Pages

Saturday, June 18, 2011

~rehab~

Salam Alayk...

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA  ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Alhamdulillah... Bila membaca tulisan tersebut, terubat sedikit hati yang gundah-gulana dan kacau-bilau sejak akhir-akhir ni. Maaf, mungkin tulisan saya yang lepas agak emosional sebab hati ini memang dipengaruhi oleh emosi...huhu... 
Alhamdulillah... Malam jumaat hari tu juga saya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh naqibah saya mengenai kasih sayang... Bahawasanya rahmat Allah yang diperturunkan di bumi ini hanyalah sedikit iaitu hanya 1% sahaja dan 99% lagi Allah akan kurniakan sewaktu di akhirat...
Terasa lemah diri ini dengan ujian yang baru ditimpa hanya sedikit. Mujurlah saya masih mempunyai keluarga, sahabat dan kakak-kakak senior yang memberi sokongan. Yang penting adalah defend mechanism kita untuk menerima teguran atau amarah guru-guru kita secara positif atau pun negatif. InsyaAllah, saya akan lebih menumpukan ke arah positif kerana bila kita positif, semua perkara positif akan berada bersama-sama dengan kita...
Jumaat yang mulia...
Semalam sememangnya hari yang menggembirakan saya dan rakan-rakan SSM (special study module) kerana kami dapat bertemu supervisor kami untuk kajian SSM untuk tahun 4 dan tahun 5. Untuk tahun ini, saya dan sahabat-sahabat yang berada di tahun 4 wajib melaksanakan kajian penyelidikan which is it one of requirement for us before we graduate. Kumpulan saya mendapat supervisor klinikal daripada department of psychiatry. Mula-mula tu saya rasa very bad because terpaksa bergelumang dengan pesakit psychiatry. Tapi bila doktor tersebut cakap yang beliau adalah specialist psychiatric kanak-kanak, saya sudah merasa lega. Beliau pun mencadangkan kepada kami untuk focus our research toward psychiatric problem in peadiatric... Seronok sangat saya bila dengar cadangan doktor tu.. hehe..Saya sememangnya menyukai kanak-kanak.. They are so adorable and innocent..huhu... 
Sabtu yang ceria...
Pagi-pagi lagi, saya dan sahabat saya, shiqin, bersemangat untuk menghadiri program anjuran MPP UKM iaitu Bengkel Kemahiran Photoshop. Mulanya tak plan pun nak pergi, tapi bila seorang sahabat saya menyatakan saya perlu pergi atas sebab-sebab tertentu, saya pun mendaftarkan diri. Mula-mula tu saya bersemangat mengikuti semua cara-cara yang diajar oleh penceramah mengenai bagaimana menggunakan perisian adobe photoshop, tapi lama-kelamaan saya rasa saya semakin tak faham dan blur sepanjang bengkel tersebut. Untuk pengetahuan, kami kesemua peserta dikehendaki membawa laptop masing-masing untuk membuat latihan terus semasa sesi pengajaran. Bila semakin tak faham, saya pun meng'online'lah. Tapi selepas tu saya minta sahabat saya untuk ajar sikit-sikit apa yang saya tak paham. Memang saya tidak dilahirkan untuk cekap menggunakan teknologi multimedia ni, makanya saya pun rasa putus asa nak belajar. Mungkin sebab terlalu penat kot. huhu..entahlah... Tapi ia perkara yang sangat menarik yang perlu dipelajari dan 'by hook or by crook'  saya kena mahir juga untuk menggunakan perisian tersebut...Yang penting focus dan try all the adobe toolbars yang ada untuk lebih mahir..
kami yang mengikuti bengkel photoshop

Petangnya pula, ada sesi grafik pula bersama penceramah daripada pusat grafik PPUKM tetapi saya dan sahabat saya tidak dapat menghadiri bengkel kedua tersebut kerana kami ada program di luar iaitu bacaan Yassin dan juga ceramah mengenai Isteri Taat dan Solehah Penghias Dunia. Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr Roohaida Othman, ketua wanita IKRAM Selangor. Ceramah tersebut diadakan di rumah makcik naqibah kami sahaja. Walaupun talk tersebut berkisarkan mengenai wanita yang sudah bergelar isteri, namun ia tetap memberi manfaat buat kami untuk persediaan kami dalam berumah tangga suatu hari nanti. Selain itu, beliau juga mengupaskan bagaimana untuk membaiki diri supaya menjadi seorang wanita pembangun ummah. Pengisiannya lebih kepada kita perlu ada iman yang sejahtera, ilmu yang bermanfaat dan amal yang berterusan diamalkan kerana amal tanpa ilmu ibarat pohon yang tidak berbuah.
Tersentuh dengan kupasan beliau mengenai 3 syarat untuk merasai kelazatan iman iaitu..
1) jika ia mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi kasihnya kepada yang lain
2) jika mencintai seseorang tidaklah ia cintai melainkan Allah
3) jika ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka
Beliau juga mengupas cara-cara wanita masa kini untuk memiliki jati diri wanita yang beriman iaitu dengan cara kita mencontohi Asiyah iaitu isteri Firaun dan juga kisah Maryam, ibu Nabi Isa. Keperibadian dan jati diri mereka sangat teguh dalam menangani ujian Allah dalam pelbagai bentuk. Contohnya, Asiyah diuji dengan kecintaan beliau pada Allah atau pun ketaatan beliau pada suami yang sangat zalim dan sejahat-jahat manusia. 
Sebenarnya, tujuan utama diadakan talk tersebut adalah untuk menerangkan pada wanita-wanita yang sudah dan akan bersuami, bahawa ketaatan kepada suami bukanlah ketaatan yang membuta tuli.  Beliau juga kurang bersetuju dengan penubuhan Persatuan Taat Suami yang baru-baru ini dilancarkan. Mungkin presiden persatuan tersebut mempunyai masalah sedikit dengan tuntutan dan suruhan Allah dalam berumah tangga. Wallahua'lam.. Saya pun tak tau sangat sebab saya belum lagi melalui fasa tersebut lagi. 
.......
InsyaAllah, banyak perkara yang berlaku 2-3 hari ini memulihkan semangat saya yang hampir luntur. Yang penting sentiasa berfikiran positif dan tarbiyyah diri tidak diabaikan walau sesibuk mana sekalipun. Bila mendengar statistik pesakit psychiatric ramai dikalangan golongan professional terutamanya doktor, rasa risau pula. Yang penting, bak kata makcik naqibah kami banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan di dunia ini. Wallahua'lam...
Jazakillah...
p/s: tibe2 terjumpa stress management kit yang saya buat semasa 1st year. name kit tersebut ialah "My Cute Kit".. Ianya berbentuk seperti key-chain.. kat belakangnya saya tulis all management yang saya perlu lakukan bila saya stress... nantilah saya cerita kalau ada masa dan minat untuk bercerita mengenainya...^.^

0 comments:

Post a Comment