Pages

Wednesday, May 08, 2013

~setelah lima tahun~

early gift from BFF and buddy

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam alayk....

Sudah lama sangat tak meng-update blog tersayang... kali nie nak cerita panjang2... bear with me okies =)...

Alhamdulillah... Selepas 5 tahun dalam fakulti perubatan, akhirnya Allah mengizinkan saya dan sahabat2 tersayang menyandang gelaran doktor perubatan... lafaz hamdalah tidak lepas2 dari hati ini.. It was very sweet moment when our dekan announce our name one by one... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... sememangnya diri ini tidak layak untuk anugerah semanis ini... =)

Sangat terharu melihat airmata abah dan mama bila memberitahu yang saya sudah lulus... Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk memberikan sedikit kegembiraan buat hati tua mereka setelah pelbagai ujian yang menimpa keluarga kami... Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah siapalah diri ini...

"Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" 
Muhammad: 7

InsyaAllah, selepas ini lebih banyak dan besar cabaran yang akan dihadapi sebagai seorang doktor houseman... nervous and anxious.. huhu..

Impian diri mahu menjadi seperti pensyarah kesayangan kami; disamping seorang pengamal perubatan tetapi beliau juga seorang yang doktor untuk ummah... really wanted to be like her.. She is Prof Madya Dr Harlina Haliza Hj Siraj... Always curious how many hours she got in one day because a lot of thing she can do and it always benefits for Ummah... She is the one that why I wanted badly to study here; UKM...

Bertuah sangat diri ini dicampakkan berada bersama sahabat2 Syurga untuk sama2 meraih cinta Allah yang hakiki... Manis sangat bersahabat dengan sahabat dunia akhirat... teringat semasa mula2 mengenal tarbiyyah.. sangat2 naif sebab mahu mendalami ilmu agama.. tapi yang saya dapat dari usrah ini terlalu banyak sehingga tidak dapat dikira... Hanya orang2 yang benar2 mengenali dan mencintai dunia dakwah tarbiyyah yang mengertinya perasaan ini... sumpah lillahitaa'la indescribable feeling... sentuhan tarbiyyah yang benar2 basah dalam hati ini... sampai tak sanggup untuk melepaskannya... Moga Allah mengukuhkan hati ini untuk terus tsabat di jalan ini..

Alhamdulillah, dengan dalam usia 24 tahun ini diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk terlibat dalam PRU 13... bukan sahaja saya dapat mengundi tetapi diberi kesempatan merayu undi untuk Pakatan Rakyat... Very worth experience ever!! Baru menghargai betapa sukarnya tugas para daie ini untuk menyatakan kebenaran... huhu... Bukan sahaja dihalau bahkan dikritik sebab terlalu muda untuk memahami arus politik negara... Betapa kolot dan sempit pemikiran orang yang sukar untuk menerima kebenaran sehingga memperkecil-kecilkan golongan muda seperti kami yang mungkin lebih matang memahami arus politik negara... huhu.. (okey perasan disitu )

Alhamdulillah, walaupun PR kalah tetapi ia tetap menang dihati kami... Terlalu seronok bekerja bersama pakcik2 dan makcik2  PAS  di dua-dua DUN yang saya join, senaling dan kuala kangsar.. Perbezaan dua loghat bahasa yang sangat ketara... sigh...

Ada yang bertanya, tak penat ker buat benda2 nie.. just in one word want to describe it, SWEET... Terlalu banyak perkara yang saya pelajari dari pengalaman ini... Mengenali peragai manusia yang pelbagai tak kira umur dan bangsa... mengenali mentaliti masyarakat Malaysia yang sudah membangun atau tidak...

Banyak sangat tarbiyyah yang Allah kurniakan buat diri ini... sehingga tidak terungkap rasa bertuah sebab dipilih Allah untuk berada bersama2 insan yang baik dan soleh...

Terasa sedih untuk meninggalkan tempat yang telah membina diri ini... Yup, disinilah tarbiyyahku bermula dan insyaAllah mahu meneruskan dan membawa nilai yang baik di tempat baru pula... I'llal liqa' buat sahabat2, naqibah2, adik-adik usrah, pensyarah2... insyaAllah ketemu lagi.. jika bukan di dunia, insyaAllah di Sorga yang kekal abadi.. Salam perjuangan buat semua!!!

HUKM big family

with our 'mother' for 3 year in clinical year
~Doctors for Ummah, InsyaAllah~

with our 'mother' for 2 years in pre-clinical year
macam wayang pacak (epic betul) hanya di senaling

taklimat gerak kerja

PRU 13: PAS DUN Senaling

PRU 13: PAS DUN Kuala Kangsar
p/s: will miss all the moment... T_T
p/s 2: perjuangan kita belum selesai... lets move on...
p/s 3: ayuh memantapkan skill keakhwatan sepanjang cuti 2 bulan nie sebelum ber-housemen-ship... biiznillah =)


0 comments:

Post a Comment