Pages

Sunday, November 04, 2012

apple of my eye


Salam alayk...

Sedikit perkongsian dikala dinihari... Sepotong hadis berkaitan ibu bapa....

Diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya "Saya telah kepada Nabi saw,: "Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Sembahyang dalam waktunya." Beliau bertanya lagi: "Kemudian amalan manakah pula?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada ibu bapa" Beliau bertanya lagi: "Kemudian amalan manakah pula?" Baginda menjawab: "Berjihad di jalan Allah." Beliau berkata lagi: "Baginda saw telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda saw menambah lagi, pasti Baginda saw menambah untuk saya".- Hadis riwayat al-Bukhari

Berdasarkan hadis di atas, kita lihat suruhan kedua selepas solat iaitu menjaga hubungan dengan Allah, kita dituntut untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita dan selepas itu barulah berjihad.. Betapa peri pentingnya kita dituntut menjaga hubungan dan berbakti kepada ibu bapa kita ..

"Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik 
dan berbakti kepada kedua ibu bapanya..." 
Al-Ankabut: 8

Mereflek diri, adakah diri ini sempat untuk berbakti kepada mereka? Cukupkah perlakuan baik yang diri ini persembahkan kepada mereka? Ustaz Asyraf (IM) pernah cakap dalam slot pengisian untuk program ikram teens 'walau banyak sekalipun pengorbanan dan bakti yang kita lakukan untuk ibu bapa belum tentu mampu membalas rasa keperitan dan kesakitan ibu kita melahirkan kita di dunia ini'.. Allah... T_T

Apatah lagi kita bergantung pada ibu bapa sehinggalah kita berjaya mendapat pekerjaan yang cukup membanggakan... Semenangnya tiada nilaian untuk setiap budi yang mereka curahkan buat kita semua... Mengalir air mata mengenang betapa banyak hak2 ibu bapa yang diri ini tidak tunaikan... huhu... Terasa sangat rindu untuk peluk cium mereka.. TT_TT

"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah kedua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"

Their face and name will always in my heart and do'a, insyaAllah forever till I die...

p/s: mama, abah angah rindu... both of you always the apple of my eye... T_T

source: kitab al-adab, terbitan pustaka salam

0 comments:

Post a Comment