Pages

Saturday, November 10, 2012

tik tok

Bismillahirrahmanirrahim....


Sedikit perkongsian 'quote' dari Yasmin Mogahed....



"Often what makes us fall into despair is focusing on the wrong things. For example, if we’ve sinned, we focus on the sin, rather than the Most Merciful. If we’re broken, we focus on the break instead of Al Jabbar, the One who mends. If we are in pain, we focus on the pain itself, instead of on the One who removes all pain. If we are wounded, we focus on the wound instead of on the One who heals all wounds.

If we’re scared, we focus on the fear, instead of the Protector. And if we’re facing a problem, we see the problem, but not the One who can solve it. We see the lion, but not the lion tamer. We see the imperfections of dunya, but not the perfection of Allah. We see the immediate, but not the Tomorrow, the tree, but not the fruit, the thorn, but not the rose. All our pain, all our despair, all our hopelessness, stems from looking at the creation, instead of the Creator."

-Yasmin Mogahed


Sudah seminggu berada dalam posting pediatrik di PPUKM... Letih, lesu dan sedefinasi dengannya memang terasa. Berada di bawah supervision Ketua Jabatan Pediatrik sangatlah menguji mental dan fizikal. Perlu ada kekuatan untuk menghadapinya. But, I actually impressed with her. She being like that because she wanted us to be tough just like her and not to be fear to her. 

Seperti kata2 Yasmin Mogahed, kita selalu tersilap menafsir sesuatu yang berlaku dalam hidup kita. Kita rasa takut dan resah pada tempat yang salah. Jika kita meletakkan Allah dan syurga sebagai matlamat hidup kita, setiap apa cabaran yang ditempuhi pasti tiada rasa keresahan.


InsyaAllah, tinggal lagi separuh perjalanan kami untuk meneruskan cabaran di tahun akhir sebelum menghadapi peperiksaan Ikhtisas akhir. Jika berselisih sahabat2 di kafe atau wad mesti persediaan untuk menghadapi peperiksaan tidak lekang dek bibir. Bersediakah kami??


Kadang2 pertanyaan ini menyebabkan saya mereflek diri.. Kita terlalu kesahkan peperiksaan di dunia dan sebanyak mana persediaan kita... tapi tidak pernah atau jarang mengingatkan diri sejauh mana persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan yang jauh lagi besar iaitu HARI AKHIRAT.. Sejauh mana persediaan kita untuk menghadapi viva dihadapan Allah.. Bersediakah kita?? Cukupkah amalan kita untuk dipersembah di hadapan-Nya? 

Sebab mati itu pasti yang kita tidak ketahui bilakah masa dan tarikh 'peperiksaan' itu. Hmmm... At least, peperiksaan di dunia ni kita dah tau bila akan berlaku sebab sudah dirancang dan diketahui the exact tarikh..


Jom muhasabah... Walau apa sahaja yang berlaku, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita... Usaha, usaha, usaha... tawakal, tawakal, tawakal... insyaAllah, Allah permudahkan segala urusan kita....


Ayuh besarkan hati kita... Let do the best, and let Allah do the rest.. May Allah ease our way.. InsyaAllah... ^_^


p/s: menyiapkan segala report yg perlu disiapkan sebelum menghadapi seminggu sebagai PRHO (pre-registered house-officer) bermula hari esok (Ahad)... Doakan saya yer.. ;)

Sunday, November 04, 2012

apple of my eye


Salam alayk...

Sedikit perkongsian dikala dinihari... Sepotong hadis berkaitan ibu bapa....

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya "Saya telah kepada Nabi saw,: "Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Sembahyang dalam waktunya." Beliau bertanya lagi: "Kemudian amalan manakah pula?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada ibu bapa" Beliau bertanya lagi: "Kemudian amalan manakah pula?" Baginda menjawab: "Berjihad di jalan Allah." Beliau berkata lagi: "Baginda saw telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda saw menambah lagi, pasti Baginda saw menambah untuk saya".- Hadis riwayat al-Bukhari

Berdasarkan hadis di atas, kita lihat suruhan kedua selepas solat iaitu menjaga hubungan dengan Allah, kita dituntut untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita dan selepas itu barulah berjihad.. Betapa peri pentingnya kita dituntut menjaga hubungan dan berbakti kepada ibu bapa kita ..

"Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik 
dan berbakti kepada kedua ibu bapanya..." 
Al-Ankabut: 8

Mereflek diri, adakah diri ini sempat untuk berbakti kepada mereka? Cukupkah perlakuan baik yang diri ini persembahkan kepada mereka? Ustaz Asyraf (IM) pernah cakap dalam slot pengisian untuk program ikram teens 'walau banyak sekalipun pengorbanan dan bakti yang kita lakukan untuk ibu bapa belum tentu mampu membalas rasa keperitan dan kesakitan ibu kita melahirkan kita di dunia ini'.. Allah... T_T

Apatah lagi kita bergantung pada ibu bapa sehinggalah kita berjaya mendapat pekerjaan yang cukup membanggakan... Semenangnya tiada nilaian untuk setiap budi yang mereka curahkan buat kita semua... Mengalir air mata mengenang betapa banyak hak2 ibu bapa yang diri ini tidak tunaikan... huhu... Terasa sangat rindu untuk peluk cium mereka.. TT_TT

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah kedua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"

Their face and name will always in my heart and do'a, insyaAllah forever till I die...

p/s: mama, abah angah rindu... both of you always the apple of my eye... T_T

source: kitab al-adab, terbitan pustaka salam