Pages

Monday, June 13, 2011

Iman seorang...

Salam Alayk...

Seperti yang kita maklum bahwa iman itu sentiasa ada turun naiknya. Ianya sentiasa bergantung pada kuatnya mujahadah kita kepada Allah supaya ia sentiasa terpelihara daripada terus merudum dan tersungkur... Begitu jugalah dalam kerja dakwah dan tarbiyyah yang memerlukan iman yang kuat untuk terus bergerak...

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti program dakwah penggerak yang bertempat di masjid Al-Muttaqin, wangsa melawati. Terima kasih buat Kak Mas yang mengajak saya dan juga sahabat-sahabat untuk menghadirinya walaupun akhirnya hanya saya, kak mas dan kak zatel sahaja yang dapat menghadiri kerna yang lain ada komitmen yang lebih penting.

Sukar saya gambarkan perasaan saya berada dikalangan peserta-peserta daripada universiti lain seperti UIA dan CUCMS... Boleh dikatakan mereka semua sangat soleh dan solehah dan majoritinya adalah naqib dan naqibah di universiti mereka. Cara berpakaian, percakapan, amalan dan akhlak mereka sangat terpuji. Rasa sangat inferior pulak berada dikalangan mereka sebab diri ini tersangatlah kontra kalau nak dibandingkan dengan mereka semua. Tiba-tiba rasa macam nak menjadi seperti mereka tapi entahlah rasa tak mampu... mungkin disebabkan saya dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja dan bersekolah di sekolah harian biasa sahaja. Dulu ada juga niat mahu bersekolah di sekolah aliran agama tetapi tidak berkesempatan kerana masa itu family ada krisis kewangan. Mungkin hikmahnya, Allah mahu saya mendalami ilmu agama semasa saya di universiti dan juga Allah mengurniakan senior-senior dan sahabat-sahabat yang terbaik buat saya untuk terus bermujahadah...

Sebelum ini saya ada juga pergi daurah, but at this time pengisian daurah itu amat berlainan sidikit. Dah nama pun daurah penggerak dan semestinya objektif yang hendak dicapai oleh peserta turut berat iaitu untuk menjadi seorang daie' yang berpotensi dan mampu untuk berdakwah di kampus masing-masing. Pengisiannya lebih menekankan cara untuk memotivasikan kita sebagai para daie' supaya terus bergiat aktif dalam berdakwah. Para ustaz mengupas kisah-kisah para nabi dan juga para sahabat dalam setiap slot. Pabila mendengar cerita beliau hati rasa tersentuh kerana betapa banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh para nabi dan sahabat untuk menegakkan agama Allah. Contohnya Nabi Ibrahin a.s, dakwahnya ditentang habis-habisan oleh ayahnya sendiri dan nabi Nuh a.s ditentang oleh anak dan isterinya. Kalau nak dibandingkan dengan diri kita ini apalah sangat sebab kita sememangnya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang beragama Islam dan mungkin berbeza sedikit cara penekanan akhlak islami itu dalam keluarga. Beruntunglah bagi yang sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang amat menitik-beratkan agama. Namun saya tetap bersyukur walaupun dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa namun mereka masih menerima perubahan yang saya cuba terapkan. Memang sukar berdakwah dalam keluarga sendiri berbanding dengan orang luar...huhu

Selain itu, cerita para sahabat juga amat lunak dibaca kerana motivasi diri yang ditunjukkan amat mengagumkan. Dalam daurah tersebut, ustaz menceritakan kisah 3 orang sahabat iaitu Ammar bin Yassir, Khattab bin Arats dan Amru bin Jamuh. Ketiga-tiga sahabat ini berjuang dalam menegakkan agama Islam semasa di zaman penentangan Islam. Ketiga-tiga mereka juga amat dikenali dan ada mendapat jaminan daripada nabi di akhirat kelak di atas kesungguhan dan kecekalan mereka berjuang habis-habisan dalam menegakkan syiar Islam. Memang semangat dan kesungguhan mereka perlulah kita jadi iktibar dan juga dorongan buat diri kita untuk terus bergerak walaupun apa jua rintangan yang perlu kita hadapi..

Teringat tazkirah yang disampaikan oleh seorang senior suatu ketika dahulu. Beliau menganalogikan bahawa kerja-kerja dakwah ini ibarat perjalanan sebuah kereta api yang dimana kereta api tersebut akan berhenti di setiap stesyen-stesyen untuk mengambil penumpangnya iaitu kita. Apabila tiba masanya, kereta api tersebut akan terus berlalu walaupun ada atau tiada penumpang yang menaikinya. Sama jua diibaratkan seperti kita, yang adakala rasa mahu dan adakala malas untuk mengikutinya namun arus pergerakkan dakwah itu tetap bergerak dengan duat yang setia mengikutinya. Betapa ruginya kita kalau kita tidak bersama-sama bergerak untuk meneruskan kesinambungan ajaran Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Ini juga menjadi pesanan buat diri sendiri apabila terasa lesu untuk terus berjuang kerna yang penting dalam hidup ini adalah Allah sebab kerana izin Allah kita mengenali dunia ini, dan kerana Allah juga kita mampu meneruskan kehidupan yang penuh fatamorgana ini...

Teringat firman Allah :


" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
Muhammad: 7

"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasulnya kemudian tiada keraguan lantas berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah." 
Hujurat : 15

Semoga apa yang ditulis mampu memberi peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di medan ini walaupun kita sama-sama sibuk dengan pembelajaran kita dalam bidang perubatan. Rupanya dalam kajian psychiatric, bila kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa berlapang dada dengan ujian-Nya, adalah merupakan therapeutic therapy untuk mengelakkan penyakit kejiwaan... Wallahualam... Tiba-tiba terbaca article ini mengenai blogger..[sile klik saya]

“Ketahuilah bahawa, dengan mengingati ALLAH itu, hati-hati akan menjadi tenang”

Jazakillah...

p/s: terbanyak pula menulis kali nie... nak melepaskan stress sbb bace buku psychiatric nie tak paham2... thanx a lot to study group member yg memahamkan saya utk beberapa disease psychi yang saya tak paham2 sejak minggu lepas..huhu...continue study....=)
p/s2: sempena rejab nie marilah kita meningkatkan amalan kita supaya menjadi latihan utk menghadapi bulan Ramadhan yang dirindui...
 

0 comments:

Post a Comment