Pages

Friday, April 08, 2011

~indahnya~

Salam alayk...

Indahnya suasana usrah itu sukar digambarkan. Hanya orang-orang yang terpilih oleh Allah sahajalah yang mengetahui betapa nikmatnya usrah itu. Saya mengenali usrah ini pun bermula saya menjejaki kaki ke UKM dan bermastautin di kolej tun syed nasir (KTSN). Disitulah bermulanya sesi pengenalan usrah buat diri saya. Saya tidak pernah melalui pengalaman berusrah ini semasa dibangku sekolah mungkin disebabkan saya bersekolah di sekolah harian biasa yang berada terpencil di kampung. Orang yang menta'aruf saya mengenai usrah ini adalah kak farih, kak mas dan kak farah. Selepas itu kami di 'allocate'kan dengan naqibah masing-masing dan naqibah saya yang pertama adalah kak suhana. Beliau banyak menceritakan kepentingan tarbiyyah ini kepada kami walaupun kami sedar waktu itu pelajar tahun satu sememangnya wajib mengikuti usrah yang ditetapkan oleh BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) KTSN.

Syukur tidak terhingga kerana kewajipan tersebut. Sememangnya program tarbiyyah itu hukumnya fardu ain yang amat dituntut untuk kita mempelajarinya. Selepas beberapa bulan dalam usrah BADAR, seorang sahabat meng'offer' saya untuk terlibat dalam satu lagi usrah yang dikelolakan oleh KARISMA (JIM). Alhamdulillah, berada dalam usrah ini saya berasa lebih tersusun kerana usrah ini akan berterusan sehingga saya habis belajar di UKM.. Terlalu banyak yang saya pelajari daripada usrah itu sendiri. Amat tidak setuju apabila ada sahabat-sahabat saya yang tidak mengikuti usrah mengatakan 'waste time' kalau pergi usrah. Disamping berusrah, kami juga dipinta oleh naqibah-naqibah kami untuk terus perform better in our study. Mereka selalu mengingatkan bahawa sememangnya mempelajari ilmu perubatan itu suatu yang teramat sukar tetapi apabila kita meluangkan masa kita dengan program yang berbentuk kerohanian ini, Allah akan memudahkan pembelajaran atau urusan kita.

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
Muhammad: 7

Pernah juga diri ini dicemuh oleh pensyarah sendiri kerana mengikuti program-program tarbiyyah ini. Beliau mengatakan disebabkan kami 'busy' berusrah ke sana ke mari pada waktu malam sehingga masa untuk kami belajar pun tiada. Memang masa tu rasa sangat 'down' dan sedih. Rasa diri ini ditampar bertalu-talu oleh pensyarah tersebut. Namun saya mengambil ia sebagai suatu cabaran untuk mentarbiyyah diri ini dan juga sebagai kata-kata semangat supaya terus gigih belajar disamping rajin mengikuti program tarbiyyah. Terima kasih jua kepada kakak senior yang terus memberi dorongan dan semangat apabila diri ini berada dalam kesedihan.

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." 
Al-'Ankabut: 2-3

Semalam usrah yang terakhir untuk semester 6 (tahun 3) buat kami. Rasa sangat sekejap masa berlalu sehingga tiada rasa bahawa sudah 3 tahun kami berada dalam usrah yang sama dan berkongsi cerita dan pengalaman kami bersama-sama. Dalam usrah kali ini pun makcik naqibah kami menceritakan tentang hakikat masa dalam kehidupan seseorang manusia dan Allah juga banyak bersumpah dengan masa contohnya dalam surah Al-'Asr (demi masa), Ad-Duha (demi waktu duha), Al-Lail (demi malam) dan Al-Fajr (demi fajar). Makcik juga menceritakan bahawa betapa kedekutnya manusia itu dengan masa kerana masa tersebut sangat berharga. Begitu jualah yang hendak di'analogi'kan untuk situasi kami kerana apabila kami sudah graduate dan bergelar doktor, jangan sesekali kedekut masa kami dengan mentarbiyyah atau berdakwah kepada masyarakat. Bak kata makcik "Kata-kata doktor nie semua orang percaya dan insyaAllah mereka akan mudah mengikutinya."

Kami juga ditekankan dengan 10 Muwassafat tarbiyyah yang perlu kami capai apabila sudah hampir 3 tahun mengikuti jalan tarbiyyah ini.. Jom 'recap' semula 10 Muwassafat Tarbiyyah yang perlu ada dalam diri kita...

Aqidah yang sejahtera
 Ibadah yang sahih
 Akhlak yang mantap
 Luas pengetahuan
 Sihat tubuh badan
 Mampu berdikari
 Melawan hawa nafsu
 Sangat menjaga masa
 Tersusun urusannya
 Bermanfaat pada orang lain

Sebelum balik ke kolej semula saya dan beberapa sahabat ada bertanyakan beberapa soalan kepada makcik naqibah kami berkaitan dengan soal jodoh dan kahwin di usia muda sebab sekarang ini ramai senior kami yang akan melangsungkan walimah.

Kami: Makcik kawen masa umur berapa ye?
Makcik: Owh, makcik kawen masa makcik umur 22 tahun.

Kami: Eh, kitakan dah 22 tahun.. Masa tu makcik dah kawen dah...haha.. Bila pula makcik dapat 1st child?
Makcik: My 1st child was born when i'm reach 24 years old...

Kami: Wahh.. Sangat muda makcik dah dapat anak.. Kami nie entah2 umur 24 atau 25 tahun pun belum tentu kawen lagi.. Macam mane ye makcik 'manage' perkahwinan di usia yang sangat muda dan masa tu baru sahaja habis study?
Makcik: Semuanya bermula dengan niat kita. Apa tujuan kita nak berkahwin.. Adakah sebab nak ikut2 orang atau kawan2 kita atau sebab kita memang nak memikul tanggungjawab dan amanah dalam berkeluarga. Selain itu, kita juga kene tahu bahawa banyak cabarannya apabila sudah mendirikan rumahtangga. Pastikan kita cukup bersedia untuk membinanya bersama-sama pasangan kita dan meniatkan tujuan kita kerana Allah.

Kami: Macam mane kami nak tahu yang kami sudah bersedia ke belum untuk mendirikan baitul muslim nie makcik?
Makcik: InsyaAllah, bila mana Allah melorongkan dan memudahkan urusan kita untuk membina masjid dan kita benar-benar yakin dengan orang yang akan memimpin kita itu.. Yang penting niat kita dan banyak tawakkal kepada Allah..

Kami: Owh... Bile pikir2 balik macam tak bersedia pula kami kalau nak berkahwin masa usia muda nie. Rasa banyak sangat ilmu yang kami tak mantap lagi. Ibadah pun ada yang tak istiqamah sangat.. huhu..
Makcik: InsyaAllah.. Allah akan menolong hamba-hambaNya yang betul niatnya.. Yang penting sekarang nie, you all mantapkan rohani dan pelajaran you all dulu. Nanti kalau sudah sampai seru, Allah akan memudahkan urusan antum2 semua untuk membina baitul masjid...Banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan dan mempercepatkan jodoh dan mengurniakan jodoh yang terbaik buat antum2 semua...
Kami: InsyaAllah makcik...

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya”.
At-Thalaq : 2-3

Itulah serba sedikit perkongsian yang kami perolehi daripada makcik naqibah kami sebelum kami balik ke kolej semalam dan menutup sesi usrah kami untuk tahun 3. Semoga Allah permudahkan jodoh dan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kami... InsyaAllah, kami akan berkumpul semula untuk semester hadapan.

Semoga segala input-input yang saya perolehi sepanjang mengikuti program tarbiyyah ini dapat mendidik saya dan sahabat-sahabat supaya terus berada jalan mujahadah untuk memperoleh keredhaan Allah. Yang penting adalah usaha kita untuk memperbaiki dan sentiasa memohon kepada Allah untuk kita terus istiqamah dan 'improve' diri kita setiap hari...

Gerun dengan firman Allah ini...
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
As-Saff : 2-3

Semoga apa yang ditulis dapat memberi peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian. Kalau diri ini alpa atau lagho' nasihatilah dan tegurilah kerana setiap manusia itu akan melakukan kesalahan. InsyaAllah saya akan memperbaikinya...

Jazakillah...

Dari kiri bawah: nadiah, aimi, shiqin
Dari kiri atas: ufairah, makcik Ila (our naqibah), rumaisa', saya
Tiada dalam gambar: siti, nai'mah, nabihah
(xper ekk the only pic kite smua bersama2 sye upload kat blog nie)


p/s: merindui suasana ini bila dah start cuti sem.... wish happy birthday buat sahabat dan juga usrahmate saya
[nadiah] dan juga nai'mah ... semoga Allah mengukuhkan ikatan ukhwah kita sampai ke akhir hayat... semoga kita semua berjaya di dunia dan juga akhirat...^ ^

4 comments:

fUyUki said...

heheh. mase makcik duk cerita psl kawen tu sy duk sibuk jual baju. nk dgr jugak, tlepas. haha..
btw, thanx for sharing~ suka cerita dlm post ni =))

UFaiRaH said...

drpd 6 org dlm gmbr, 3 org terkecuali dlm perbncangan baitul muslim.....
dgr sipi2 je... kesian kat nadiah ye =)

org bncang isu pntg, dok sbuk jd model baju..
hehe... sgguh x molek perangai...

Siti Hajar said...

hehe...
moga bermanfaat buat semua...
sbb tulah saye share dlm blog nie...
nadiah memang jurujual t-shirt labuh yg berjaya...
ufairah.. ko jd model baju labuh pon ok gak...
hehe...jazakillah...

colehah said...

saye adalah pendengar setia cerita pasal baitul muslim..hehe...(^_^).... Insyaallah sahabat2... kalu dah sampai seru insyaallah dipermudahkan.. mge hati2 kita sntiasa bertautan atas redhaNya.. sesungguhnya saye sgtlah sayang kamu semue.. antunna sentiasa berada dlm doa ana.. ukhwah fillah..

Post a Comment