Pages

Friday, November 05, 2010

Post-Exam: Saya, cuti dan rumah...

Assalamualaikum....
Sekarang ni sedang menikmati cuti semester 5....
Bersyukur sangat sebab masih  diberi peluang oleh Allah berjumpa dengan abah, mama dan adik-adik...
Terubat rinduku pabila ketemu mereka semua...
Sudah hampir 2 bulan tidak menjejaki rumah....Home sweet home....
Banyak sekali kami bercerita. Tentang diriku dan  pelajaran ku, tentang apa yang berlaku di rumah sepanjang ketiadaanku dan mengenai adik-adikku yang berada jauh diperantauan.


Rumah...
Mamaku kerisauan kerana adikku seorang yang berada di Jitra, Kedah sedang mengalami kesulitan. Ya, Allah sedang menguji penduduk utara (especially Kedah) dengan dugaan banjir. Mendengar kisah adikku terperangkap dalam kolej dan tidak dapat keluar untuk membeli makanan meruntun hatiku. Hati mama apatah lagi. Hati emak mana yang tidak risau, bila mendengar kesusahan yang dihadapi oleh sang anak. 
Walaupun saya belum lagi menjadi seorang ibu, tapi saya tetap memahaminya. Menurut mama, adikku tidak dapat keluar hostel dan duit dia juga kehabisan. Ya Allah, kasihannya adikku. Ini kali pertama dia berada jauh daripada keluarga sebab sebelum ini kami semua adik-beradik hanya bersekolah di sekolah harian biasa dan ianya berdekatan dengan rumah. Hal makan minum dan kepayahan menguruskan diri jarang kami tempuhi. Semoga kau tabah wahai adikku dalam menempuhi dugaan ini. Selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Selepas itu, hal hari raya Haji @ Aidiladha pula mama dan abah keutarakan. Part ini yang menambahkan kesedihan sebab saya dan rakan-rakan seperjuangan especially semua budak-budak medic hanya diberi cuti selama sehari sahaja iaitu hari Rabu, 17 November 2010. Mama sedih sebab kami tidak dapat beraya bersama kali ni. Sudahlah masa raya Aidilfitri yang lepas pun hanya 3 hari sahaja dapat bersama keluarga sebab saya sudah mula kelas di Tanjung Karang masa raya ke-4. Sedihnya... Mama baru merancang mahu buat ketupat daun palas untuk saya. Hanya saya sahaja antara adik-beradik yang suka makan ketupat daun palas. Tapi nasib baik kakak dan adik-adik lain yang jauh diperantauan dapat balik beraya masa hari raya nanti. Saya katakan pada mama dan abah ini baru permulaan dugaan yang saya lalui sebab selepas ini apabila saya sudah bergelar seorang doktor(insyaAllah lagi 2 tahun setengah) dan mempunyai keluarga sendiri  mungkin saya akan selalu tidak dapat bersama mereka walaupun pada hari raya(hopefully not).

Hajatku...
Dan saya pun membuka cerita pasal hajat saya mahu membeli motor kepada orang tua saya. Alang-alang sudah berkumpul ini. So, saya pun menceritakan kepayahan kalau nak bergerak keluar-masuk daripada kolej. Memang memerlukan kenderaan. Kalau naik teksi memang mahal. Around RM 8 untuk ke LRT Bandar Tun Razak. Rasa serik pula sebab jarak LRT tu dengan HUKM sangat dekat dan tidak berbaloi membayar harga tambang tersebut. Berbalik pada cerita mahu beli motor tu. Mulanya mama tidak menyokong saya menbelinya sebab soal keselamatan anak dara nya seorang ini membawa motor sangat membimbangkannya. Dan abah pula tidak menentang tapi menyokong saya untuk membeli motor. Siap menyenaraikan lagi jenis motor dan kedai motor yang saya boleh lawati untuk dapatkan motor tersebut. Thanks abah sebab memahami. Bila abah sudah bersetuju, mama pun turut bersetuju tapi mama still bertanya kenapa tidak beli kereta sahaja. Dan jawapan saya, jalan sesak kalau nak bawa kereta kat Kuala Lumpur.
Kenapa saya desperate sangat mahu beli motor ni?? Sebab susah nak pergi buat rawatan gigi di ukmkl di samping senang nak pergi beli barang yang tiada dijual di ktdi. Selain itu, saya dah rasa sangat segan pinjam kenderaan kat kawan2 especially my roomate. Itu yang termotivate nak beli motor sangat2. So, apabila mama dan abah sudah bersetuju untuk saya membeli motor ni, saya pun apalagi seronok dan gumbiralah.InsyaAllah esok atau lusa kami akan pergi search kedai motor untuk cari motor yang sesuai dengan saya tapi jenis motor yang saya nak mestilah honda wave warna biru atau merah. Tak sabar rasanya nak pergi beli.
my dream motorbike



Lepaskan Tension di Broga Hill...
Selain itu, baru-baru ini, saya dan sahabat2 seramai 14 orang telah menawan puncak Bukit Broga. . Kami bertolak dari hukm pada pukul 5 pagi dan sampai di Semenyih pada pukul 6 pagi dan singgah solat subuh di masjid berdekatan.
Kami memulakan pendakian kami seawal 6.15 pagi. Keadaan waktu tu sangat gelap. Tetapi nasib kami baik sebab ada di antara sahabat2 kami yang berpengalaman mendaki gunung mengetuai misi ini. Akhirnya, dalam pukul 7 pagi kami sampai di puncak pertama Broga Hills. Subhanallah, sungguh cantik pemandangan pabila dilihat dari puncak gunung. Walaupun ada di antara kami yang mengalami pelbagai dugaan untuk sampai ke atas puncak tersebut, tetapi mereka tetap sampai ke puncak. Alhamdulillah, syukur tiada apa-apa musibah yang berlaku sepanjang kami menaiki atau menuruni bukit tersebut walaupun bukit tersebut sangatlah curam. Aktiviti kami di atas puncak tersebut mestilah bergambar sambil menghayati pemandangan matahari terbit. Terima kasih juga kepada 2 orang photographer yang tidak penat lelah melayan kami yang sangat suka bergambar ni. Siapa kata wanita tidak boleh plan such that activity? Kami mampu lakukannya tanpa kehadiran sang adam. Ya, kami serikandi muslimah mampu melakukannya. Tepat pukul 10 pagi kami sudah selesai turun daripada bukit. Sungguh penat tetapi kami sangat berpuas hati. InsyaAllah kalau ada rezeki kami mahu pergi hiking lagi tetapi di gunung atau bukit yang lain pula.
credit to nadiah for this picture


14 serikandi menawan puncak Broga Hill's
credit to najwae for this picture
Plan Cuti...
Cuti-cuti ini, ramai pula yang akan melangsungkan perkahwinan. Hujung minggu ini sahaja ada dua jemputan perkahwinan. Kedua-duanya melangsungkan pada hari yang sama. Satu daripada kawan sekolah. Abangnya akan berkahwin. Satu lagi sepupu saya sendiri akan berkahwin. Tak tahu nak attend yang mana satu. Bercakap pasal kahwin ini, diri ini terfikir bila pula turn saya. Hahaha.... Jangan nak merepek, habiskan study dulu baru boleh fikirkan soal berumah-tangga ini.


Waktu cuti juga, saya plan nak study for next posting. Obstetric and Gynaecology (O&G). The most difficult and scary posting as my seniors and friends said. Must prepare mental and physical to prevent from culture shock. Diri ini terasa takut pula mahu menghadapi posting tersebut which is the most killer posting. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tidak tahulah mampu atau tidak diri ini melawan nafsu bercuti sambil belajar. Ya Allah, permudahkanlah.



Post Exam Feeling...
Pelbagai perasaan berlegar-legar di hati ini. Takut, risau, resah dan gelisah untuk menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.Hanya tawakkal kepada Allah sahaja yang mampu saya lakukan. Semoga saya dan sahabat2 seperjuangan lulus untuk peperiksaan pertama tahun klinikal ini. Semoga Allah berikan kekuatan dan semangat kepada kami untuk menghadapi apa sahaja dugaan yang bakal kami hadapi kelak. Moga baik2 belaka yang akan kami tempuhi. InsyaAllah, segala usaha, diiringi doa dan istiqamah, pasti akan berjaya...

"Dan dengan mengingati Allah itu hati2 akan menjadi tenang"




Syukran Jazillan...

p/s: Banyak pula menulis kali nie... sebenarnya kebosanan tak tahu nak buat apa... sementara ada internet kat rumah nie lebih baik manfaatkannya....hehehe

0 comments:

Post a Comment