahku tiada di rumah. Mereka hanya akan pulang pada waktu malam.
Aku berpisah dengan kawan-kawanku apabila mahu pulang. Aku pulang dengan menaiki bas. Saat aku masuk ke dalam perut bas, ku lihat hanya tinggal satu tempat duduk di sebelah seorang makcik. Aku segera mengambil tempat. Penat berdiri.
Di pertengahan jalan, makcik yang duduk di sebelahku turun lalu tempatku diambil oleh seorang lelaki muda. Botak. Berpakaian aneh dengan corak tengkorak pada bajunya. Aku mengengsot sedikit lalu memandang kosong ke luar tingkap. Tidak selesa. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang di pinggangku. Aku tersentak tetapi aku tidak segera melatah. Aku menjeling pada pemuda di sebelahku. Matanya tertutup rapat. Sangkaku dia tertidur dan tangannya tidak sengaja menyentuhku. Lalu ku alihkan tangannya dan kembali memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba ia berlaku sekali lagi. Kali ini ku rasakan tangan itu bergerak-gerak menandakan kali ini perbuatan itu disengajakan. Pantas aku mengambil begku dan diletakkan di antara aku dengannya. Kalau ikutkan hatiku yang baran, nahas lelaki ini ku kerjakan. Tetapi, keadaan sesak di dalam bas membantutkan niatku. Aku menudukkan tubuhku dan menongkat dagu memandang lagi ke luar. Dan tak ku sangka lelaki tiu berani meletakkan tangannya di bahuku.
'Hoi!!!'
Tanpa perasaan malu aku bangun dan berteriak. Aku tidak peduli dengan mata-mata yang sedang memandangku. Lelaki ini harus ku ajar. Tetapi dia sekadar membatu di tempatnya tanpa sedikit pun terkuit.
'Kau ni apahal?! Jangan nak kurang ajar dengan aku!'
'Apa?? Apa aku buat kat kau??'
Dia memandangku sinis.
'Apa??'
'Kau..kau..urgh, tepilah, aku nak keluar! Pakcik, berhenti! Saya nak turun!'
Aku berteriak kepada pemandu bas agar segera berhenti. Sakit hatiku melihat wajah pemuda itu. Sebelum aku turun, aku memijak kaki pemuda itu sekuat hatiku. Dia terjerit. Puas hatiku.
'Padan muka, jangan nak main-main dengan aku!'
Aku pulang dengan menaiki bas lain selepasnya. Di rumah, apabila ibuku pulang aku menceritakan peristiwa tersebut pada ibuku. Dia memarahiku. Katanya, aku tidak berhati-hati sehingga ada orang yang mengambil kesempatan terhadapku.
Wajahku berkerut apabila mengingati peristiwa hitam itu. Itu pertama kali dalam hidupku peristiwa sedemikian terjadi padaku. Sejak itu, aku jadi trauma untuk menaiki bas. Tetapi, ada peristiwa selepas itu yang telah mengubahku menjadi seperti aku sekarang ini.
Petang itu, aku baru sahaja selesai menghadiri kelas tambahan di sekolah. Kebiasaannya ibuku akan datang mengambilku tetapi petang itu ibuku tidak dapat datang kerana kereta ibuku rosak dan berada di bengkel kereta. Itu bermakna aku harus menaiki bas untuk pulang.
Suasana di Pekan Kajang seperti biasa. Penuh sesak dengan manusia. Aku mula terbayang peristiwa hitam yang pernah terjadi padaku di dalam bas. Mataku meliar mencari bas yang kosong. Aku tidak mahu mengambil risiko menaiki bas yang penuh sesak. Khuatir peristiwa itu akan berulang lagi.
Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Aku duduk seorang diri. Begku letakkan di kerusi sebelahku. Sengaja. Aku tidak mahu ada orang duduk di situ. Tiba-tiba..
'Kak, boleh saya duduk kat sini?'
Seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an menegurku. Aku memandangnya sekilas.
'Suka-suka je panggil aku kakak. Mentang-mentang aku pakai tudung labuh. Tak nampak ke aku bawa beg sekolah ni?'
Aku serba-salah. Aku bimbang peristiwa itu akan berulang lagi. Tanganku perlahan-lahan mengambil beg di sebelah tempat dudukku. Pemuda itu juga kelihatan teragak-agak untuk duduk. Dia sekadar duduk di hujung kerusi. Langsung tidak bersentuh bahu denganku. Aku tersenyum. Lega.
'Sekolah lagi ke?'
Aku tersentak apabila suara lelaki itu menegurku. Aku menoleh dan mengangguk.
'Sekolah agama ke? Kat mana?'
' A'ah, sekolah agama kat Langat'
'Ooh..yeke. Baguslah adik pakai macam ni bila keluar. Jangan pakai tudung labuh kat dalam sekolah je. Orang yang pakai tudung labuh ni, maruahnya terjaga. Bila pakai tudung labuh, orang tak berani mengurat. Hihi..'
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terasa kata-kata itu benar-benar tepat menikan di hatiku.
'Abang turun dulu. Kalau nak tahu, abang ni ex sekolah adik'
Pemuda sopan itu berlalu keluar. Aku menghantar langkahnya dengan pandangan kosong. Sekumpulan anak muda masuk ke dalam perut bas. Bising. Mereka berpakaian serba hitam dengan rambut tercacak berwarna-warni. Aku kembali teringat peristiwa itu. Belum sempat berbuat apa-apa, salah seorang dari mereka mengambil tempat di sebelahku. Tetapi, dia juga seperti pemuda sopan tadi. Sekadar duduk di hujung kerusi. Aku terkesima. Kata-kata pemuda tadi kembali terngiang-ngiang di telingaku. Bayangan peristiwa hitam itu bermain di mindaku. Ya, saat itu aku berpakaian kurang sopan. Tudungku pendek menampakkan perhiasanku. Bajuku ketat dan tidak menutup aurat.
Aku kembali ke alam nyata. Bayangan peristiwa lalu itu hilang dari mindaku. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah. Aku bersyukur kerana diganggu oleh pemuda kurang sopan itu dan aku bersyukur dipertemukan dengan pemuda sopan yang menasihatiku itu. Jika tidak kerana mereka, pasti aku semakin jauh tersesat. Pasti aku akan sentiasa bertudung labuh kerana malu bukan kerana ALLAH.
Sejak peristiwa itu, aku mula mengikhlaskan diri dalam bertudung labuh. Aku tidak lagi memakainya hanya untuk ke sekolah. Aku memakainya di mana-mana sahaja apabila aku keluar dari rumah. Dan segalanya benar, bertudung labuh secara automatik membuatku terjaga. Maruahku terpelihara dan tidak dipermainkan. Tiada orang yang berani menggangguku bahkan dengan bertudung labuh juga, aku jadi lebih berhati-hati dengan sikapku kerana aku tahu ada banyak mata yang memerhati langkahku.
Aku bangun lalu turun ke bawah. Rupa-rupanya adik-adikku keluar bermain di taman. Aku tersenyum melihat adik-adik perempuanku yang turut manis bertudung labuh. Aku ingin mereka menjadi gadis solehah. Kini, aku bertudung labuh kerana ALLAH bukan lagi kerana malu dengan teman-temanku. Walaupun bukan tudung labuh seperti waktu aku bersekolah, ia masih lagi labuh dan menutup auratku. Aku akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diriku menjadi gadis yang solehah.
p/s: Kisah ini adalah kisah benar seorang gadis. Kisahnya simple tetapi boleh dijadikan pengajaran untuk semua. Saya gunakan bahasa diri aku agar pembaca mudah untuk memahaminya. Semoga kita diberi peluang untuk berubah seperti gadis ini dan kita sama-sama doakan agar dia istiqamah dengan perubahannya itu. Ameeennn..

source: article iluvislam
p/s: blogwalking sambil2 menulis CWU yg tak kunjung siap....poor progress...hish...=(

Saturday, July 23, 2011

Allah Knows



When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

p/s: best lagu nie.. lirik2 nyer yg menyentuh hati buat yg benar2 bergantung kepada Allah...subhanallah...jom hayati...

ujian dan harapan

Salam Alayk...


Semalam kami berusrah...huhu.. berkesan sangat dihati usrah kali ini... seperti ada kesinambungan  dengan kuliah maghrib mingguan kelmarin tentang Tazkiyatun Nafs (penyucian hati/nafsu)...


Semalam kami membincangkan mengenai tafsir surah Al-Insyirah dan juga sedikit pengisian akbar islami... Surah Al-Insyirah ini bila ditadabbur dan dihayati sungguh menusuk hati... sungguh ia salah satu surah yang mampu memujuk hati yang sedang gelisah dan juga pabila terlalu banyak bebanan diri yang tidak tertanggung...


"Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan." Al-Insyirah: 5-6


Teringat semasa waktu sekolah dulu, mama selalu mengingatkan saya dan adik2 supaya sentiasa membaca surah al-insyirah sebelum menjawab soalan peperiksaan dan juga bila mahu menghadapi temuduga... bila sekarang sudah mempelajari dan mendalami maksud surah ini baru rasa sangat terkesan... yup... setiap kesusahan itu akan disertai dengan kesenangan...


Sungguh banyak saya lalui sekarang dapat mentarbiyyah diri sendiri...kita tidak memerlukan specific pengajian agama untuk menjadi lebih baik tetapi perlu muhasabah diri daripada apa yang berlaku disekitar kita. Bila melihat dan mendengar cerita seorang sahabat yang currently her condition was not stable, membuat saya lebih berfikir dan comparing myself with her. Ikutkan banyak yang Allah uji beliau....kalau dilihat terlalu banyak seperti kesihatan, kewangan, pelajaran, keluarga dan banyak lagi... sampai satu tahap dia tidak dapat bertahan...huhu... Ya Allah Engkau kuatkanlah hati sahabat kami yang dilanda pelbagai ujianMu...=(


'Bila Allah Menduga Kita' tulisan Syed Alwi Al-Atas... salah satu bahan bacaan yang menyentuh hati... bila baca buku tersebut saya banyak comparing with myself...huhu... memang betul ustaz tu tulis bahawa manusia nie suka sangat cepat mengeluh bila diuji sedikit ujian kehidupan... (thanx to shiqin coz bg pinjam...sy xabis bace lagi..^^)


Memang kehidupan di dunia ini pahit kerana kehidupan di Akhirat itu sangat manis... kata2 motivasi yang selalu disebut oleh ustaz2.. yup, manusia cepat rasa lelah bila menghadapi ujian hidup... saya pun tidak terkecuali... bila berhadapan dengan masalah pelajaran dan program2 yang perlu di'handle' mesti rasa cepat nak melenting atau berputus asa... then bila mendengar nasihat daripada parents dan sahabat2 barulah rase tenang... huhu...thanks a lot....yang penting we never give up sebab Allah sentiasa ada disamping kita...


Dan, orang yang paling banyak mengingat Allah, maka ia akan menjadi orang yang paling "diingat" Allah. 


Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaknya memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan hamba-Nya, sebagaimana hamba itu menempatkan Allah dalam jiwanya (hatinya)."


Yang paling penting kita sentiasa membersihkan hati supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah dan tidak akan pernah berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah...then bersangka baiklah dengan segala ujian Allah sebab mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian...(berkata2 memang mudah tapi cuba ia berada di bahu sendiri...huhu...mesti sangat sukar...moga Allah permudahkan)


'Ada sebuah kisah. Suatu hari Rasulullah saw duduk bersama Abu Bakar Ash Shiddiq. Tak lama berselang datanglah seorang lelaki yang menghina dan menjelek-jelekkan Abu Bakar. Awalnya, Abu Bakar tidak menanggapi orang tersebut. Ia tetap tenang. Rasulullah saw pun tidak beranjak dari tempatnya. Lama-kelamaan Abu Bakar kesal, ia mulai membalas hinaan orang tersebut. Melihat hal ini, Rasulullah saw segera pergi tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Abu Bakar merasa malu. Ia segera mengejar Rasulullah saw. "Wahai Rasul, mengapa saat aku dijelek-jelekkan dan tak membalas engkau diam; namun ketika aku membalasnya, engkau pergi?" Rasulullah saw menjawab, "Ketahuilah, saat engkau diam, aku melihat para malaikat mengelilingimu. Namun, saat engkau membalas, aku melihat para malaikat pergi dan setan pun mengerubungimu.”


Dekat dengan Allah adalah kunci kebahagiaan dalam hidup. Maka, sesibuk mana pun kita, nama Allah harus selalu terpahat di hati kita. Sebelum kerja, luruskan niat kita hanya untuk Allah, semasa melakukan pekerjaan ingatlah Allah, selesai kerja tawakalah kepada Allah.


"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenang" Ar-Ra'ad:28


untuk diri sendiri dan juga sahabat2,
Ayuh, kita kuatkan hati dan tabah dengan segala dugaan yang menimpa diri kita.. Lets do the BEST and let Allah do the REST... Bila kita lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dan sabar semata2 kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan kurniakan yang terbaik buat kita...ujian hidup adalah guru terbaik buat kita untuk terus istiqamah berada di jalanNya...


*buatmu sahabat: moga Allah kuatkan semangatmu dalam menempuh segala ujian kehidupan ini dan kurniakan yang terbaik buatmu...dan ingatlah Allah sentiasa dekat dengan kita dimana sahaja dan walaubagaimana pun keadaan kita... chaiyok!!

Wallahua'lam...


p/s: susah betul nak update blog skang nie sbb kurang impulse nak menulis... agaknya gara2 CWU yg still pending and in progress...huhu...=(

Wednesday, July 13, 2011

persedian...

Salam Alayk...


Pejam celik pejam celik kita sekarang nie sudah berada dipertengahan bulan Sya'ban. Tak berapa lama lagi Ramadhan pula menjelma.. Dah bersedia ke?? Huhu... 


Alhamdulillah semalam sempat menggagahkan diri nie untuk mendengar kuliah maghrib kat surau... Banyak input yang ustaz fadlan berikan mengenai persediaan-persediaan kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang penuh barakah yang akan menjelma lebih kurang 2 minggu dari sekarang... 


Antaranya : 
1) betulkan niat/pendirian kita-mesti ada rasa suka dengan ketibaan bulan sya'ban dan insyaAllah akan bertambah gembira kita untuk meraikan ketibaan bulan Ramadhan ^.^
2) tidak bermusuhan dengan sesiapa pun- jangan ada benci dalam hati (sila bermaafan w'pun bukan hari raya)
3) banyakkan berpuasa sebab nabi muhammad tidak pernah meninggalkan amalan berpuasa di bulan sya'ban
4) banyakkan amal ibadah terutama pada malam nisfu sya'ban
  - Allah mengampunkan semua dosa2 silam hambaNya kecuali orang syirik dan orang yang saling benci-membenci 
5) banyakkan membaca buku2 ilmiah berkaitan dengan amalan di bulan Ramadhan


InsyaAllah, semoga apa yang kami perolehi dapat sedikit sebanyak memperbaiki diri ini dalam menghadapi kehadiran bulan Ramadhan al-mubarak.. Wallahua'lam...


boleh baca link blog ustaz nie...[panggilan sya'ban]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah hari ini saya sudah selesai menghadapi observe long case... huhu... tak tau nak react sebab saya dapat pesakit yang ada panic disorder dan dia sentiasa anxious semasa saya clerk dia.. dengan saya2 sekali rasa nak nervous... saya pun tak tau apa yang saya mengarut masa prof H suruh saya present... main bedal jer... yang penting saya dapat elicit beberapa sympton yang patient nie hadapi... huhu...feel a little bit relief walaupun hari isnin nie ada discussion pertaining management for this patient.. study2!! tiba2 terfikir, betul ke saya nak jadi doktor? huhu... perjalanan semakin sukar.. moga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan yang terbaik buat saya dan sahabat2 saya.. moga kami dapat menjadi doktor muslim yang professional suatu hari nanti... insyaAllah...

p/s: kene siapkan draft proposal untuk SSM n also reflective writing for session with carer.. sbb jumaat nie nak balik kampung kat kuala pilah.. ader walimah bapa saudara (adik mama yang bongsu)... kirenye majlis kawen yg last buat kat kampung... yeay balek kampung...hehe