Pages

Thursday, December 29, 2011

kawin waktu study?


Sekadar perkongsian semasa bersiar2 di blog orang...=P


Isu perkahwinan sewaktu dalam tempoh belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang. Berikut adalah petikan dari buku; Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini.

Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW: 

Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Rasulullah SAW juga bersabda, ” Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar. 

Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam. Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama. Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu  membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.

Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat , seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya. Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.

Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan. Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat”. Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat. 
(ramai je kawan2 dan senior2 yang kawen waktu belajar even kitorang dalam kos medic..Hmm..)

Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya. Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.

Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati. Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga. Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.

sumber rujukan: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust Burhan Sodiq)

sumber blog:[akuislam]

Teringat ayat ini;

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur: 32)
~janji Allah kowt... ~

p/s: ada berani untuk sahut cabaran ini? [utk yg dah ade calon]
p/s: gembira mendengar berita walimah sahabat yg tak lame lagi... jd pengapit? hoho.. idak ler teman... =P

Tuesday, December 27, 2011

(",)

Salam Alayk...

Hari pertama dalam posting orthopedic sangat mem'blur'kan.. haha... Jumpa supervisor pon kat dalam OT and we just say 'hi'.. huhu... Walaupun dah start posting baru tetapi kenangan di posting yang lepas masih berlegar2... Kiri kanan saya masih ramai bercerita pasal exam last week.. bleh dapat PTSD (post traumatic stress disorder) dengan perkataan 'peads' nie... Bila mengadu kat kak r, dia cuma tersenyum and said never give up.. huhu.. katanya lagi "insyaAllah semua rezeki Allah dah tentukan.. kita hanya mampu berusaha sedaya upaya dan terbaik yang kita boleh... Ade orang yang sangka dia lulus tapi gagal, dan ada juga yang terjadi sebaliknya...hanya Allah tahu apa yang terbaik buat kita..."

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Al-Baqarah:216

Berhari pertama di posting ini, saya dan kak r melihat (observe) dan membuat wound dressing kat kaki dan tangan pesakit.. Ngeri tengok pesakit yang banyak 'wire' dan 'aerial' kat tangan dan kaki.. Bila tanye sebab2 terjadi macam tu kebanyakkannya disebabkan kemalangan... tibe2 rase ngeri nak bawak motor.. ekk...

Mengharapkan yang terbaik berlaku dalam kehidupan yang kian mencabar... Rabbi yassir walla tua'ssir...

p/s: If they can do it, so do I..
........................................

Her E-day


Alhamdulillah everything was went smoothly last weekend (sunday)... Tahniah ayong eventhough hang maybe tak leh tembus angah nyer blog..hehe... Rase bersalah sangat sebab tak dapat contribute banyak benda untuk this event sebab ada meeting saat2 akhir hari sabtu.. balik pown dah malam... Ape2 pon nanti angah ganti balik masa hari walimah hang... dah tak lame lagi pown...

gubahan buah hantaran yg sempat sy buat.. =)
p/s: tibe2 ada makcik2 bertanya saya "hang bila lagi?" aduhai.. calon pon tak dak lagi mana nak bilanye... haha..
p/s: lepas kenduri abah bisik kat saya, angah xyah buat kenduri masa tunang nanti yer... penat abah... haha.. okey abah yang comel... saya rase pown xnak buat besar-besaran...

Friday, December 23, 2011

p.e.a.d.i.a.t.r.i.c

Salam Alayk...

Lama sudah saya tidak mengupdate blog. Hampir 3 minggu rasanya.. alhamdulillah hari ini officially tamat sudah saya berposting peadiatrik.. Selama 8 minggu berada di posting ini terasa amat mencabar.. Penat dan kesabaran amat teruji.. Hari ini pula saya antara group terakhir telah menghadapi peperiksaan shortcase untuk posting nie.. huhu.. Cuma mampu berserah kepada Allah.. tiba2 dapat budak yang sangat tidak cooperative untuk buat respiratory examination.. station kedua pula dapat pesakit cerebral palsy dan examiner nyer prof R.. huhu.. dalam hati dah cakap oh my...

Bila tiba saat peperiksaan sahaja baru terasa betapa sedikitnya ilmu yang saya timba sepanjang posting nie.. Bila selak2 buku, baru terasa bestnye baca buku nie.. banyak sangat penyesalan terbit sebab tak study betul2.. Dalam posting juga kami perlu tau examine se'kreatif' yang mungkin and as long as kami dapat elicit the finding...huhu... baby2 sekalian kenapa anda terlalu sukar untuk dijangka?

Cuma yang saya suka untuk posting nie sebab saya dpt bangun awal (lebih awal drpd time O&G) dan pegi wad main dgn kanak2.. Tiba2 teringat sahabat saya pernah cakap yg sy ni garang dengan budak.. i just like hah.. yeke.. tapi yang kawan chinese ada yang puji sebab saya dapat examine budak yg paling sukar di'approach'... maybe sebab tulah time shortcase dapat baby yang macam tu..T.T

agak2 dia nie brape tahun?
Yang pasti apa yang telah berlalu biarkan berlalu dan ambil iktibar melaluinya.. what done is done.. lepas nie saya dan rakan2 se'batch' akan tukar posting.. saya akan masuk posting terakhir saya iaitu orthopedic untuk tahun 4 nie.. tiba2 rase anhedonia nak masuk posting nie... huhu.. ya Allah permudahkanlah...

Esok, insyaAllah saya balik Ipoh.. weee.. ada family gathering... my elder sister E-day ahad nie.. dah tiba masa dia juga.. tak sabar nak jumpa mereka semua.. nak amik gambar banyak2.. hehe.. nak testing benda yang tak berape baru..=)

Tak lama lagi pun nak masuk tahun baru 2012... Jom buat kerangka azam tahun baru yang hendak dicapai untuk tahun hadapan dan reflect kembali azam tahun 2011 yang tercapai dan belum tercapai.. InsyaAllah moga setiap amalan dan keazaman kita untuk menjadi lebih baik akan diberkati Allah...
Jazakillah...

hari terakhir bersama supervisor Dr Adibah di Hospital Kajang
tibe2 rase nak posting HO kat sini..=)
p/s: bila sebut orthopedic teringat something.. aduhai emosi.. =.=
p/s2: planner 2012 saya dah sampai daripada bandung.. tak sabar nk tengok!!

Saturday, November 26, 2011

ibrah...

Salam Alayk...


Pelbagai perasaan melanda diri sejak akhir-akhir ini... Terlalu banyak perkara yang menguji kesabaran berlaku dan terasa ianya bertimpa2 sehingga terasa mahu berputus asa... Jangan ingat apabila kita mahu melakukan kerja dakwah atau kerja2 baik yang lain, tidak ada syaitan di antaranya.. Sekarang nie saya terasa ukhwah antara kami akan semakin renggang sehingga terasa tiada jalan penyelesaiannya... 


Mungkin salah saya yang memulakan dahulu kerana tidak berhemah dalam menegur sikapnya yang saya rasa cukup tidak menghormati pendapat dan tindakan yang saya ambil... Yup saya telah menegur dengan suara yang tinggi sebab mungkin waktu tu saya merasakan sangat tercabar dengan perbuatannya setelah ditegur berkali-kali.. Cuba untuk menjernihkan kembali situasi ini tetapi seakan gagal pabila dia keep-on post kat blog dan fb mengenainya... Rasa seperti saya yang bersalah dalam hal ini sebab ramai yang memberi komen dan komen2 itu sepeti saya yang menulisnya sedangkan saya tidak sanggup nak membuka blog yang dikatakan hanya cerita rekaan semata-mata... 


Makin bertambah fitnah dan tuduhan di situ.. Teringat kata2 kak R semasa lepas program, bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya dan Allah nak uji kita sejauh mana kesabaran kita.. itulah sebaik2 teguran Allah untuk kita ambilkan pengajaran..

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui org2 yang dusta". (Al-Ankabut:2-3)

Siapa yang tidak sedih bila perkara baik yang kita mahu lakukan akan berkesudahan kurang baik di akhirnya... Sahabat saya sentiasa menasihati supaya saya sentiasa berlapang dada dan cuba memaafkan dan melupakan setiap perbuatannya sebab itu sajalah cara untuk menenangkan dan menenteramkan hati kita.. dan dia mengingatkan bahawa dicelah-celah kita sentiasa ada syaitan yang sentiasa mengunggu untuk mencucuk kita dengan cara memutuskan silaturrahim... Ya Allah, nauzubillah...



Alhamdulillah, sekarang nie hati ini semakin tenang.. sentiasa berdoa supaya Allah membuka hatinya untuk memaafkan orang lain disamping bermuhasabah tentang segala yang terjadi... Moga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kami untuk terus bersemangat dalam melakukan kerja-kerja dakwah yang sememangnya menuntut banyak pengorbanan tidak kira dari segi masa, harta, emosi dan tenaga...

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...
~ameen~...

p/s: bersiap2 untuk menimba pengalaman di Mukhayyam 01 di Nur Laman Bestari Ulu Yam... bersemangat!!!
p/s 2: xder rezeki nak pergi kursus kawen tahun nie..huhu.. insyaAllah tahun hadapan...=)

Friday, November 18, 2011

T.T

Salam Alayk....


Sedikit perkongsian...
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." As-Saff:14 
Kebetulan ayat diatas dibacakan oleh seorang sahabat semasa meeting semalam... Ayat penenang apabila hati dan jiwa ini sudah tenat dan tidak tertanggung dengan tanggungjawab yang semakin memberat dan terbeban di bahu... yup, hatiku sangat lemah dan mulutku mudah melenting dengan segala kritikan yang di timbulkan oleh individu sekeliling....


Alhamdulillah dalam sesi usrah semalam saya telah meluahkan segala yang terbuku dihati... Terima kasih buat makcik naqibah dan sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan.... love this usrah circle and all of you so much... <3


Marilah sahabat2 kita meneruskan perjuangan yang masih belum sempurna kita laksanakan... Chaiyok!!
Jazakillah...


p/s: huhu... xpernah2 men'ventilate'kan segala luahan hati dalam usrah seperti semalam...blushing2...

Saturday, November 12, 2011

wedlock

Salam alayk...
REVIVE A SUNNAH ⇨ "WEDLOCK, MARRIAGE (NIKAH)"



Narrated 'Abdullah (radiyAllâhu 'anhu): 
We were with the Prophet (sallAllâhu 'alayhi wa salam)
 while we were young and had no wealth whatever. 
So Allah's Apostle (sallAllâhu 'alayhi wa salam) said,


► "O young people! Whoever among you can marry, should marry, 
because it helps him lower his gaze and guard his modesty 
(i.e. his private parts from committing illegal sexual intercourse etc.), 
and whoever is not able to marry, should fast, 
as fasting diminishes his sexual power." 

[Bukhari: Book 7 Vol 62 Hadith 4]

---------

Sempena itu, saya nak promosi satu program yang akan dianjurkan oleh PMUKM dengan kerjasama Surau Ar-Razi:


dan juga Forum Destinasi Cinta Fitrah
pada hari Isnin, 21 November 2011
bertempat di Auditorium, PPUKM
Moderator: Imam Muda Asyraf
Panel: Fatimah Syarha (Pendakwah bebas)
Alia Suzana (ex-PMUKM)

Ahah.. Banner pown dah gantung... Thanx to Kak Naimah yg sangat bekerja keras untuk memastikan perjalanan gerak kerja program ini berjalan lancar... I'm so sorry for not give a lot of effort to work it out...

Jom ramai2 kita pergi program nie...manalah tahu after program nie sahabat2 terbukak hati nak kawin awal... hehe...

Jazakillah...

Tuesday, November 01, 2011

new beginning =D

Salam alayk...


Alhamdulillah segala-galanya berakhir dengan baik.. syukur... Tiada kata yang dapat dilafaz melainkan kata2 tahmid dan sujud syukur padaMu. Terasa tidak layak untuk menerima segala nikmat yang dikurniakan.. InsyaAllah untuk masa akan datang diri ini akan cuba berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.. 


Hari ini sudah hari ke-2 posting peadiatric.. Memang hectic but its wonderful moment sebab boleh jumpa bayi2 dan kanak-kanak yang comel.. Agak mencabar untuk approach peadiatric patient sebab most of them susah nak layan stranger macam kami2 nie...huhu.. but its the challenge that we need to take in order to evaluate for development assessment... actually the communication seminar teach us a lot how we dealing with that situation...  Rasanya PPD lecture nie yang saya rasa paling interactive sepanjang 4 tahun dalam bidang perubatan..hehe...


I feel so eager to learn, see and clerk peadiatric case.. mungkin sebab saya terlalu suka berjumpa kanak-kanak... bila cakap macam nie kat adik2 saya diorang mesti nak gelak terguling2 sebab bak kata kakak dan adik2 saya, muka saya agak garang..huhu...yeke.. tapi Dr Norazlin kata tak semestinya orang yang bermuka garang susah nak approach kanak-kanak... well.. u see how capable I am to go through this posting... budak2 mesti bleh suka saya punya...haha..[plez jgn riak cik hajar


adorable


By the way tadi saya dah kene sergah dengan Dr peads tiba2 suruh present jenis2 immunisasi yang perlu diberikan kepada baby time bedside teaching tadi... saya ape lagi ter'blur' sat and save by the protocol peadiatric book..hehe..okey pas nie saya akan ingat sampai bila2..huhu..




okey terlebih sudah saya ber'write-up' di sini..haha... sebelum terlambat saya nak wish tahniah buat pasukan bola sepak ncmillan (negeri sembilan) sebab menang piala malaysia sabtu lepas... as I said last year, N9 akan tebus kekalahan tahun lepas... [ok no fighting]... tahniah.. hoben jang hoben.. ncmillan selamanya...^.^


Lets strive for another semester before enter the final year medical student.. Rabbi Yassir Walla Tua'ssir... Jazakillah...


p/s: nyaris nak tertinggal bas petang tadi.. nasib baik ader bas ke-2 untuk 5th year..huhu...