Pages

Sunday, December 05, 2010

Aurat vs Medicine

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).






Salam Alayk...
Post kali ini saya nak bercerita pasal aurat yang kurang dititikberatkan dalam melakukan apa2 prosedure dalam bidang perubatan. Sebenarnya saya tidak berpuas hati dengan peraturan pemakaian untuk sesiapa yang mahu masuk ke OT (operation theater) room. Bagi pandangan saya, baju yang disediakan agak tidak sesuai untuk muslimah sebab agak nipis dan berlengan pendek. Tudung OT yang disediakan pun sangat pendek dan perlu dimasukkan ke dalam baju OT. Sudahlah ada percampuran lelaki dan perempuan dalam bilik OT tersebut. Rasanya diri ini tidak mahu masuk tapi apakan daya sebab kami diwajibkan melihat semua jenis prosedure yang dilakukan oleh pensyarah kami supaya kami boleh mempelajarinya. Tiba2 pula nak jadi seseorang yang berpengaruh suatu hari nanti sebab nanti boleh ubah suasana ini supaya menjadi lebih islamik. Ubah peraturan pemakaian supaya muslimah tidak berasa segan memakainya seperti baju OT tu lebih tebal,  tudungnya labuh menutup dada dan yang pasti baju tersebut mestilah berlengan panjang. Ada juga ternampak student yang pakai baju berlengan panjang tetapi bila ditanya saiz yang disediakan hanyalah saiz S... Sediakanlah untuk semua saiz sebab bukan orang yang bersaiz kecil sahaja yang nak menutup aurat. Lagi satu, kalau saya dapat mengubah sistem ini, saya akan pastikan bilik OT ini berasingan antara lelaki dan perempuan. So that, kami tidaklah rasa malu sangat kalau nak belajar dan kuranglah sikit ikhtilat berlaku...


Tiba2 teringat hadis Nabi Muhammad SAW...


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".


Gerun dan takutnya diri ini termasuk dalam golongan di atas. Semoga Allah sentiasa memelihara diri ini, keluarga, sahabat2 dan semua umat Islam dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran ini. Peringatan ini juga khas buat diri sendiri terutamanya kerana amatlah dibenci oleh Allah jika seseorang itu mengatakan sesuatu tetapi tidak mengerjakan. Nauzubillah..


Cukuplah sampai disini post kali ini. Supaya diri ini terus bermujahadah di jalan Allah..
Jazakillah..


P/S: gembira sebab dapat menyambut dua kelahiran manusia semalam. Kedua2nya baby boy. Semoga nanti kalian akan menjadi mujahid yang soleh yang akan membela Islam suatu hari nanti. Kelahiranmu sangat menggembirakan seluruh umat manusia terutama kedua ibu bapamu. Jadilah anak yang soleh yang boleh membantu ibu bapamu di akhirat kelak.

2 comments:

izwan said...

salam..sy tertarik dgn post hajar yg ini.sbg seorg lelaki muslim,sy juga x puas hati soal ini.bukan hanya isu ini utk pelajar,tp yg lebih penting adalah patient itu sendiri.
moga niat utk mengubah suasana ini termakbul..insyaAllah..peace.^^

Siti Hajar said...

InsyaAllah...

Post a Comment