Pages

Tuesday, December 14, 2010

Kelahiran...

comey tak saya?




Salam Alayk...


“…sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun(tua), supaya dia tidak lagi mengetahui sesuatupun yang dulunya diketahui…” (Al-Hajj: 5) 


Itulah hakikat permulaan dan pengakhiran kehidupan manusia di mana permulaan terjadinya kita di dunia ini terlalu hina iaitu air mani(sperma) lalu menjadi segumpal daging(embryo) dan terlekat di dinding uterus ibu kita. Selama 9 bulan 7 hari (EDD 40/52 week) kita dijaga oleh Allah semasa dalam kandungan ibu dengan diberi makan dan minum (nutrient) melalui placenta(uri) supaya kita sempurna semasa dilahirkan dimuka bumi ini.
Dan apabila cukup tempoh kandungan tersebut (term), maka lahirlah kita di dunia ini. 


Banyak kelahiran yang sudah saya lihat dan juga conducted sepanjang 5 minggu posting O&G ini. Sesungguhnya ia memberi keinsafan kepada saya bahawa betapa sukarnya nak deliver seorang bayi. Tiba2 teringat mama kat rumah. Macam manalah keadaan mama yang sanggup melalui 7 process pregnancy dan deliver kami adik-beradik. Bukan senang. 6 spontaneous vertex delivery (normal delivery) and one lower segment caeserean section(operation). Semalam baru saja melihat pelbagai complication yang dilalui oleh seorang ibu untuk melahirkan baby. Fetal distress, fetal bradycardia and end up with caeserean section. Memang penuh keperitan yang dilalui oleh ibu untuk melahirkan zuriatnya.Itu belum termasuk selepas melahirkan anak. Kena jahit, menyusukan dan membesarkan anak. Sebab itulah Allah menjanjikan mati syahid bagi wanita yang meninggal sewaktu melahirkan anaknya dan terhapusnya dosa-dosanya terdahulu. Dan Allah juga menyuruh kita menghormati ibu kita 3 kali selepas itu barulah diikuti menghormati ayah kita. Betapa tingginya darjat Allah kurniakan kepada seorang ibu itu.


Tidak dinafikan banyak kesukaran yang akan dihadapi oleh seorang ibu itu semata-mata untuk planned and wanted pregnancy. Itu belum lagi ada yang sanggup untuk mengandung twins or triplet (after buat bayi in-vitro) semata-mata nakkan anak. Kesukaran yang dihadapi oleh sang ibu itu ditanggung sendirian semenjak disahkan mengandung sampailah nak melahirkan anak yang diidamkan. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu itu. 


Dalam medical school ni terlalu banyak yang Allah tunjukkan kebesaranNya kepada saya supaya saya dan sahabat2 seperjuangan mengambil ibrah daripadanya. Dan ibrahnya supaya saya lebih menyayangi ibubapa saya dan mengingati serta menghargai segala pengorbanan mereka sejak saya dalam kandungan sehinggalah sekarang. Semoga Allah memberi kesempatan kepada saya untuk membalas jasa kedua ibubapa saya suatu hari nanti walaupun jasa mereka terhadap kami adik-beradik tidak ternilai.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : "Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa". Riwayat At-Tabrani



"Ya Allah, Ya Tuhan kami,ampunilah segala dosa kami, dosa2 kedua ibubapa kami serta kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil" Amin Ya Rabbala'lamin...


Jazakillah....


Anak sepupu-Mohd Nafis...was born on 11/7/2010
at HUKM kat bilik melor...




p/s: dukacita sebab semalam oncall tidak dapat conduct satu pun delivery...huhuhu


p/s 2: dah lama tak jumpa nafis... dah besar kot dia sekarang.. tiba2 teringin rasa nak ada anak comel cam nafis tapi takot nak bersalin sebab dua2 cara delivery tu sangat menyakitkan..huhuhu




0 comments:

Post a Comment