Pages

Saturday, October 01, 2011

tentang sahabat

Salam alayk...

Sekadar perkongsian daripada iluvislam

-------------------------------------------------------------------------------------

Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:
Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sahabat..
andai diri ini terpesong dari jalan-Nya 
alpa dengan suruhanNya
tariklah diriku
tegurilah daku 
kerna diri ini amat lemah
dengan pancaroba dunia
masih cuba untuk memperbaiki diri
menjadi hambaNya yang terbaik
moga ikatan ukhwah kita
pertemuan dan perpisahan kita
sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya
moga ukhwah kita terjalin hingga ke Syurga
~Ukhwah Fillah~


.•°•..•°•..•°•..•°•..•°•..•°•..•°•..•°•.
may our friendship remains forever!
.•°•..•°•..•°•..•°•..•°•..•°•..•°•..•°•.

_____00000_______00000_____
___000000000___000000000___
__00000000000_00000000000__
__00000000000000000000000__
__00000000000000000000000__
___888888888888888888888___
____0000000000000000000____
_____88888888888888888_____
______000000000000000______
_______8888888888888_______
________00000000000________
_________888888888_________
__________0000000__________
___________88888___________
____________000____________
_____________0_____________
with our beloved Prof Harlina

 dinner with our naqibah Makcik Ila

3 of us... love this pic so much..

comey x beliau..name dier fatimah az-zahrah
tibe2 rase nak letak pic baby nie...<3

p/s: tibe2 rase seronok mempunyai banyak sahabat yg baik2 dan solehah... all the best to all my friends... lets do the best for our future...

2 comments:

shiqin said...

saye pun sayang awak...moga persahabtan kita membawa ke syurga,....nikmatnya bila ikatan ukhwah kerana Allah..

Siti Hajar said...

insyaAllah...=)

Post a Comment