Pages

Monday, August 22, 2011

qoute

“Umar Ibn Khattab (may Allah be pleased with him) said: 
“I am not worried about whether my du’a will be responded to, 
but rather I am worrried about whether I will be able to make du’a or not.
 So if I have been guided by Allah to make du’a, 
then (I know) that the response will come with it”



p/s: jom kita teruskan berdo'a... moga Allah sentiasa memberi keampunan dan menerima taubat hamba2Nya.... 


p/s:sedihnya ramadhan semakin meninggalkan kita... masihkah ada ramadhan untukku pada tahun akan datang??

Saturday, August 20, 2011

fasa terakhir....

Salam Alayk....



‎"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu,
 dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
 Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 
(al-Baqarah : 155)


Ramadhan semakin meninggalkan kita...
Sekarang nie kita sudah berada di 10 malam terakhir iaitu fasa 3 Ramadhan..
Antara fasa yang ditunggu2 oleh orang2 yang beriman yang sentiasa beramal soleh...
Terdapat satu malam yang dijanjikan ganjaran pahala seperti beramal 1000 bulan...

Dan juga seperti dalam sabda Rasulullah;
“...dan (bulan Ramadhan) bulan yang permulaannya Rahmat, pertengahannya Maghfirah (pengampunan) dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka...”

Moga kami tergolong dari golongan yang mendapat pengampunan dan pembebasan daripada seksaan api neraka...

“Wahai Allah!
Demi orang orang yang bermunajat meminta keampunanMu,
Demi orang orang yang berhajat memohon keredhaanMu,
Demi berjuta telapak tangan yang telah terangkat bermunajat pada Mu,
Demi doa para Nabi dan RasuluMu yang mustajab,
Demi rintihan para kekasihMu yang dahagakan pengampunan,
Ampunkan aku dari segala dosa-dosa dan kenistaan. 
Bebaskan aku dari samudera syahwat yang membuatku tenggelam dengan nafsu,
yang membuatku ditelan oleh dosa dan merangkak di perut dosa 
yang penuh dengan kebusukan bangkai kehinaan dalam keadaan lumpuh dari harapan, 
akulah hamba yang merangkak di perut dosa...
ditenggelam ke dasar samudera syahwat.
Di Pintu KemegahanMu, ku memanggil-manggil Nama AgungMu..
satu-satunya gerbang harapan bagi para pendosa..
Ampunkanlah aku dari segala dosa-dosa.."

Amin ya rabbal a'lamin....

Moga kami bertemu dengan malam Lailatul Qadar...InsyaAllah

p/s: post tazkirah bersama kak zatel n meeting semalam.... banyak perkara yang perlu dilaksanakan...moga Allah permudah dan melapangkan segala2nya...

Saturday, August 13, 2011

promo...

Salam alayk...
Walaupun hampir separuh ibadah puasa kita lalui, masih belum terlambat kita untuk berlumba-lumba mendapatkan hadiah dan bonus hebat untuk bulan Ramadhan kali ini...

Jangan lelah atau cepat berputus asa untuk mengejarnya since masa yang tinggal semakin kritikal...ayuh kuatkan semangat... moga kita mendapat malam yang dijanjikan terbaik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul Qadar...





"Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, 
namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya)
 masih belum diampuni" 
Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban 

p/s: rasa terharu dengan layanan baik oleh penduduk pangsapuri area bangsar... sedikit bakti dicurahkan namun berbukit rasa terima kasih dibalas...sob2... erti hidup untuk memberi (ayat ustaz haszrisal)...=)

Thursday, August 11, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk

Salam alayk...


Just for sharing coz dah lama tak update... busy ker??? ekk...


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."




source: link disini

Jom kita mula mengamalkan surah al-mulk nie setiap malam sebelum tidur... moga mendapat manfaat daripadanya....Dah lama sebenarnya mencari fadhilat surah Al-Mulk nie... Alhamdulillah dah dapat...sharing is caring...wallahua'lam...

p/s: huhu..dah mengantuk... good nite... before tidur tu jangan lupe baca al-mulk dan niat puasa... slamat bangun sahur esok....Zzzzzz

Friday, July 29, 2011

=)

Salam Alayk...

Alhamdulillah.... Hari nie tamat sudahlah posting pertama untuk tahun 4 nie...
Syukur, saya dapat menghantar kesemua benda yang perlu dihantar pada hari nie..
case write-up, log book and proposal SSM sudah settle..

Esok dah start cuti antara posting buat kami pelajar medic tahun 4...
untuk year yang lain jangan jeles yer sebab kami dapat cuti untuk seminggu and berpuasa selama seminggu gak di rumah bersama-sama family...=)
Esok juga kami (shiqin, zatie and farhana) akan bertolak balik ke utara ke kampung halaman masing2 dengan kereta.. semoga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi...
Doakan kami yer....(saya drive pagi2 esok pukul 5...)

Lagi dua hari Ramadhan akan tiba..
gembira nyer...(hypomanic sikit)
kene ader azam untuk Ramadhan kali nie...
Taknak jadi seperti ramadhan yang lepas sebab kurang pengisian
Waktu tu tengah posting JKM kat tanjung karang..
sangat2 tak best time tu...


"Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.."

ahlan wasahlan ya ramadhan...
Moga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua
Jom pasang azam Ramadhan untuk memperbanyakkan melakukan ibadah soleh!!!

Jazakillah....

p/s: post untuk sempena nak sambut ramadan dengan semangat....dah tido2..esok nak kene drive...bye peeps...=P

Tuesday, July 26, 2011

jom sihat =P

Salam Alayk...


Anhedonia atau dalam bahasa layman termnye kehilangan perasaan seronok untuk melakukan hobi atau interst pada masa lapang... ini adalah salah satu symptom major depressive disorder (MDD) atau dipanggil penyakit kemurungan. terlalu common penyakit nie boleh didapati dan statistic menunjukkan ianya high prevalence dikalangan pekerja professional...aik kita ke?? 



Kesian orang yang menghadapi sakit nie sebab mengikut kata mereka (pesakit), diorang tak mahu rasa macam tu dan kalau boleh mereka nak kembali normal seperti manusia biasa yang ada interest and happy to do what ever they want. Lama-kelamaan if penyakit ini tidak diubati boleh menyebabkan severe depression or we called it melancholic features that sometimes will leads to suicidal attempt or psychosis...huhu..
(terlalu banyak clerk patien MDD mase posting nie..huhu..)


So, salah satu cara nak prevent daripada dapat penyakit ini adalah mengamalkan cara hidup sihat... hehe..sebenarnya ini tujuan saya nak tulis post kali nie...wink2..


Macam mane ekk nak mengamalkan cara hidup sihat??
mudah jer... mula2 kene ader insight yang betul dulu dalam hati kita...insight tu maksudnya kefahaman kita dalam melakukan sesuatu... sama macam dalam hadis 'Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya'... so, bila niat dah betul barulah boleh start planning penjagaan kesihatan badan kita...


Pertama sekali cari aktiviti sukan apa yang paling minat.. macam saya saya minat berjogging dan juga futsal... so bila dah identify minat kat sukan mana, kita bolehlah start bersukan... hehe... kene pilih waktu yang sesuai juga sebab waktu lapang kita tak sama... Kalau saya, saya lebih prefer berjogging ikut selang hari iaitu buat hari nie and esok boleh rest and continue sukan balik hari lusanya... tujuannya supaya kita boleh recharge balek energy yang digunakan selepas bersukan pada hari tersebut... kalau tak anda boleh suffer keletihan yang melampau pada keesokkan harinya...sukan pun penting untuk melambatkan proses penuaan...awet muda tu..hehe...selain tu ia boleh meningkatkan endorphin level dalam darah yang dapat mengurangkan stress selepas kita bekerja atau pun belajar... one of psychotherapy tau...=P


i love my heart!


Kedua, pemilihan makanan yang sihat.. Kena ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dalam sehari... Selain tu pengambilan protein kena lebih banyak daripada karbohidrat sebab bila ambil terlebih glucose, glucose akan convert to fat..huaaa..nie yang paling ditakuti...hehe... pengambilan protein yang banyak juga penting untuk menggantikan sel2 mati dan meningkatkan kadar metabolism dalam badan disebabkan oleh aktiviti harian dan juga penuaan...


sedapkan tengok buah2an nie...hehe




Yang paling penting, minum air mineral yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari... Pengambilan air yang banyak boleh meningkatkan kadar metabolism badan dan mengikut research dalam sehari kita akan kehilangan lebih kurang 1.7 liter air dalam badan melalui pernafasan, berpeluh dan juga urination.. Kalau kita kurang ambil air, kita boleh mendapat dehydration dan boleh pitam kalau sangat severe...huhu... Selain itu, dengan mengambil air dengan banyak dalam sehari, kita pon boleh mengurangkan berat badan kerana dengan minum air perut kita akan sentiasa menstimulate satiety center untuk cepat rasa kenyang... so, kita akan kurang makan dengan banyak...




Ada sahabat comment "eleh, tak kurus pon walaupun jogging and diet hari2.." huhu..agak pedas yer kata2 tersebut tapi act it as motivation... yang  penting niat kita bukan untuk kurus sahaja malah lebih kepada untuk menjaga kesihatan kita untuk jangka masa panjang... if dapat kuruskan badan (become more slim than before) its a gift and you deserve to get it... nak ke umur belum 40 tahun dah dapat macam2 penyakit metabolic like diabetes, hypertention, hypercholestrolemia and obesity?? lu pikirlah sendiri...huhu...


Apa pun sebelum buat apa2 kita niatkan kita buat nie kerana Allah... insyaAllah dapat ganjaran ibadah setiap apa yang kita lakukan... dalam borang muttabaah pun suruh kita bersenam dan dalam 10 muhassafat tarbiyyah ada menyatakan sihat tubuh badan...


See.. tak salahkan kalau kita kene jaga kesihatan...yang penting kesihatan mental dan emosi kena tiptop barulah kesihatan badan akan sempurna...insyaAllah...yang penting bersenam dan menjaga pemakanan daripada awal untuk prevent dapat stress... Apapun kesihatan, hidup, mati, jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah...Kita sebagai hambaNya wajib menjaga anugerah Allah itu dengan sebaik2nya....
.............................

InsyaAllah, tinggal lagi 5-6 hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak... Jadikan bulan ini sebagai medan anjakan paradigma buat kita dalam membentuk diri menjadi lebih baik yang bukan sahaja dari segi ibadah tetapi juga dari segi akhlak dan juga kesihatan diri... Puasakan salah satu cara pe'nyah' toksin yang terbaik... so take it as a granted from Allah that give us this month untuk prosess penyucian dan pembersihan... toksin yang bukan sahaja dari dalam badan malahan dari dalam hati kita (sifat2 mazmumah) juga perlu di'nyah'kan...haiyakkk!!...


Jazakillah...

p/s: jeles bila baca kat blog ustaz hasrizal dimana beliau berjaya menurunkan berkilo2 berat badan dalam beberapa bulan.... yg penting kata ustaz tu kene istiqamah...huhu...
p/s2: jangan niat untuk kuruskan badan pulak untuk bulan Ramadhan kali ini...nanti sia2 jer amalan kita...wallahua'lam...

Sunday, July 24, 2011

Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung Labuh

Salam Alayk...
Sekadar perkongsian daripada blogwalking...
Aku mengurut-urut keningku perlahan-lahan. Penat. Aku baru sahaja selesai mengulangkaji sebahagian buku subjek Muamalat. Ku tutup buku itu lalu aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Aku menuju ke ruang tamu. Kosong. Di mana semua orang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar menghirup udara petang. Aku segera mencapai sehelai tudung dan menyarungkannya di kepala. Stoking juga ku ambil lalu ku pakai.
Aku melangkahkan kakiku ke luar rumah. Tetapi hasrat untuk berjalan-jalan ku batalkan lalu aku mengambil keputusan untuk naik ke bumbung rumah. Di atas bumbung rumahku ada sebuah bahagian seakan-akan balkoni yang dibina oleh ayahku sebagai tempat istirehat pada waktu-waktu senggang. Ada sebuah meja dan beberapa kerusi buatan sendiri di situ.
Aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang menghadap ke jalan raya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tudungku turut terbuai ditiup angin semilir petang. Ada anak-anak kecil yang sedan berkejaran. Ada yang sedang berbasikal dan ada yang sedang bermain badminton. Aku tersenyum melihat anak-anak kecil ini. Indahnya alam kanak-kanak.
Di sudut lain pula ada anak-anak remaja yang sedang berkumpul di atas motosikal masing-masing. Mungkin menunggu waktu yang sesuai untuk merempit. Ada juga anak-anak gadis berpakaian kurang sopan sedang berjalan-jalan. Aku mengeluh. Sebagai seorang gadis, aku turut merasa malu melihat mereka berpakaian seperti itu. Ya, lebih memalukan kerana mereka bertudung. Tudung yang bukan tudung dengan pakaian yang ketat dan sendat.
Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Hatiku sayu mengenangkan umat Islam kini yang semakin rapuh imannya. Dan aku? Tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Aku bermonolog sendirian. Dahulu, aku juga seperti mereka. Bertudung sekadar syarat. Bagiku, asalkan bertudung itu sudah cukup. Tetapi segala-galanya berubah kerana suatu peristiwa. Aku termenung mengingat kembali peristiwa itu.
************************************************
Kisah itu bermula ketika aku berusia 13 tahun. Aku mula menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku bersekolah di sebuah sekolah menengah agama yang terkemuka di Hulu Langat. Hari pertama persekolahanku, aku berkenalan dengan ramai teman baru dan ada juga teman-teman dari sekolah rendah yang turut menyambung pelajaran di situ sepertiku.
Ingin aku ceritakan betapa indahnya suasana masyarakat di situ. Gadis-gadisnya bertudung labuh dan pemuda-pemudanya segak berkopiah. Suasananya tenang dengan pokok-pokok rendang yang menghijau, kicauan burung dan ikan-ikan yang sedang bermain di kolam. Tetapi, itu adalah perasaan yang ku rasakan kini iaitu saat aku telah menginjak dewasa, saat aku mengenangkannya.
Namun, saat suasana itu sedang ku alami, hatiku remajaku memberontak. Mengapa aku harus bertudung labuh ke sekolah? Hodohnya! Itulah yang ku fikirkan saat itu. Aku gadis bertudung tetapi aku bukan gadis bertudung labuh.
Hari-hari persekolahanku, ku lalui seperti biasa. Aku mula dapat menyesuaikan diri. Sehinggalah pada suatu hari, kami semua dikehendaki hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk membersihkan kelas sempena Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas. Di rumah, aku mula gelisah. Apa yang harus ku pakai untuk ke sekolah??
'Ish, nak pakai apa ni? Takkan nak pakai tudung pendek ni kot?? Malulah!'
Aku benar-benar bingung. Aku tidak mungkin akan hadir ke sekolah dengan tudung pendekku. Aku malu kerana selama ini semua teman-temanku hanya pernah melihatku bertudung labuh sekolahku itu. Pasti mereka akan menganggapku sebagai seorang yang hipokrit. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminjam sehelai tudung labuh ibuku. Walaupun ibuku tidak bersekolah agama, tetapi dia bertudung labuh. Mungkin kerana dia mengajar di sekolah agama atau mungkin kerana itu adalah keinginannya sendiri. Aku juga tidak tahu.
'Mak, nak pinjam tudung labuh sehelai'
'Nak buat apa?'
'Esok Along kena pergi sekolah'
'Laa..pakai je la tudung yang Along biasa pakai tu'
'Taknak, Along malulah. Nanti apa pulak kata kawan-kawan Along kalau tengok Along pakai tudung pendek'
'Hah, yelah. Ambillah yang mana Along nak'
Aku segera mengambil sehelai tudung ibuku yang berwarna krim. Hatiku melonjak girang. Bolehlah aku ke sekolah dengan bertudung labuh nanti. Tidak perlulah aku berasa malu dengan teman-temanku lagi.
Esoknya, aku memakai sehelai t-shirt dengan tudung labuh tersebut. Agak lucu kerana tudung itu agak besar denganku. Ah, aku tidak peduli asalkan aku ke sekolah dengan bertudung labuh. Ibuku menghantarku ke sekolah. Saat aku tiba ke sekolah, aku terkedu. Teman-temanku sudah sampai. Ramai. Lelaki dan perempuan semuanya sudah berada di dalam kelas. Tetapi bukan itu yang membuatku terkedu.
'Tengok, kawan-kawan kamu tu tak ada pun yang pakai tudung labuh. Tu lah, mak cakap pakai tudung biasa je kamu takanak dengar. Degil'
Aku hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta. Kakiku melangkah lesu keluar dari perut kereta. Terasa seakan-akan semua orang memandangku. Saat itu, aku rasa seperti ingin menangis. Terasa seakan-akan semua orang sedang ketawa melihatku.
Mataku liar memandang sekeliling. Ya, ada yang turut berpakaian sepertiku. Aku lega. Sekurang-kurangnya aku tidak berseorangan. Tetapi, teman-teman rapatku semuanya bertudung pendek. Dan mereka berlagak seolah-olah tidak mengenaliku. Aku hanya melangkah lesu masuk ke dalam kelas.
Aku tersenyum mengenangkan kembali kerenahku. Bertudung labuh kerana malu. Ah, naifnya aku saat itu. Aku kembali semula ke zaman persekolahanku.
'Bagusnya kau pakai tudung labuh'
Kata seorang temanku. Lelaki. Aku sekadar mendiamkan diri. Sebetulnya aku malu. Mereka tidak tahu bahawa aku memakainya kerana terpaksa. Kerana malu dan khuatir dikatakan hipokrit.
Sejak saat itu, aku sentiasa memakai tudung labuh apabila perlu ke sekolah pada bukan hari persekolahan. Ya, masih kerana aku malu. Aku tidak ikhlas memakainya. Bahkan aku merasakan aku sangat hodoh memakai tudung labuh. Tetapi aku tetap memaksa diriku untuk bertahan. Ibuku pula kurang memberikan sokongan. Dia tidak kisah samada aku bertudung labuh ataupun tidak. Baginya, cukup sekadar tudungku itu menutup aurat. Labuh menutupi dada. Walaupun ibu bapaku tidak bersekolah agama, mereka amat menitikberatkan ajaran agama dalam keluarga. Aku dilarang sama sekali berpakaian tidak menutup aurat di luar. Walaupun aku bertudung pendek, auratku terjaga. Mungkin kerana tubuhku yang kecil pada masa itu lalu walaupun bertudung pendek, perhiasan wanitaku terjaga.
Suatu hari, aku keluar ke Pekan Kajang bersama kawan-kawanku. Tetapi, kali ini aku bertudung pendek. Ah, aku lebih malu memakai tudung labuh kalau di Kajang. Di situ, orang-orangnya bergaya. Pasti aku akan kelihatan aneh dengan tudung labuh apabila berada dalam kalangan mereka. Malahan aku berbaju ketat dan tudungku silang sehingga nampak perhiasan wanitaku. Aku bersikap berani kerana ibuku dan ayahku tiada di rumah. Mereka hanya akan pulang pada waktu malam.
Aku berpisah dengan kawan-kawanku apabila mahu pulang. Aku pulang dengan menaiki bas. Saat aku masuk ke dalam perut bas, ku lihat hanya tinggal satu tempat duduk di sebelah seorang makcik. Aku segera mengambil tempat. Penat berdiri.
Di pertengahan jalan, makcik yang duduk di sebelahku turun lalu tempatku diambil oleh seorang lelaki muda. Botak. Berpakaian aneh dengan corak tengkorak pada bajunya. Aku mengengsot sedikit lalu memandang kosong ke luar tingkap. Tidak selesa. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang di pinggangku. Aku tersentak tetapi aku tidak segera melatah. Aku menjeling pada pemuda di sebelahku. Matanya tertutup rapat. Sangkaku dia tertidur dan tangannya tidak sengaja menyentuhku. Lalu ku alihkan tangannya dan kembali memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba ia berlaku sekali lagi. Kali ini ku rasakan tangan itu bergerak-gerak menandakan kali ini perbuatan itu disengajakan. Pantas aku mengambil begku dan diletakkan di antara aku dengannya. Kalau ikutkan hatiku yang baran, nahas lelaki ini ku kerjakan. Tetapi, keadaan sesak di dalam bas membantutkan niatku. Aku menudukkan tubuhku dan menongkat dagu memandang lagi ke luar. Dan tak ku sangka lelaki tiu berani meletakkan tangannya di bahuku.
'Hoi!!!'
Tanpa perasaan malu aku bangun dan berteriak. Aku tidak peduli dengan mata-mata yang sedang memandangku. Lelaki ini harus ku ajar. Tetapi dia sekadar membatu di tempatnya tanpa sedikit pun terkuit.
'Kau ni apahal?! Jangan nak kurang ajar dengan aku!'
'Apa?? Apa aku buat kat kau??'
Dia memandangku sinis.
'Apa??'
'Kau..kau..urgh, tepilah, aku nak keluar! Pakcik, berhenti! Saya nak turun!'
Aku berteriak kepada pemandu bas agar segera berhenti. Sakit hatiku melihat wajah pemuda itu. Sebelum aku turun, aku memijak kaki pemuda itu sekuat hatiku. Dia terjerit. Puas hatiku.
'Padan muka, jangan nak main-main dengan aku!'
Aku pulang dengan menaiki bas lain selepasnya. Di rumah, apabila ibuku pulang aku menceritakan peristiwa tersebut pada ibuku. Dia memarahiku. Katanya, aku tidak berhati-hati sehingga ada orang yang mengambil kesempatan terhadapku.
Wajahku berkerut apabila mengingati peristiwa hitam itu. Itu pertama kali dalam hidupku peristiwa sedemikian terjadi padaku. Sejak itu, aku jadi trauma untuk menaiki bas. Tetapi, ada peristiwa selepas itu yang telah mengubahku menjadi seperti aku sekarang ini.
Petang itu, aku baru sahaja selesai menghadiri kelas tambahan di sekolah. Kebiasaannya ibuku akan datang mengambilku tetapi petang itu ibuku tidak dapat datang kerana kereta ibuku rosak dan berada di bengkel kereta. Itu bermakna aku harus menaiki bas untuk pulang.
Suasana di Pekan Kajang seperti biasa. Penuh sesak dengan manusia. Aku mula terbayang peristiwa hitam yang pernah terjadi padaku di dalam bas. Mataku meliar mencari bas yang kosong. Aku tidak mahu mengambil risiko menaiki bas yang penuh sesak. Khuatir peristiwa itu akan berulang lagi.
Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Aku duduk seorang diri. Begku letakkan di kerusi sebelahku. Sengaja. Aku tidak mahu ada orang duduk di situ. Tiba-tiba..
'Kak, boleh saya duduk kat sini?'
Seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an menegurku. Aku memandangnya sekilas.
'Suka-suka je panggil aku kakak. Mentang-mentang aku pakai tudung labuh. Tak nampak ke aku bawa beg sekolah ni?'
Aku serba-salah. Aku bimbang peristiwa itu akan berulang lagi. Tanganku perlahan-lahan mengambil beg di sebelah tempat dudukku. Pemuda itu juga kelihatan teragak-agak untuk duduk. Dia sekadar duduk di hujung kerusi. Langsung tidak bersentuh bahu denganku. Aku tersenyum. Lega.
'Sekolah lagi ke?'
Aku tersentak apabila suara lelaki itu menegurku. Aku menoleh dan mengangguk.
'Sekolah agama ke? Kat mana?'
' A'ah, sekolah agama kat Langat'
'Ooh..yeke. Baguslah adik pakai macam ni bila keluar. Jangan pakai tudung labuh kat dalam sekolah je. Orang yang pakai tudung labuh ni, maruahnya terjaga. Bila pakai tudung labuh, orang tak berani mengurat. Hihi..'
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terasa kata-kata itu benar-benar tepat menikan di hatiku.
'Abang turun dulu. Kalau nak tahu, abang ni ex sekolah adik'
Pemuda sopan itu berlalu keluar. Aku menghantar langkahnya dengan pandangan kosong. Sekumpulan anak muda masuk ke dalam perut bas. Bising. Mereka berpakaian serba hitam dengan rambut tercacak berwarna-warni. Aku kembali teringat peristiwa itu. Belum sempat berbuat apa-apa, salah seorang dari mereka mengambil tempat di sebelahku. Tetapi, dia juga seperti pemuda sopan tadi. Sekadar duduk di hujung kerusi. Aku terkesima. Kata-kata pemuda tadi kembali terngiang-ngiang di telingaku. Bayangan peristiwa hitam itu bermain di mindaku. Ya, saat itu aku berpakaian kurang sopan. Tudungku pendek menampakkan perhiasanku. Bajuku ketat dan tidak menutup aurat.
Aku kembali ke alam nyata. Bayangan peristiwa lalu itu hilang dari mindaku. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah. Aku bersyukur kerana diganggu oleh pemuda kurang sopan itu dan aku bersyukur dipertemukan dengan pemuda sopan yang menasihatiku itu. Jika tidak kerana mereka, pasti aku semakin jauh tersesat. Pasti aku akan sentiasa bertudung labuh kerana malu bukan kerana ALLAH.
Sejak peristiwa itu, aku mula mengikhlaskan diri dalam bertudung labuh. Aku tidak lagi memakainya hanya untuk ke sekolah. Aku memakainya di mana-mana sahaja apabila aku keluar dari rumah. Dan segalanya benar, bertudung labuh secara automatik membuatku terjaga. Maruahku terpelihara dan tidak dipermainkan. Tiada orang yang berani menggangguku bahkan dengan bertudung labuh juga, aku jadi lebih berhati-hati dengan sikapku kerana aku tahu ada banyak mata yang memerhati langkahku.
Aku bangun lalu turun ke bawah. Rupa-rupanya adik-adikku keluar bermain di taman. Aku tersenyum melihat adik-adik perempuanku yang turut manis bertudung labuh. Aku ingin mereka menjadi gadis solehah. Kini, aku bertudung labuh kerana ALLAH bukan lagi kerana malu dengan teman-temanku. Walaupun bukan tudung labuh seperti waktu aku bersekolah, ia masih lagi labuh dan menutup auratku. Aku akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diriku menjadi gadis yang solehah.
p/s: Kisah ini adalah kisah benar seorang gadis. Kisahnya simple tetapi boleh dijadikan pengajaran untuk semua. Saya gunakan bahasa diri aku agar pembaca mudah untuk memahaminya. Semoga kita diberi peluang untuk berubah seperti gadis ini dan kita sama-sama doakan agar dia istiqamah dengan perubahannya itu. Ameeennn..

source: article iluvislam
p/s: blogwalking sambil2 menulis CWU yg tak kunjung siap....poor progress...hish...=(