Pages

Thursday, December 29, 2011

kawin waktu study?


Sekadar perkongsian semasa bersiar2 di blog orang...=P


Isu perkahwinan sewaktu dalam tempoh belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang. Berikut adalah petikan dari buku; Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini.

Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW: 

Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Rasulullah SAW juga bersabda, ” Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar. 

Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam. Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama. Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu  membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.

Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat , seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya. Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.

Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan. Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat”. Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat. 
(ramai je kawan2 dan senior2 yang kawen waktu belajar even kitorang dalam kos medic..Hmm..)

Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya. Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.

Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati. Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga. Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.

sumber rujukan: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust Burhan Sodiq)

sumber blog:[akuislam]

Teringat ayat ini;

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur: 32)
~janji Allah kowt... ~

p/s: ada berani untuk sahut cabaran ini? [utk yg dah ade calon]
p/s: gembira mendengar berita walimah sahabat yg tak lame lagi... jd pengapit? hoho.. idak ler teman... =P

Tuesday, December 27, 2011

(",)

Salam Alayk...

Hari pertama dalam posting orthopedic sangat mem'blur'kan.. haha... Jumpa supervisor pon kat dalam OT and we just say 'hi'.. huhu... Walaupun dah start posting baru tetapi kenangan di posting yang lepas masih berlegar2... Kiri kanan saya masih ramai bercerita pasal exam last week.. bleh dapat PTSD (post traumatic stress disorder) dengan perkataan 'peads' nie... Bila mengadu kat kak r, dia cuma tersenyum and said never give up.. huhu.. katanya lagi "insyaAllah semua rezeki Allah dah tentukan.. kita hanya mampu berusaha sedaya upaya dan terbaik yang kita boleh... Ade orang yang sangka dia lulus tapi gagal, dan ada juga yang terjadi sebaliknya...hanya Allah tahu apa yang terbaik buat kita..."

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Al-Baqarah:216

Berhari pertama di posting ini, saya dan kak r melihat (observe) dan membuat wound dressing kat kaki dan tangan pesakit.. Ngeri tengok pesakit yang banyak 'wire' dan 'aerial' kat tangan dan kaki.. Bila tanye sebab2 terjadi macam tu kebanyakkannya disebabkan kemalangan... tibe2 rase ngeri nak bawak motor.. ekk...

Mengharapkan yang terbaik berlaku dalam kehidupan yang kian mencabar... Rabbi yassir walla tua'ssir...

p/s: If they can do it, so do I..
........................................

Her E-day


Alhamdulillah everything was went smoothly last weekend (sunday)... Tahniah ayong eventhough hang maybe tak leh tembus angah nyer blog..hehe... Rase bersalah sangat sebab tak dapat contribute banyak benda untuk this event sebab ada meeting saat2 akhir hari sabtu.. balik pown dah malam... Ape2 pon nanti angah ganti balik masa hari walimah hang... dah tak lame lagi pown...

gubahan buah hantaran yg sempat sy buat.. =)
p/s: tibe2 ada makcik2 bertanya saya "hang bila lagi?" aduhai.. calon pon tak dak lagi mana nak bilanye... haha..
p/s: lepas kenduri abah bisik kat saya, angah xyah buat kenduri masa tunang nanti yer... penat abah... haha.. okey abah yang comel... saya rase pown xnak buat besar-besaran...

Friday, December 23, 2011

p.e.a.d.i.a.t.r.i.c

Salam Alayk...

Lama sudah saya tidak mengupdate blog. Hampir 3 minggu rasanya.. alhamdulillah hari ini officially tamat sudah saya berposting peadiatrik.. Selama 8 minggu berada di posting ini terasa amat mencabar.. Penat dan kesabaran amat teruji.. Hari ini pula saya antara group terakhir telah menghadapi peperiksaan shortcase untuk posting nie.. huhu.. Cuma mampu berserah kepada Allah.. tiba2 dapat budak yang sangat tidak cooperative untuk buat respiratory examination.. station kedua pula dapat pesakit cerebral palsy dan examiner nyer prof R.. huhu.. dalam hati dah cakap oh my...

Bila tiba saat peperiksaan sahaja baru terasa betapa sedikitnya ilmu yang saya timba sepanjang posting nie.. Bila selak2 buku, baru terasa bestnye baca buku nie.. banyak sangat penyesalan terbit sebab tak study betul2.. Dalam posting juga kami perlu tau examine se'kreatif' yang mungkin and as long as kami dapat elicit the finding...huhu... baby2 sekalian kenapa anda terlalu sukar untuk dijangka?

Cuma yang saya suka untuk posting nie sebab saya dpt bangun awal (lebih awal drpd time O&G) dan pegi wad main dgn kanak2.. Tiba2 teringat sahabat saya pernah cakap yg sy ni garang dengan budak.. i just like hah.. yeke.. tapi yang kawan chinese ada yang puji sebab saya dapat examine budak yg paling sukar di'approach'... maybe sebab tulah time shortcase dapat baby yang macam tu..T.T

agak2 dia nie brape tahun?
Yang pasti apa yang telah berlalu biarkan berlalu dan ambil iktibar melaluinya.. what done is done.. lepas nie saya dan rakan2 se'batch' akan tukar posting.. saya akan masuk posting terakhir saya iaitu orthopedic untuk tahun 4 nie.. tiba2 rase anhedonia nak masuk posting nie... huhu.. ya Allah permudahkanlah...

Esok, insyaAllah saya balik Ipoh.. weee.. ada family gathering... my elder sister E-day ahad nie.. dah tiba masa dia juga.. tak sabar nak jumpa mereka semua.. nak amik gambar banyak2.. hehe.. nak testing benda yang tak berape baru..=)

Tak lama lagi pun nak masuk tahun baru 2012... Jom buat kerangka azam tahun baru yang hendak dicapai untuk tahun hadapan dan reflect kembali azam tahun 2011 yang tercapai dan belum tercapai.. InsyaAllah moga setiap amalan dan keazaman kita untuk menjadi lebih baik akan diberkati Allah...
Jazakillah...

hari terakhir bersama supervisor Dr Adibah di Hospital Kajang
tibe2 rase nak posting HO kat sini..=)
p/s: bila sebut orthopedic teringat something.. aduhai emosi.. =.=
p/s2: planner 2012 saya dah sampai daripada bandung.. tak sabar nk tengok!!