Pages

Saturday, January 29, 2011

di antara masa lepas & hari ini

Salam Alayk...

Alhamdulillah.. Hari ini Allah memberi kesempatan kepada saya dan kakak-kakak senior medic 4th year untuk menghadiri daurah 'bainal ams wal yaum' yang bertempat di UIAM Gombak... Pertama kali saya diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke UIAM.. Thanks kak mas dan kak izanis sebab ajak saya join program nie...

Terlalu banyak input-input yang bermanfaat diperolehi... Walaupun kami hanya sempat berada di majlis tersebut untuk separuh hari sahaja tetapi ilmu2 yang kami perolehi cukup banyak. Terasa tidak mampu untuk saya mengaplikasikan untuk kehidupan sehari-harian.

Majlis tersebut dimulakan dengan tadabbur surah Al-Furqan ayat 63-77. Ianya menceritakan tentang ciri-ciri Habiburrahman (sifat2 hamba yang Maha Penyayang). Lebih menekankan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang daie'. Sungguh berat sebenarnya hendak menggalas tugas untuk menjadi seorang daie' yang bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah) bahkan juga hubungan dengan manusia (hablumminnas).. Selain itu, sesuatu perkara yang kita ketahui perlulah difahami dan diyakini. Barulah kita mampu mengamalkan dan diteladani oleh masyarakat.. InsyaAllah...

Selepas itu, program diteruskan dengan slot akhbar islami.. Antara slot yang paling saya sukai. Kagum dengan cara penyampaian kakak UIA kerana mampu meniupkan semangat jihad dalam diri kami. Slot ini banyak membincangkan mengenai kebangkitan anak muda terutamanya di Tunisia dan Mesir. Saya terfikir, bilalah diri ini mampu untuk bangkit memperjuangkan hak-hak umat Islam yang memang sedar sering ditindas dan dizalimi oleh kerajaan sendiri. Diri ini percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti dunia ini akan ditawan ditadbir semula oleh pejuang Islam seperti zaman para sahabat dan tabi'in.. Sangat kesal dengan keadaan negara sendiri yang kondisinya lebih kurang sama dihadapi oleh negara tunisia. Dan yang terbaru, kerajaan mahu menyekat kebebasan rakyat bersuara melalui media internet. Perkara ini sangat mendukacitakan kerana hak-hak rakyat akan semakin ditindas jika semua saluran media disekat. Perlu ke media internet dikekang demi mengelakkan hasutan atau rusuhan berlaku dikalangan rakyat. Bagi saya, kalau kerajaan faham dan melaksanakan amanah yang Allah berikan untuk mentadbir negara ini dengan sebaik tidak ada sesiapa pun yang akan membuat pemberontakan. Yang menghairankan mengapa demonstrasi untuk membantah kezaliman ini sering disekat dengan gas2 pemedih mata tetapi kalau konsert2 yang melalaikan dan menyebabkan kemaksiatan berleluasa tidak disekat??? Syahdu dengan fenomena yang berlaku disekeliling....
>>>bacaan lanjut...  tekan sini juga...

Untuk slot ketiga, kami dibahagi-bahagikan 3 orang untuk satu kumpulan bagi membincangkan metode2 berdakwah. Actually, sesi ini lebih kepada sesi bedah buku '1001 cara berdakwah' karya Abdullah Ahmad al-'Allaf. Kali ini sesi lebih interektif dimana setiap group diberi tugasan untuk mengeluarkan point-point yang terdapat dalam buku tersebut. Setiap group dikehendaki membentangkan cara-cara berdakwah dari pelbagai sudut dimana setiap sudut itu dikupas oleh penulis dalam bab yang berlainan. Antara yang dibincangkan adalah cara berdakwah dikalangan pelajar, ahli lembaga, wanita, di masjid/surau, di rumah, sekolah dan juga cara berdakwah menggunakan internet. Sangat interesting cara-cara yang boleh digunakan oleh seorang daie' untuk menarik madu' supaya melakukan amar makruf nahi mungkar... wallahuallah...


>>>untuk bacaan lanjut mengenai daurah ini sile ke link K-PPUKM


Semoga syiar Islam akan terus berkembang dan kegemilangan Islam dapat digapai semula. Ayuh pemuda-pemudi kita bergerak... Takbir! Allahuakbar!


p/s: bersemangat untuk terus bermujahadah disamping meningkatkan ilmu untuk terus melakukan amar makruf nahi mungkar... semoga apa yang ditulis dapat mentarbiyahkan diri sendiri, keluarga, sahabat2 dan para pembaca yang terbaca blog saya ini... Jazakillah....

0 comments:

Post a Comment