Pages

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

suara hati

Salam Alayk...

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-'Asr:1-3)


Life is so pathetic... yup its true if we not rely and have faith it on Allah.[randomly but not too random]

Semalam kami sempat menziarahi makcik naqibah yang sangat kami sayangi, makcik zai... huhu.. sangat luar biasa rasenye bila dapat melepaskan rindu dengan seorang yang sangat dekat dihati kita. Pelbagai cerita yang ingin dikongsikan sepanjang perpisahan kami selama 2 tahun.. Betapa pengalaman banyak memtarbiyyah diri untuk terus istiqamah dalam menempuh jalan2 dakwah disamping sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslimah yang benar2 diredhai Allah...


Kata makcik, Allah tidak memandang hasil yang dilakukan tetapi usaha2 yang dilakukan untuk terus berada di jalan ini dan sentiasalah berdoa agar kita sentiasa di matikan dalam husnul khotimah.. Life is too short untuk dibazirkan dengan perkara2 yang me'lagho'kan sebab bila2 masa sahaja ajal kita akan ditarik oleh malaikat izrail..

       "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."-hadith-



Bila baca hadis tersebut rase dekatnya kematian dengan kita.. Betapa kita mengambil ringan dalam soal kematian ini... huhu... takut apabila tak bersedia.. Tiba2 teringat kata2 seorang kakak senior cakap yang dia tak sabarnya nak mati sebab mati itu amat menyeronokkan apabila kita benar2 bersedia dan sentiasa membersihkan diri daripada dosa2.. [gulp] Bila makcik cerita beberapa siri kematian berlaku berdekatan dengannya amat menginsafkannya dan kami yang turut mendengarnya.. benarlah kalau terasa nak melembutkan hati pergilah menziarahi jenazah sebab disitu Allah nak menunjukkan di saat kita sudah mati tiada apa yang kita bawa kecuali amal ibadah dan mengharapkan doa2 daripada orang yang berdekatan dengan kita... seriously terasa nak menangis time tu bila dengar... betapa insignificantnya diri kita ini di 'mata' Allah sebab Allah tak memerlukan kita langsung tapi kita yang mesti sentiasa bergantung harap padanya..


Apabila dibangkitkan nanti perkara yang akan ditanya oleh Allah adalah 'dimana usia mudamu dihabiskan'.. Ya Allah diri ini sentiasa lalai... apakah jawapan yang mampu dibalas nanti? takkan nak jawab saya sentiasa tengok movie korea atau hang around bergelak ketawa dengan kawan2? sungguh tiada jawapan yang bisa memberi point untuk melayakkan diri memasuki Syurga Allah... Please diri ini... insaflah.. bertaubatlah kerna pintu taubat itu sentiasa terbuka luas sehingga apabila nyawa sampai ke halkum atau matahari terbit disebelah barat iaitu kiamat sudah berlaku.. takutnya diri ini menjadi orang yang rugi seperti dalam surah al-asr di atas.. ya Allah ampunilah kami... 

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf: 34 )


Ayuh kita mencari turning point untuk kembali kepada Allah..  Diri ini sangat fragile dan sentiasa memerlukan support group untuk sentiasa mengingati dan menasihati apabila tersasar jauh dari landasan yang diredhai Allah.. That's why we need usrah every week to brush out all the dirty thing that we done everyday and have have person to remind us the bad thing we done everyday... I miss my usrah-mate dan berusrah setiap minggu.. berjumpa dengan makcik zai is really pay-off my empty heart for about 1 month without it.. Jazakillahukhoiran khatiro untuk sharing makcik yang sangat osem dan menyentuh hati.. We always miss u and remember u in our du'a rabithah.. [sob2]

me wif makcik zai n kembar seirasku, cik shiqin (cewwah..)
>.<
p/s: melepaskan rindu sambil2 menulis mengenai ziarah kami...
p/s: esok sudah minggu ke2 posting.. moga Allah memberi keberkatan masa dan ilmu buat kami.. doakan kami yer sahabat2... =)

penguat semangat kami..=)

Saturday, March 17, 2012

hikmah

Salam Alayk...

Lame sungguh saya tidak meng'update' disini... Idea berkurangan mungkin sebab kurang membaca.. Huhu...
Result exam sem 8 sudah keluar semalam... bersyukur segala nikmat rezeki yang Allah kurniakan...

Cuba untuk terus mempositifkan diri dengan semua ketentuannya... Siapa tak terasa apabila menjadi the only one yang sangkut satu posting apabila semua usrah-mate dan study-group-mate lulus semua posting dan already safe to enter final year... but i'm really happy for them... Apabila perasaan sedih menjengah hati, cepat2 beristighfar kerna segala yang berlaku ada hikmahnya.. Terima kaseh kepada parents, senior2 dan sahabat2 yang memberikan kata2 semangat dan doa yang tidak putus2... T_T

Yup... Pengharapan kepada Allah itu semakin kuat dan hati semakin kuat untuk terus mengingatiNya dan menempuh cabaran2 yang mendatang...
Tiba terbaca ayat nie mase melayan blogwalking..

"Hidup adalah ujian, dan ALLAH memilih dan menguji insan yang memang mampu diuji." 


Sangat catchy dan terkena pada diri sendiri... Semoga diri ini terus istiqamah di jalan ini dan terus tabah.. Allah knows the best for us... Segala ujian yang ditimpakan sememangnya menguji tahap keikhlasan dan keredhaan hamba-Nya... Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dalam menempuh segala mehnah-Nya... Ayuh mulakan semula...

"Allahumma Yassir Walla Tua'ssir"

T__T

p/s: target untuk meng'khatam'kan semua buku peads terutama buku sunflower.. Ya Allah permudahkanlah... looking for final year... chaiyok!!!

Friday, December 23, 2011

p.e.a.d.i.a.t.r.i.c

Salam Alayk...

Lama sudah saya tidak mengupdate blog. Hampir 3 minggu rasanya.. alhamdulillah hari ini officially tamat sudah saya berposting peadiatrik.. Selama 8 minggu berada di posting ini terasa amat mencabar.. Penat dan kesabaran amat teruji.. Hari ini pula saya antara group terakhir telah menghadapi peperiksaan shortcase untuk posting nie.. huhu.. Cuma mampu berserah kepada Allah.. tiba2 dapat budak yang sangat tidak cooperative untuk buat respiratory examination.. station kedua pula dapat pesakit cerebral palsy dan examiner nyer prof R.. huhu.. dalam hati dah cakap oh my...

Bila tiba saat peperiksaan sahaja baru terasa betapa sedikitnya ilmu yang saya timba sepanjang posting nie.. Bila selak2 buku, baru terasa bestnye baca buku nie.. banyak sangat penyesalan terbit sebab tak study betul2.. Dalam posting juga kami perlu tau examine se'kreatif' yang mungkin and as long as kami dapat elicit the finding...huhu... baby2 sekalian kenapa anda terlalu sukar untuk dijangka?

Cuma yang saya suka untuk posting nie sebab saya dpt bangun awal (lebih awal drpd time O&G) dan pegi wad main dgn kanak2.. Tiba2 teringat sahabat saya pernah cakap yg sy ni garang dengan budak.. i just like hah.. yeke.. tapi yang kawan chinese ada yang puji sebab saya dapat examine budak yg paling sukar di'approach'... maybe sebab tulah time shortcase dapat baby yang macam tu..T.T

agak2 dia nie brape tahun?
Yang pasti apa yang telah berlalu biarkan berlalu dan ambil iktibar melaluinya.. what done is done.. lepas nie saya dan rakan2 se'batch' akan tukar posting.. saya akan masuk posting terakhir saya iaitu orthopedic untuk tahun 4 nie.. tiba2 rase anhedonia nak masuk posting nie... huhu.. ya Allah permudahkanlah...

Esok, insyaAllah saya balik Ipoh.. weee.. ada family gathering... my elder sister E-day ahad nie.. dah tiba masa dia juga.. tak sabar nak jumpa mereka semua.. nak amik gambar banyak2.. hehe.. nak testing benda yang tak berape baru..=)

Tak lama lagi pun nak masuk tahun baru 2012... Jom buat kerangka azam tahun baru yang hendak dicapai untuk tahun hadapan dan reflect kembali azam tahun 2011 yang tercapai dan belum tercapai.. InsyaAllah moga setiap amalan dan keazaman kita untuk menjadi lebih baik akan diberkati Allah...
Jazakillah...

hari terakhir bersama supervisor Dr Adibah di Hospital Kajang
tibe2 rase nak posting HO kat sini..=)
p/s: bila sebut orthopedic teringat something.. aduhai emosi.. =.=
p/s2: planner 2012 saya dah sampai daripada bandung.. tak sabar nk tengok!!

Saturday, November 26, 2011

ibrah...

Salam Alayk...


Pelbagai perasaan melanda diri sejak akhir-akhir ini... Terlalu banyak perkara yang menguji kesabaran berlaku dan terasa ianya bertimpa2 sehingga terasa mahu berputus asa... Jangan ingat apabila kita mahu melakukan kerja dakwah atau kerja2 baik yang lain, tidak ada syaitan di antaranya.. Sekarang nie saya terasa ukhwah antara kami akan semakin renggang sehingga terasa tiada jalan penyelesaiannya... 


Mungkin salah saya yang memulakan dahulu kerana tidak berhemah dalam menegur sikapnya yang saya rasa cukup tidak menghormati pendapat dan tindakan yang saya ambil... Yup saya telah menegur dengan suara yang tinggi sebab mungkin waktu tu saya merasakan sangat tercabar dengan perbuatannya setelah ditegur berkali-kali.. Cuba untuk menjernihkan kembali situasi ini tetapi seakan gagal pabila dia keep-on post kat blog dan fb mengenainya... Rasa seperti saya yang bersalah dalam hal ini sebab ramai yang memberi komen dan komen2 itu sepeti saya yang menulisnya sedangkan saya tidak sanggup nak membuka blog yang dikatakan hanya cerita rekaan semata-mata... 


Makin bertambah fitnah dan tuduhan di situ.. Teringat kata2 kak R semasa lepas program, bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya dan Allah nak uji kita sejauh mana kesabaran kita.. itulah sebaik2 teguran Allah untuk kita ambilkan pengajaran..

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui org2 yang dusta". (Al-Ankabut:2-3)

Siapa yang tidak sedih bila perkara baik yang kita mahu lakukan akan berkesudahan kurang baik di akhirnya... Sahabat saya sentiasa menasihati supaya saya sentiasa berlapang dada dan cuba memaafkan dan melupakan setiap perbuatannya sebab itu sajalah cara untuk menenangkan dan menenteramkan hati kita.. dan dia mengingatkan bahawa dicelah-celah kita sentiasa ada syaitan yang sentiasa mengunggu untuk mencucuk kita dengan cara memutuskan silaturrahim... Ya Allah, nauzubillah...



Alhamdulillah, sekarang nie hati ini semakin tenang.. sentiasa berdoa supaya Allah membuka hatinya untuk memaafkan orang lain disamping bermuhasabah tentang segala yang terjadi... Moga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kami untuk terus bersemangat dalam melakukan kerja-kerja dakwah yang sememangnya menuntut banyak pengorbanan tidak kira dari segi masa, harta, emosi dan tenaga...

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...
~ameen~...

p/s: bersiap2 untuk menimba pengalaman di Mukhayyam 01 di Nur Laman Bestari Ulu Yam... bersemangat!!!
p/s 2: xder rezeki nak pergi kursus kawen tahun nie..huhu.. insyaAllah tahun hadapan...=)

Friday, November 18, 2011

T.T

Salam Alayk....


Sedikit perkongsian...
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." As-Saff:14 
Kebetulan ayat diatas dibacakan oleh seorang sahabat semasa meeting semalam... Ayat penenang apabila hati dan jiwa ini sudah tenat dan tidak tertanggung dengan tanggungjawab yang semakin memberat dan terbeban di bahu... yup, hatiku sangat lemah dan mulutku mudah melenting dengan segala kritikan yang di timbulkan oleh individu sekeliling....


Alhamdulillah dalam sesi usrah semalam saya telah meluahkan segala yang terbuku dihati... Terima kasih buat makcik naqibah dan sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan.... love this usrah circle and all of you so much... <3


Marilah sahabat2 kita meneruskan perjuangan yang masih belum sempurna kita laksanakan... Chaiyok!!
Jazakillah...


p/s: huhu... xpernah2 men'ventilate'kan segala luahan hati dalam usrah seperti semalam...blushing2...

Monday, August 22, 2011

qoute

“Umar Ibn Khattab (may Allah be pleased with him) said: 
“I am not worried about whether my du’a will be responded to, 
but rather I am worrried about whether I will be able to make du’a or not.
 So if I have been guided by Allah to make du’a, 
then (I know) that the response will come with it”



p/s: jom kita teruskan berdo'a... moga Allah sentiasa memberi keampunan dan menerima taubat hamba2Nya.... 


p/s:sedihnya ramadhan semakin meninggalkan kita... masihkah ada ramadhan untukku pada tahun akan datang??

Saturday, June 18, 2011

~rehab~

Salam Alayk...

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA  ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Alhamdulillah... Bila membaca tulisan tersebut, terubat sedikit hati yang gundah-gulana dan kacau-bilau sejak akhir-akhir ni. Maaf, mungkin tulisan saya yang lepas agak emosional sebab hati ini memang dipengaruhi oleh emosi...huhu... 
Alhamdulillah... Malam jumaat hari tu juga saya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh naqibah saya mengenai kasih sayang... Bahawasanya rahmat Allah yang diperturunkan di bumi ini hanyalah sedikit iaitu hanya 1% sahaja dan 99% lagi Allah akan kurniakan sewaktu di akhirat...
Terasa lemah diri ini dengan ujian yang baru ditimpa hanya sedikit. Mujurlah saya masih mempunyai keluarga, sahabat dan kakak-kakak senior yang memberi sokongan. Yang penting adalah defend mechanism kita untuk menerima teguran atau amarah guru-guru kita secara positif atau pun negatif. InsyaAllah, saya akan lebih menumpukan ke arah positif kerana bila kita positif, semua perkara positif akan berada bersama-sama dengan kita...
Jumaat yang mulia...
Semalam sememangnya hari yang menggembirakan saya dan rakan-rakan SSM (special study module) kerana kami dapat bertemu supervisor kami untuk kajian SSM untuk tahun 4 dan tahun 5. Untuk tahun ini, saya dan sahabat-sahabat yang berada di tahun 4 wajib melaksanakan kajian penyelidikan which is it one of requirement for us before we graduate. Kumpulan saya mendapat supervisor klinikal daripada department of psychiatry. Mula-mula tu saya rasa very bad because terpaksa bergelumang dengan pesakit psychiatry. Tapi bila doktor tersebut cakap yang beliau adalah specialist psychiatric kanak-kanak, saya sudah merasa lega. Beliau pun mencadangkan kepada kami untuk focus our research toward psychiatric problem in peadiatric... Seronok sangat saya bila dengar cadangan doktor tu.. hehe..Saya sememangnya menyukai kanak-kanak.. They are so adorable and innocent..huhu... 
Sabtu yang ceria...
Pagi-pagi lagi, saya dan sahabat saya, shiqin, bersemangat untuk menghadiri program anjuran MPP UKM iaitu Bengkel Kemahiran Photoshop. Mulanya tak plan pun nak pergi, tapi bila seorang sahabat saya menyatakan saya perlu pergi atas sebab-sebab tertentu, saya pun mendaftarkan diri. Mula-mula tu saya bersemangat mengikuti semua cara-cara yang diajar oleh penceramah mengenai bagaimana menggunakan perisian adobe photoshop, tapi lama-kelamaan saya rasa saya semakin tak faham dan blur sepanjang bengkel tersebut. Untuk pengetahuan, kami kesemua peserta dikehendaki membawa laptop masing-masing untuk membuat latihan terus semasa sesi pengajaran. Bila semakin tak faham, saya pun meng'online'lah. Tapi selepas tu saya minta sahabat saya untuk ajar sikit-sikit apa yang saya tak paham. Memang saya tidak dilahirkan untuk cekap menggunakan teknologi multimedia ni, makanya saya pun rasa putus asa nak belajar. Mungkin sebab terlalu penat kot. huhu..entahlah... Tapi ia perkara yang sangat menarik yang perlu dipelajari dan 'by hook or by crook'  saya kena mahir juga untuk menggunakan perisian tersebut...Yang penting focus dan try all the adobe toolbars yang ada untuk lebih mahir..
kami yang mengikuti bengkel photoshop

Petangnya pula, ada sesi grafik pula bersama penceramah daripada pusat grafik PPUKM tetapi saya dan sahabat saya tidak dapat menghadiri bengkel kedua tersebut kerana kami ada program di luar iaitu bacaan Yassin dan juga ceramah mengenai Isteri Taat dan Solehah Penghias Dunia. Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr Roohaida Othman, ketua wanita IKRAM Selangor. Ceramah tersebut diadakan di rumah makcik naqibah kami sahaja. Walaupun talk tersebut berkisarkan mengenai wanita yang sudah bergelar isteri, namun ia tetap memberi manfaat buat kami untuk persediaan kami dalam berumah tangga suatu hari nanti. Selain itu, beliau juga mengupaskan bagaimana untuk membaiki diri supaya menjadi seorang wanita pembangun ummah. Pengisiannya lebih kepada kita perlu ada iman yang sejahtera, ilmu yang bermanfaat dan amal yang berterusan diamalkan kerana amal tanpa ilmu ibarat pohon yang tidak berbuah.
Tersentuh dengan kupasan beliau mengenai 3 syarat untuk merasai kelazatan iman iaitu..
1) jika ia mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi kasihnya kepada yang lain
2) jika mencintai seseorang tidaklah ia cintai melainkan Allah
3) jika ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka
Beliau juga mengupas cara-cara wanita masa kini untuk memiliki jati diri wanita yang beriman iaitu dengan cara kita mencontohi Asiyah iaitu isteri Firaun dan juga kisah Maryam, ibu Nabi Isa. Keperibadian dan jati diri mereka sangat teguh dalam menangani ujian Allah dalam pelbagai bentuk. Contohnya, Asiyah diuji dengan kecintaan beliau pada Allah atau pun ketaatan beliau pada suami yang sangat zalim dan sejahat-jahat manusia. 
Sebenarnya, tujuan utama diadakan talk tersebut adalah untuk menerangkan pada wanita-wanita yang sudah dan akan bersuami, bahawa ketaatan kepada suami bukanlah ketaatan yang membuta tuli.  Beliau juga kurang bersetuju dengan penubuhan Persatuan Taat Suami yang baru-baru ini dilancarkan. Mungkin presiden persatuan tersebut mempunyai masalah sedikit dengan tuntutan dan suruhan Allah dalam berumah tangga. Wallahua'lam.. Saya pun tak tau sangat sebab saya belum lagi melalui fasa tersebut lagi. 
.......
InsyaAllah, banyak perkara yang berlaku 2-3 hari ini memulihkan semangat saya yang hampir luntur. Yang penting sentiasa berfikiran positif dan tarbiyyah diri tidak diabaikan walau sesibuk mana sekalipun. Bila mendengar statistik pesakit psychiatric ramai dikalangan golongan professional terutamanya doktor, rasa risau pula. Yang penting, bak kata makcik naqibah kami banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan di dunia ini. Wallahua'lam...
Jazakillah...
p/s: tibe2 terjumpa stress management kit yang saya buat semasa 1st year. name kit tersebut ialah "My Cute Kit".. Ianya berbentuk seperti key-chain.. kat belakangnya saya tulis all management yang saya perlu lakukan bila saya stress... nantilah saya cerita kalau ada masa dan minat untuk bercerita mengenainya...^.^

Thursday, June 16, 2011

sukar dilupakan =(

Salam Alayk...

Psychiatric! (beware)

entah kenapalah hari nie..
semua yang saya buat serba tak kena
ingatkan hari ini akan lebih baik daripada hari semalam
rupanya it become worsen and worsen
dan hari ini juga berlaku insiden yang tak boleh dilupakan
i'm tearing in front of my groupmate and also my supervisor...
ingatkan bolehlah tahan air mata nie daripada mengalir
huhuhu....
dier tetap mengalir seperti air pili yg tak tutup ketat
boleh pulak prof H offer tissue kat saya



pelik betul mood hari nie...
mungkin stress yang bertimpa2
nak cope dgn posting yang baru kowt

pelik jugak rase
masa time O&G, saya tak pun menangis depan prof

untuk pengetahuan anda
prof H saya untuk posting kali nie sangat berbeza dengan prof H saya mase waktu posting O&G
yang seorang sangat garang(O&G) dan yang sorang lagi sangat baik(psy)
walaupun nama kedua-dua prof nie sama

alahai....
emo2...
belum jadi Dr lagi dah rasa sangat terbeban
nie boleh leads to major depressive disorder kalau tak cure
huhu

rasa nak balik rumah je hujung minggu nie...
miss my family n also my dear motorbike
rasa nak bawak balik motor tu ke kolej
kalau rasa sedih boleh keluar jalan sorang2
to cure my feeling...

cepatlah habis belajar medic nie...
dah tak tahan rasa macam nie selalu...
huhuhu...

to myself:
lets endure it
it's left only 2 years for u to complete your study
insyaAllah...
ingat, Allah sentiasa bersama-sama kamu walau apa pun yang berlaku
"sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati2 akan menjadi tenang..."

wallahua'alam...

p/s: plez don't tearing for next posting ye... it's very hurt... mata nie pun rasa dah nak bengkak...huhu

Monday, June 13, 2011

Iman seorang...

Salam Alayk...

Seperti yang kita maklum bahwa iman itu sentiasa ada turun naiknya. Ianya sentiasa bergantung pada kuatnya mujahadah kita kepada Allah supaya ia sentiasa terpelihara daripada terus merudum dan tersungkur... Begitu jugalah dalam kerja dakwah dan tarbiyyah yang memerlukan iman yang kuat untuk terus bergerak...

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti program dakwah penggerak yang bertempat di masjid Al-Muttaqin, wangsa melawati. Terima kasih buat Kak Mas yang mengajak saya dan juga sahabat-sahabat untuk menghadirinya walaupun akhirnya hanya saya, kak mas dan kak zatel sahaja yang dapat menghadiri kerna yang lain ada komitmen yang lebih penting.

Sukar saya gambarkan perasaan saya berada dikalangan peserta-peserta daripada universiti lain seperti UIA dan CUCMS... Boleh dikatakan mereka semua sangat soleh dan solehah dan majoritinya adalah naqib dan naqibah di universiti mereka. Cara berpakaian, percakapan, amalan dan akhlak mereka sangat terpuji. Rasa sangat inferior pulak berada dikalangan mereka sebab diri ini tersangatlah kontra kalau nak dibandingkan dengan mereka semua. Tiba-tiba rasa macam nak menjadi seperti mereka tapi entahlah rasa tak mampu... mungkin disebabkan saya dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja dan bersekolah di sekolah harian biasa sahaja. Dulu ada juga niat mahu bersekolah di sekolah aliran agama tetapi tidak berkesempatan kerana masa itu family ada krisis kewangan. Mungkin hikmahnya, Allah mahu saya mendalami ilmu agama semasa saya di universiti dan juga Allah mengurniakan senior-senior dan sahabat-sahabat yang terbaik buat saya untuk terus bermujahadah...

Sebelum ini saya ada juga pergi daurah, but at this time pengisian daurah itu amat berlainan sidikit. Dah nama pun daurah penggerak dan semestinya objektif yang hendak dicapai oleh peserta turut berat iaitu untuk menjadi seorang daie' yang berpotensi dan mampu untuk berdakwah di kampus masing-masing. Pengisiannya lebih menekankan cara untuk memotivasikan kita sebagai para daie' supaya terus bergiat aktif dalam berdakwah. Para ustaz mengupas kisah-kisah para nabi dan juga para sahabat dalam setiap slot. Pabila mendengar cerita beliau hati rasa tersentuh kerana betapa banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh para nabi dan sahabat untuk menegakkan agama Allah. Contohnya Nabi Ibrahin a.s, dakwahnya ditentang habis-habisan oleh ayahnya sendiri dan nabi Nuh a.s ditentang oleh anak dan isterinya. Kalau nak dibandingkan dengan diri kita ini apalah sangat sebab kita sememangnya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang beragama Islam dan mungkin berbeza sedikit cara penekanan akhlak islami itu dalam keluarga. Beruntunglah bagi yang sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang amat menitik-beratkan agama. Namun saya tetap bersyukur walaupun dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa namun mereka masih menerima perubahan yang saya cuba terapkan. Memang sukar berdakwah dalam keluarga sendiri berbanding dengan orang luar...huhu

Selain itu, cerita para sahabat juga amat lunak dibaca kerana motivasi diri yang ditunjukkan amat mengagumkan. Dalam daurah tersebut, ustaz menceritakan kisah 3 orang sahabat iaitu Ammar bin Yassir, Khattab bin Arats dan Amru bin Jamuh. Ketiga-tiga sahabat ini berjuang dalam menegakkan agama Islam semasa di zaman penentangan Islam. Ketiga-tiga mereka juga amat dikenali dan ada mendapat jaminan daripada nabi di akhirat kelak di atas kesungguhan dan kecekalan mereka berjuang habis-habisan dalam menegakkan syiar Islam. Memang semangat dan kesungguhan mereka perlulah kita jadi iktibar dan juga dorongan buat diri kita untuk terus bergerak walaupun apa jua rintangan yang perlu kita hadapi..

Teringat tazkirah yang disampaikan oleh seorang senior suatu ketika dahulu. Beliau menganalogikan bahawa kerja-kerja dakwah ini ibarat perjalanan sebuah kereta api yang dimana kereta api tersebut akan berhenti di setiap stesyen-stesyen untuk mengambil penumpangnya iaitu kita. Apabila tiba masanya, kereta api tersebut akan terus berlalu walaupun ada atau tiada penumpang yang menaikinya. Sama jua diibaratkan seperti kita, yang adakala rasa mahu dan adakala malas untuk mengikutinya namun arus pergerakkan dakwah itu tetap bergerak dengan duat yang setia mengikutinya. Betapa ruginya kita kalau kita tidak bersama-sama bergerak untuk meneruskan kesinambungan ajaran Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Ini juga menjadi pesanan buat diri sendiri apabila terasa lesu untuk terus berjuang kerna yang penting dalam hidup ini adalah Allah sebab kerana izin Allah kita mengenali dunia ini, dan kerana Allah juga kita mampu meneruskan kehidupan yang penuh fatamorgana ini...

Teringat firman Allah :


" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
Muhammad: 7

"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasulnya kemudian tiada keraguan lantas berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah." 
Hujurat : 15

Semoga apa yang ditulis mampu memberi peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di medan ini walaupun kita sama-sama sibuk dengan pembelajaran kita dalam bidang perubatan. Rupanya dalam kajian psychiatric, bila kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa berlapang dada dengan ujian-Nya, adalah merupakan therapeutic therapy untuk mengelakkan penyakit kejiwaan... Wallahualam... Tiba-tiba terbaca article ini mengenai blogger..[sile klik saya]

“Ketahuilah bahawa, dengan mengingati ALLAH itu, hati-hati akan menjadi tenang”

Jazakillah...

p/s: terbanyak pula menulis kali nie... nak melepaskan stress sbb bace buku psychiatric nie tak paham2... thanx a lot to study group member yg memahamkan saya utk beberapa disease psychi yang saya tak paham2 sejak minggu lepas..huhu...continue study....=)
p/s2: sempena rejab nie marilah kita meningkatkan amalan kita supaya menjadi latihan utk menghadapi bulan Ramadhan yang dirindui...
 

Thursday, March 31, 2011

~tawakkal~

Salam Alayk....

Agak lame juga ya saya tidak meng-update blog nie. Haha.. busy sikit sebab sekarang nie baru je habis paper teori surgeri dan O&G (obstretrik & gynaekologi) dan osce O&G. Dasyat juga penangan exam kali nie. Menguji emosi je sebenarnya. Kalau call abah dengan mama mesti diorang gelak sebab setiap kali nak exam mesti cakap ayat yang sama.." Doakan angah ye abah, mama.. Exam kali susah gile.." sampai rase syahdu2 sikit ayat tu. Haha..stereotype..

Alhamdulillah... tawakkal sahajalah yang mampu dilakukan sekarang. Mendoakan semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita. Betul cakap kakak2 senoir yang tawakkal kita ini akan menjadi 100% apabila kita diuji dengan kesusahan yang mana hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung segala harapan kita.

Kisah makcik penjual tempe

Kisah nie diceritakan oleh kakak senior saya sebelum kami menduduki peperiksaan final baru2 nie. Cerita yang sangat menyentuh hati dan banyak ibrah yang boleh diambil melaluinya.

        < Ada seorang makcik tua nie. Kerjanya setiap hari membuat tempe dan lepas tempe beliau masak beliau akan menjualnya di pasar. Daripada penjualan tempe pada hari tersebut sahajalah beliau bergantung untuk membeli makanan. Kiranya macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tiada jualan tempe pada hari tersebut, maka makcik tersebut tiada wang untuk membeli makanan untuk hari tersebut. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari makcik nie buatlah tempe macam biasa. Tiba-tiba, tempe-tempe beliau pada hari tersebut tidak masak lagi seperti hari-hari yang lain. Makcik ini berasa sedikit dukacita tetapi beliau tidak berputus asa lagi. Beliau berdoa kepada Allah semoga selepas beliau habis solat subuh, tempe-tempe beliau sempat masak. Namun, apabila beliau lihat semula tempe-tempe tersebut, tempe tu tidak masak lagi. Makcik tersebut terus berdoa supaya apabila dalam perjalanan beliau hendak ke pasar untuk menjual, tempe-tempe beliau akan masak.
       Apabila sampai di pasar, makcik tersebut check semula tempe-tempe beliau. Tapi tempe-tempe tersebut tetap tak masak lagi. Beliau masih tidak berputus-asa. Dia menadah tangan dan memohon kepada Allah supaya tempe-tempe beliau akan masak jua sebelum petang. Apabila hari menjengah petang, ramai peniaga-peniaga sudah mula menutup gerai mereka dan bersiap-sedia untuk pulang setelah jualan mereka habis pada hari tersebut. Namun makcik penjual tempe ini masih lagi belum berganjak dari tempat jualannya dan masih berharap tempe-tempenya akan masak juga.
          Namun apabila beliau melihat semula tempe-tempe beliau, tetap tak masak lagi. Beliau berasa sedikit kecewa tetapi beliau tetap tidak berputus-asa berdoa. Cuma kali ini doa beliau berbeza sedikit daripada yang sebelumnya. Beliau berdoa.. "Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dengan itu ya Allah.. Kau kurniakanlah apa-apa yang terbaik buat hambaMu ini untuk hari ini." 
         Selepas beberapa minit, tiba-tiba datanglah seorang wanita muda dan bertanya "Makcik ada jual tempe ke?" "Ya nak, tapi tempe makcik hari ini tak masak lagi. Selalunya, orang tak beli tempe yang tak masak." jawab makcik tersebut. Tiba-tiba wanita muda itu menjawab dengan gembiranya " Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga orang yang menjual tempe yang tak masak. Sebenarnya dah lama saya mencari tempe yang tak masak tapi tak jumpa sebab kebanyakkannya semua dah masak yang mereka jual. Tempe ini pun sebenarnya untuk anak saya yang tinggal kat oversea sana. Dia teringin sangat nak makan tempe tapi tak ada kat sana. Saya kesian sangat, tu yang saya bersusah-payah mencari orang yang menjual tempe yang tak masak. Harapnya bila dah sampai kat tangan dia masa saya pos nanti masaklah tempe-tempe tu." 
         Maka tersentak makcik penjual tempe itu mendengar cerita wanita muda tersebut dan beliau berasa sangat terharu dengan rezeki Allah yang datang tidak disangka-sangka. Wanita muda itu pun memborong semua tempe-tempe yang tak masak lagi itu daripada makcik penjual tempe tersebut. Akhirnya habis juga jualan makcik penjual tempe itu menjual tempe-tempenya walaupun tempe tu tidak masak lagi. >

So, apakah ibrah (pengajaran) yang kita boleh dapat dalam cerita ini? Hmm..

  1. Janganlah kita cepat berputus-asa dengan rahmat Allah sebab Allah itu maha mengetahui dan Dia tidak membiarkan hambaNya yang berusaha.
  2. Janganlah kita putus-putus untuk terus berdoa dan bertawakal kepada Allah.
  3. cara kita berdoa juga kena betul. Kita sepatutnya mendoakan supaya Allah mengurniakan sesuatu yang terbaik buat diri kita dan bukan menyuruh Allah buat apa yang kita mahukan. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan benda yang lebih baik daripada yang kita mahukan. Contohnya macam makcik tadi, pada mulanya dia sentiasa berdoa supaya Allah memasakkan tempenya sehinggalah petang. Tetapi apabila ramai penjual mula nak balik barulah dia berdoa supaya Allah mengurniakan apa2 yang terbaik untuk rezekinya pada hari tersebut.

 Begitu jugalah halnya kita dengan hal study atau kehidupan kita. Kita sepatutnya memohon supaya Allah mengurniakan segala-gala yang terbaik buat diri kita because He know us better than ourself. Mungkin kita rasa sesuatu perkara itu terbaik buat diri kita tetapi bukan yang terbaik buat Allah dan sesuatu yang kita rasa bukan terbaik buat kita tapi ia perkara yang terbaik yang dikurniakan Allah buat diri kita.
He knows' better...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 
(Al-Baqarah : 216)

Oleh itu marilah kita sama-sama membetulkan niat atau tujuan kita hidup di dunia ini dan juga tujuan kita mempelajari sesuatu. Semoga setiap perkara yang kita lakukan baik study atau dalam kegiatan tarbiyyah/dakwah kita niatkan semuanya kerana Allah. Kita doakan supaya Allah mengurniakan yang terbaik buat diri, keluarga dan sahabat2 kita. Allah tidak pernah akan jemu mendengar suara-suara hamba-hambaNya merintih memohon dan bersujud kepadaNya.

"Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (Al-Baqarah : 286)

Janganlah kita cepat berputus-asa dengan rahmat Allah kerana Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Semoga kita muhasabah kembali bagaimana hubungan kita dengan Allah dan juga dengan manusia. Moga kita akan sentiasa dikurniakan perkara yang terbaik dalam hidup kita. InsyaAllah..

Jazakillah....

p/s: first tyme menulis cerita selepas 4 tahun meninggalkan sekolah. Struktur ayat pun dah bersepah. Harap2 para pembaca memahamilah cerita makcik penjual tempe tu. Cerita nie ader versi video yang disediakan oleh kak mas. Nanti saya try tanye akak tu boleh tak nak upload kat blog... Kalau boleh, insyaAllah saya akan mengaploadkan kat dalam blog saya..hehe.. Semoga apa yang disampaikan memberi kesan buat diri ini, sahabat2 dan pembaca-pembaca sekalian...

p/s 2: feel better sikit selepas membaca dan teringat cerita makcik penjual tempe nie.. stress sedikit selepas exam osce O&G pagi tadi.. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri ini dan sahabat2 dalam peperiksaan final semester kali ini... Chaiyok!! Focus lagi satu jer exam, osce surgery.. Goodluck buat semua sahabat...

Thursday, March 03, 2011

untuk sekian kalinya...

Salam Alayk...

Untuk sekian kalinya saya absent kelas... 
Entahlah....
nie kali kedua saya absent
1st tyme masa teaching Prof Jagen
dua2 mase tyme surgery posting
mengade2 tul badan nie.. 
Agaknye dah fatigue sangat kowt
Hari2 kene datang ward awal2 pagi
Teaching and ward round (yg nie baru jer kene pakse)
dah lame kowt tinggalkan habit pergi ward awal2 pagi
Bila terpaksa rela pergi
tu yang badan merajuk
aduhai
sekarang nie dah kene headache and leg pain
huhuhu
mentang2 ler team vascular
tibe2 lak develop leg pain
sbnrnye dah lame ader sejak O&G lagi
tp ignore jer
sekarang nie rase semakin teruk lak
jgn lar kene varicose vain or ischemic limb
saya nak jadi doktor
kene fit and healthy
maybe dah lame tak pergi jogging kowt
huhuhu
pasnie nak turun pergi jog every evening
regardless saya ader teaching sampai petang 
or nak dekat exam..
fighting!!!

citer laen lak
tibe2 semalam abah call mase time lecture
abah suruh saya balek ipoh minggu nie
sebab nyer buah rambutan kat blakang rumah dah masak
comel betol
ingatkan ader kes urgent ape2 ke suruh balek
hahaha
memang hari tu mase cuti suruh mama simpan sikit 
kalau rambutan dah masak
sorry mama and abah
angah tak boleh balek this week
ade program plus nak siapkan CWU
huhuuhu
next week dah kene submit
=(

p/s: ari nie tak der SG... lega ckit.. nak wat CWU smpai siap.. doakan saye yer... Jazakillah

Friday, January 21, 2011

~broken heart~

hati
mengapa perlu kau sakit
ini adalah ujian 
dugaan Allah datang dalam pelbagai cara
janganlah engkau bersedih
janganlah engkau bermuram durja
oh hati 
kuatlah dikau
ini baru sedikit
ingatkah kau akan kisah  para anbia
yang diduga dengan pelbagai cabaran
siapalah diri ini 
hendak dibandingkan dengan mereka
yang lebih diuji dan teruji
ya aku bukan siapa-siapa
bertahanlah
Ya Allah
Kau kuatkanlah hati ini
ikhlaskan hati ini
untuk terus istiqamah di jalan-MU
kerna pada-Mu sajalah 
aku berserah dan memohon petunjuk


Teringat Firman Allah:
"Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
Surah Al-Ra'd : 28

p/s: emotional pula ari nie...huhuhu... bila menghayati bait2 lirik lagu InsyaAllah-maher zain dan make me strong-sami yusuf menambah rase semangat untuk terus berharap kapada yang Maha Esa... Ya Rahman Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan hati hamba-Mu ini...

Sunday, January 02, 2011

~teruji~

Salam Alayk...


Terasa nak post something kat blog sebab saya tidak boleh nak melelapkan mata nie...insomia.. Actually, petang tadi sudah puas tidur ditambah pula saya dapat call yang mengejut berkaitan dengan mama saya...


Adik saya call petang tadi masa maghrib beritahu mengenai mama kena admit kat hospital ipoh.. Terkejut dan palpitation saya dibuatnya.. Adik cerita mama masuk ward sebab high blood pressure...249 systolic.. Risau diri ini dibuatnya..Bila sudah risau tu saya pun termarah kat adik sebab bagi tau lambat sebab mama dah admit sejak pagi tadi... I hate to be the last person that knowing my own family member's problem... Selepas tu saya call abah but abah pun tidak tau nak descibe macam mana keadaan mama sebab waktu tu abah tengah kerja dan yang bawa mama ke hospital pula adik lelaki saya... Bila try call my brother tidak dapat pula..bertambah risau... 


Around pukul 8.30 mlm, adik saya call balik then cakap mama dah boleh balik rumah..Alhamdulillah.. Sempat berbual dengan mama tadi...As usual my lacrimal gland will stimute maka saya pun menangis teresak-esak lah sepanjang berbicara dengan mama...Mama macam biasa still try to comfort me and hide her illness daripada memberitahu saya. Memang saya akan sit exam shortcase selasa nie but don't treat me like this.. Saya pun anak mama yang still concern about your health... Being the last person that knowing your condition was very hurt...Rasa dihiris sembilu hati ini apabila lambat mengetahui mengenai dirimu not very well, mama.. Bagai tiada gunanya saya belajar medicine but cannot to apply to my own family...


Hati ini rasa nak balik ipoh malam ni jugak.. wanna to know my mothers' condition... Tetapi bila memikirkan saya ada seminggu lagi O&G posting, disabarkan jua hati ini.. Tambahan pula esok ada student grand ward round dan exam shortcase hari selasa nie... Sabar dan tenanglah hati.. So, saya plan nak balik ipoh hari khamis nie sebab hari rabu ada klinik dengan supervisor which need to attend to present 2 case and submit log book.. That time saya nak terus minta MC untuk tidak attend any class for thursday and friday... Actually I really home sick currently, not back home for 2 months... Wanna to back home as early as I can..


InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk exam and presentation kali ini.. Want to end this posting dengan melakukan yang terbaik. 


Terima kasih kepada sahabat2 yang concern and give support masa hati ini dalam kedukaan. Doakan supaya kesihatan mama saya cepat baik dan saya dapat melakukan shortcase dengan baik.. Doa dan perhatian kalian sangat saya hargai...


Tiba2 teringat firman Allah,


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya..." 
Al-Baqarah: 286


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami (Allah) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta." 
Al-Ankabut: 2-3


La tahzan.. Moga segala-galanya berada dalam keadaan baik dan terkawal di bawah peliharaan Allah.. InsyaAllah.. Amin...


Jazakillah....

p/s: still tearing... my lacraminal gland cannot stop to secrete tears...  mata pun dah bengkak sikit... moga orang tidak perasan..huhuhu... =(