Pages

Thursday, October 28, 2010

Kesedihan dan Kesyahduan...

Sudah hampir sebulan saya pulang semula ke HUKM. Alhamdulillah sungguh ku rindu suasana tarbiyyah disini. Disinilah adanya roomate, sahabat2 seusrah dan senior2 yang dapat ku tanya perihal agama dan pelajaran. Bukan membenci  atau tidak suka posting di Tanjung Karang cuma suasananya yang tidak ku berkenan. As my senior said, kat situlah nanti awak akan kenal siapa kawan awak yang sebenarnya.

Seriusly, sedih dengan keadaan tersebut kerana diri ini pun sama terlibat secara langsung. Ikhtilat tidak terjaga dan pasangan bercouple pula semakin menjadi-jadi. Diri ini cuba juga ingin menepis segala dugaan tersebut tetapi tetap gagal. Saya rasa saya pun sama naik. Rasa berdosa sangat2.
Bila melihat kembali gambar-gambar kenangan semasa di sana terasa malu sangat2. Pada Allah, abah dan mama, pada sahabat seusrah, makcik naqibah dan sesiapa yang mengenali diri ini. Cuba untuk merubah menjadi lebih baik tetapi masih terlibat dengan benda2 yang mungkar. Ya Allah ampunilah dosa2 hamba-Mu ini. Rasa bersalah dan berdosa yang bertimbun terhadap-Mu.

Dan tadi terbaca dalam blog Ustaz Hasrizal mengenai Program Transformasi Ekonomi yang dibentangkan oleh PM Malaysia baru2 ni. Nauzubillah bin zallik. PM kita nak menjadikan negara kita sebagai negara yang mengaut keuntungan ekonomi melalui sektor hiburan. Beliau merancang ingin mengadakan pelbagai konsert antarabangsa disamping menghidupkan malam2 dengan menambahkan jumlah kelab2 malam di negara ini. Adakah ini yang ada di dalam pemikiran seorang pemimpin negara untuk mencapai matlamat supaya negara Malaysia ini menjadi maju? Sedih dengan fenomena tersebut.
link:http://saifulislam.com/?p=8798

Sesungguhnya dua2 perkara ini yang menambahkan kesedihan dan kesyahduan di dalam hati ini. Di dalam universiti sendiri pun sudah punya dugaan tersendiri dan ditambah pula dugaan hiburan di negara ini yang semakin berleluasa. Ya Allah, ku takuti diri ini, keluarga, sahabat dan umat manusia akan semakin terpesong dari syariat-Mu. Ya Allah jauhilah kami daripada berlakunya perkara sedemikian.

Buat sahabat2 yang akan menghadapi posting jkm akan datang, diharap bawalah bekalan iman dan taqwa sekali kerana disitulah nanti kita akan mengenali diri masing2, siapa kawan dan siapa lawan kita dan diuji pelbagai dugaan. Diharap juga jagalah pergaulan dan batas2 kalian antara lelaki dan wanita. Janganlah jadi seperti diri ini yang sudah terhantuk baru tergadah. Menyesal tak terhingga sampai sekarang dan takut menjadi fitnah terhadap golongan yang beragama. Nauzubillah... Mohon agar Allah mengampuni dosa2ku.
Amin ya rabbala'lamin.
Syukran jazillan.....

p/s: buat curheart(curahan hati) sedikit...tp cam byk lak...huhuhu...  tengah syahdu then nak ambik feel untuk study for osce. mohon doa semua sahabat ye...

peringatan buat diri ini....
"Wahai orang2 beriman! Mengapa kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan. Sangatlah di benci Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan."
Surah As-Saff: 2-3

4 comments:

zatie..(^^) said...

salam hajar..da jumpe pon blog hajar..^^..love the way u writing.keep it on yaa!!insyaAllah..sebagai satu medan untuk hajar berjuang..fighting2..x lame lg zatie pon akan ke JKM..huhu tkt gak sbnrnye ..bukan sebab posting JKM tue sendiri ,tapi suasana nanti,,hati zatie yg masih x kuat nie..takut x terjaga..(insyaAllah doakan zatie)..pape pn..keep on ur journey like this ..love it n happy for u..(~~)

Siti Hajar said...

wslm zatie...
thanx sbb sudi melawat blog kte yg x seberape nie... InsyaAllah akan terus menulis selagi termampu... sila beri tunjuk ajar dan nasihat ye shbt.
InsyaAllah zatie dan shbt2 yg lain akan mampu melalui posting jkm dgn jayanya.. ambil iktibar drpd pengalaman yg lepas2. yg penting iman individu itu sendiri mestilah terpelihara.
semoga dipermudahkan kalian utk menempuhinya....
syukran jazillan...

Anonymous said...

syukran atas perkongsian. mmg begitulah hakikatnya manusia. sering lupa apabila seronok sgt. jika kita teliti hadis nabi s.a.w "2 perkara musuh bagi manusia ialah kesihatan dan masa lapang" kerana 2 perkara inilah yg sering buat kita lalai. tiada cara lain utk melawannya melainkan mujahadah. apabila mujahadah, cuma 2 sahaja kesudahannya iaitu menang ataupun kalah.
tempohnya ialah sepnjang hidup & bukan setakat posting jkm. mungkin sy belum ke sana sebab itu sy xtahu tapi harap2 ini juga peringatan utk diri sy yg mudah lupa ini. InsyaAllah.. mohon terus berkongsi..

"Dalam mujahadah, tiada kata akhir melainkan mati.."

Siti Hajar said...

terima kasih di atas kesudian melawat blog yg x seberape ini...
sememangnya dlm jln bermujahadah ini byk liku2 dan cabaran yg perlu ditempuhi.... InyaAllah smoga kite akan terus komited dlm jln menuju-Nya...
mohon teguran dan tunjuk ajar kalau ada salah dan silap...
syukran jazillan...

Post a Comment