Pages

Wednesday, May 18, 2011

musibah =(

Salam alayk...

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali...

Ayat yang kerap kita lafazkan apabila berlaku kematian atau pun musibah... Takziah buat sahabat saya yang baru sahaja kehilangan ayahnya beberapa hari lalu... Maaf dipinta kerna diri ini tidak dapat bersama-samamu untuk merasai dan berkongsi kesedihanmu... Doaku panjat dari kejauhan buat dirimu dan keluarga untuk terus tabah dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat buat dirimu dan keluarga...Amin...

Apabila sesuatu kematian berlaku berdekatan dengan saya barulah saya rasa yang kematian itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira buat yang muda atau yang tua... Hati ini tersentuh apabila tiba-tiba pagi itu sahabat saya menelefon saya dan mengatakan bahawa ayahnya sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.. Beliau bertanyakan saya apa yang perlu dia lakukan sedangkan waktu itu beliau sedang bercuti dan tidak boleh membaca yassin buat ayahnya yang tercinta... Cuma nasihat saya supaya dia meneruskan berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat ayahnya... Perkara ini mereflekskan diri ini bahawa mati itu pasti.. Ya Allah, bersediakah saya untuk menempuhinya?

Pagi tadi juga saya dan adik menempuhi satu musibah sewaktu mahu menghantar adik saya ke tempat kerja... huhuhu.. Ngeri juga bila mengenangkan kembali.. Saya telah melanggar seorang wanita muda ketika beliau mahu melintas jalan besar... Tidak tahu siapa yang salah.. Namun saya bersyukur beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan begitu jua saya dan adik... Nasib baik saya sempat melakukan brek emergency sebelum sempat merempuh wanita tersebut.. Just saya terlanggar sipi2 betis kiri wanita tersebut... Saya rasa mesti lebam juga kaki wanita tersebut.. Nasib baik kami mengambil langkah win-win situation iaitu saling meminta maaf dan settle cara baik... Hopefully beliau tidak apa-apa... Apabila balik rumah saya check juga diri saya.. huhuhu..memang ada lebam-lebam kat kaki saya but it is not severe...

Bila mengenangkan kembali saya rasa nyawa saya macam nak tercabut waktu itu.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi memberi kesempatan buat saya dan adik terus bernafas dan menghirup udara di bumi Allah ini... Allah masih lagi memberi kesempatan buat diri ini bertaubat dan terus beribadah memohon keampunan daripadaNya..

Thank you Allah.. Syukur Alhamdulillah... Walaupun ia musibah kecil tetapi ia memberi impak yang besar buat diri ini supaya diri ini lebih berhati-hati menunggang motosikal atau memandu di jalan raya...
Jazakillah...

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, namun tak upaya aku masuk ke nerakaMu.
Oleh itu, kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosaku.
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...


p/s: seriau rasenye nak bawak moto lagi...huhu.. nasib baek moto kesayanganku tidak mengalami apa2 kecederaan.. lebih menyayangi beliau daripada diri sendiri...hehe.. buat sahabatku teruskan berdoa dan moga roh ayahmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...

0 comments:

Post a Comment