Pages

Thursday, March 31, 2011

~tawakkal~

Salam Alayk....

Agak lame juga ya saya tidak meng-update blog nie. Haha.. busy sikit sebab sekarang nie baru je habis paper teori surgeri dan O&G (obstretrik & gynaekologi) dan osce O&G. Dasyat juga penangan exam kali nie. Menguji emosi je sebenarnya. Kalau call abah dengan mama mesti diorang gelak sebab setiap kali nak exam mesti cakap ayat yang sama.." Doakan angah ye abah, mama.. Exam kali susah gile.." sampai rase syahdu2 sikit ayat tu. Haha..stereotype..

Alhamdulillah... tawakkal sahajalah yang mampu dilakukan sekarang. Mendoakan semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita. Betul cakap kakak2 senoir yang tawakkal kita ini akan menjadi 100% apabila kita diuji dengan kesusahan yang mana hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung segala harapan kita.

Kisah makcik penjual tempe

Kisah nie diceritakan oleh kakak senior saya sebelum kami menduduki peperiksaan final baru2 nie. Cerita yang sangat menyentuh hati dan banyak ibrah yang boleh diambil melaluinya.

        < Ada seorang makcik tua nie. Kerjanya setiap hari membuat tempe dan lepas tempe beliau masak beliau akan menjualnya di pasar. Daripada penjualan tempe pada hari tersebut sahajalah beliau bergantung untuk membeli makanan. Kiranya macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tiada jualan tempe pada hari tersebut, maka makcik tersebut tiada wang untuk membeli makanan untuk hari tersebut. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari makcik nie buatlah tempe macam biasa. Tiba-tiba, tempe-tempe beliau pada hari tersebut tidak masak lagi seperti hari-hari yang lain. Makcik ini berasa sedikit dukacita tetapi beliau tidak berputus asa lagi. Beliau berdoa kepada Allah semoga selepas beliau habis solat subuh, tempe-tempe beliau sempat masak. Namun, apabila beliau lihat semula tempe-tempe tersebut, tempe tu tidak masak lagi. Makcik tersebut terus berdoa supaya apabila dalam perjalanan beliau hendak ke pasar untuk menjual, tempe-tempe beliau akan masak.
       Apabila sampai di pasar, makcik tersebut check semula tempe-tempe beliau. Tapi tempe-tempe tersebut tetap tak masak lagi. Beliau masih tidak berputus-asa. Dia menadah tangan dan memohon kepada Allah supaya tempe-tempe beliau akan masak jua sebelum petang. Apabila hari menjengah petang, ramai peniaga-peniaga sudah mula menutup gerai mereka dan bersiap-sedia untuk pulang setelah jualan mereka habis pada hari tersebut. Namun makcik penjual tempe ini masih lagi belum berganjak dari tempat jualannya dan masih berharap tempe-tempenya akan masak juga.
          Namun apabila beliau melihat semula tempe-tempe beliau, tetap tak masak lagi. Beliau berasa sedikit kecewa tetapi beliau tetap tidak berputus-asa berdoa. Cuma kali ini doa beliau berbeza sedikit daripada yang sebelumnya. Beliau berdoa.. "Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dengan itu ya Allah.. Kau kurniakanlah apa-apa yang terbaik buat hambaMu ini untuk hari ini." 
         Selepas beberapa minit, tiba-tiba datanglah seorang wanita muda dan bertanya "Makcik ada jual tempe ke?" "Ya nak, tapi tempe makcik hari ini tak masak lagi. Selalunya, orang tak beli tempe yang tak masak." jawab makcik tersebut. Tiba-tiba wanita muda itu menjawab dengan gembiranya " Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga orang yang menjual tempe yang tak masak. Sebenarnya dah lama saya mencari tempe yang tak masak tapi tak jumpa sebab kebanyakkannya semua dah masak yang mereka jual. Tempe ini pun sebenarnya untuk anak saya yang tinggal kat oversea sana. Dia teringin sangat nak makan tempe tapi tak ada kat sana. Saya kesian sangat, tu yang saya bersusah-payah mencari orang yang menjual tempe yang tak masak. Harapnya bila dah sampai kat tangan dia masa saya pos nanti masaklah tempe-tempe tu." 
         Maka tersentak makcik penjual tempe itu mendengar cerita wanita muda tersebut dan beliau berasa sangat terharu dengan rezeki Allah yang datang tidak disangka-sangka. Wanita muda itu pun memborong semua tempe-tempe yang tak masak lagi itu daripada makcik penjual tempe tersebut. Akhirnya habis juga jualan makcik penjual tempe itu menjual tempe-tempenya walaupun tempe tu tidak masak lagi. >

So, apakah ibrah (pengajaran) yang kita boleh dapat dalam cerita ini? Hmm..

  1. Janganlah kita cepat berputus-asa dengan rahmat Allah sebab Allah itu maha mengetahui dan Dia tidak membiarkan hambaNya yang berusaha.
  2. Janganlah kita putus-putus untuk terus berdoa dan bertawakal kepada Allah.
  3. cara kita berdoa juga kena betul. Kita sepatutnya mendoakan supaya Allah mengurniakan sesuatu yang terbaik buat diri kita dan bukan menyuruh Allah buat apa yang kita mahukan. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan benda yang lebih baik daripada yang kita mahukan. Contohnya macam makcik tadi, pada mulanya dia sentiasa berdoa supaya Allah memasakkan tempenya sehinggalah petang. Tetapi apabila ramai penjual mula nak balik barulah dia berdoa supaya Allah mengurniakan apa2 yang terbaik untuk rezekinya pada hari tersebut.

 Begitu jugalah halnya kita dengan hal study atau kehidupan kita. Kita sepatutnya memohon supaya Allah mengurniakan segala-gala yang terbaik buat diri kita because He know us better than ourself. Mungkin kita rasa sesuatu perkara itu terbaik buat diri kita tetapi bukan yang terbaik buat Allah dan sesuatu yang kita rasa bukan terbaik buat kita tapi ia perkara yang terbaik yang dikurniakan Allah buat diri kita.
He knows' better...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 
(Al-Baqarah : 216)

Oleh itu marilah kita sama-sama membetulkan niat atau tujuan kita hidup di dunia ini dan juga tujuan kita mempelajari sesuatu. Semoga setiap perkara yang kita lakukan baik study atau dalam kegiatan tarbiyyah/dakwah kita niatkan semuanya kerana Allah. Kita doakan supaya Allah mengurniakan yang terbaik buat diri, keluarga dan sahabat2 kita. Allah tidak pernah akan jemu mendengar suara-suara hamba-hambaNya merintih memohon dan bersujud kepadaNya.

"Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (Al-Baqarah : 286)

Janganlah kita cepat berputus-asa dengan rahmat Allah kerana Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Semoga kita muhasabah kembali bagaimana hubungan kita dengan Allah dan juga dengan manusia. Moga kita akan sentiasa dikurniakan perkara yang terbaik dalam hidup kita. InsyaAllah..

Jazakillah....

p/s: first tyme menulis cerita selepas 4 tahun meninggalkan sekolah. Struktur ayat pun dah bersepah. Harap2 para pembaca memahamilah cerita makcik penjual tempe tu. Cerita nie ader versi video yang disediakan oleh kak mas. Nanti saya try tanye akak tu boleh tak nak upload kat blog... Kalau boleh, insyaAllah saya akan mengaploadkan kat dalam blog saya..hehe.. Semoga apa yang disampaikan memberi kesan buat diri ini, sahabat2 dan pembaca-pembaca sekalian...

p/s 2: feel better sikit selepas membaca dan teringat cerita makcik penjual tempe nie.. stress sedikit selepas exam osce O&G pagi tadi.. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri ini dan sahabat2 dalam peperiksaan final semester kali ini... Chaiyok!! Focus lagi satu jer exam, osce surgery.. Goodluck buat semua sahabat...

0 comments:

Post a Comment