Pages

Monday, January 31, 2011

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
~opick~





Sunday, January 30, 2011

Rumahtangga dakwah dan generasi pewaris



Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah.

Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara.

Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi.

Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya.

Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama- sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah.

Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa kedua dalam amal Islami.

Artikel ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dakwah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak-anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini marilah kita memahami pengertian rumahtangga atau keluarga muslim.

Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukkan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam.

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslimini iaitu :

1. Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga, mengamal apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

2. Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh. Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21;

"Dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah ar-Rum :21

Al-Qurtubi telah mencatatkan komentar Ibn Abbas RA mengenai mawaddah,yang dijelaskan bererti "cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah pula bermaksud "rahmahnya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan". Dan di sini dapatlah kita simpulkan bahawa pembentukkan rumahtangga muslim itu di asakan di atas mawaddah dan rahmah.

Suasana rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan jiwa dan ruh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang paling tepat selain rumahtangga Rasullullah SAW yang dibina bersama-sama dengan Sayidatina Khadijah RA terutama sekali pada ketika menghadai cabaran-cabaran dan pengalaman-pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan yang tidak ada sebarang keraguan daripada si isteri.

Anak-anak yang dibentuk di dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram kasih sayang serta jauh dari kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.

3.Mewujudkan Sunnah Rasullullah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehinggakan umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita.

4.Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak ketidak seimbangan atau ketandusan cinta kasih ini menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku.

Di dalam persoalan perkahwinan dan seterusnya pembentukkan rumahtangga muslim ini Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untk mendapatkan anak-anak yang soleh.

Walaupun ini adalah satu tujuan utama, atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, juga matlamat perkahwinan dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syarie, tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya.

Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta perlaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan rumahtangga dakwah ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran subur untuk mendidik anak- anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perjanjian zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan dakwah dan jihad.

"Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku (pewaris) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia Ya Tuhanku, seorang yang diredhai " - Surah Maryam : 5 – 6

Kedua-dua ayat di atas meraqamkan hajat dari do'a Nabi Zakaria AS yang berhajat kepada anak untuk mewarisi dan meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.

Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quran ini menunjukkan bahawa seorang daie itu berhajatkan anak seperti manusia lain juga tetapi hajat ini lebih mulia kerana ia berhajat supaya anaknya mewarisi dakwah dan jihadnya.

Aspek ini adalah penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan memerlukan masa yang panjang dan dengan adanya pewaris yang akan meneruskan perjuangan dapatlah di pastikan, Insya Allah bahawa perjuangan ini tidak akan mati di pertengahan jalan.

Tawazun Dalam Rumahtangga

Berumahtangga juga bagi seorang daie adalah bertujuan untuk melaksanakan ubudiyah dan bukan untuk menghalangnya. Adalah disedari bahawa terdapat banyak ujian dan fitnah yang terdapat dalam rumahtanggga.

Salah satu daripada ciri penting rumahtangga dakwah adalah keseimbangan atau tawazun. Keseimbangan ini adalah:

a.Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

b.Diantara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

c.Diantara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Para du'at (daie-daie) perlu melalui dengan bersungguh-sungguh untuk menatijahkan keseimbangan ini kerana ramai para du'at yang gugur di perjalanan dakwah kerana kegagalan mereka melahirkan keseimbangan ini dan kegagalan mereka mendidik isteri dan anak-anak untuk menerima serta melaksanakan keseimbangan ini.

Rumahtangga Dakwah Adalah Yang Terlaksananya Tarbiyah Kepada Anggotanya

Salah satu ciri terpenting dalam rumahtangga daie yang membezakannya terus dari yang selainnya adalah terlaksananya tarbiyah Islam yang sebenarnya di dalam rumahtangga tersebut.

Adalah menjadi suatu yang dituntut agar para duat memberikan sepenuh perhatian yang serius dalan hal ini.

Anggota keluarga yang tidak mendapat tarbiyah yang sebaiknya atau lebih parah lagi yang terabai terus tarbiyah mereka bukan sahaja tidak akan mempu untuk menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin akan mencacatkan dan menjadi penghalang perjalanannya.

Pentarbiyahan anggota keluarga di mulakan dengan pentarbiyahan isteri, yang telah terlebih dahulu di pilih di atas dasar keimanan dan keIslamannya.

Pentarbiyahan isteri ini sangat penting kerana pentarbiyahan anak seterusnya akan dilaksanakan bersama dan pada dasarnya para isterilah yang akan memainkan peranan yang paling besar.

Selain daripada memikirkan kurikulum yang berkesan untuk mentarbiyah anak yang merangkumi bahan bahan dan metodologi yang sesuai, satu aspek lagi yang sangat penting adalah sahsiah Islamiyah dan perlakuan ibubapa.

Pakar pakar pendidikan barat juga menyedari hakikat qudwah dan menyebutkannya sebagai 'the hidden curriculum' atau kurikulum yang tersembunyi.

Pembinaan sahsiah yang dibina di atas dasar keimanan yang teguh sahaja dapat membuahkan sahsiah contoh yang menjadi kurikulum praktikal bagi pertumbuhan jiwa dan perlakuan anak.


Sumber:link


p/s:blogwalking dan terjumpa website nie... supaya bermanfaat buat diri, keluarga, sahabat dan para pembaca...semoga kita mampu membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.... 


p/s2: xsabar nak balek ipoh... doakan saya selamat dlm perjalanan balek ke kg halaman...

Saturday, January 29, 2011

di antara masa lepas & hari ini

Salam Alayk...

Alhamdulillah.. Hari ini Allah memberi kesempatan kepada saya dan kakak-kakak senior medic 4th year untuk menghadiri daurah 'bainal ams wal yaum' yang bertempat di UIAM Gombak... Pertama kali saya diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke UIAM.. Thanks kak mas dan kak izanis sebab ajak saya join program nie...

Terlalu banyak input-input yang bermanfaat diperolehi... Walaupun kami hanya sempat berada di majlis tersebut untuk separuh hari sahaja tetapi ilmu2 yang kami perolehi cukup banyak. Terasa tidak mampu untuk saya mengaplikasikan untuk kehidupan sehari-harian.

Majlis tersebut dimulakan dengan tadabbur surah Al-Furqan ayat 63-77. Ianya menceritakan tentang ciri-ciri Habiburrahman (sifat2 hamba yang Maha Penyayang). Lebih menekankan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang daie'. Sungguh berat sebenarnya hendak menggalas tugas untuk menjadi seorang daie' yang bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah) bahkan juga hubungan dengan manusia (hablumminnas).. Selain itu, sesuatu perkara yang kita ketahui perlulah difahami dan diyakini. Barulah kita mampu mengamalkan dan diteladani oleh masyarakat.. InsyaAllah...

Selepas itu, program diteruskan dengan slot akhbar islami.. Antara slot yang paling saya sukai. Kagum dengan cara penyampaian kakak UIA kerana mampu meniupkan semangat jihad dalam diri kami. Slot ini banyak membincangkan mengenai kebangkitan anak muda terutamanya di Tunisia dan Mesir. Saya terfikir, bilalah diri ini mampu untuk bangkit memperjuangkan hak-hak umat Islam yang memang sedar sering ditindas dan dizalimi oleh kerajaan sendiri. Diri ini percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti dunia ini akan ditawan ditadbir semula oleh pejuang Islam seperti zaman para sahabat dan tabi'in.. Sangat kesal dengan keadaan negara sendiri yang kondisinya lebih kurang sama dihadapi oleh negara tunisia. Dan yang terbaru, kerajaan mahu menyekat kebebasan rakyat bersuara melalui media internet. Perkara ini sangat mendukacitakan kerana hak-hak rakyat akan semakin ditindas jika semua saluran media disekat. Perlu ke media internet dikekang demi mengelakkan hasutan atau rusuhan berlaku dikalangan rakyat. Bagi saya, kalau kerajaan faham dan melaksanakan amanah yang Allah berikan untuk mentadbir negara ini dengan sebaik tidak ada sesiapa pun yang akan membuat pemberontakan. Yang menghairankan mengapa demonstrasi untuk membantah kezaliman ini sering disekat dengan gas2 pemedih mata tetapi kalau konsert2 yang melalaikan dan menyebabkan kemaksiatan berleluasa tidak disekat??? Syahdu dengan fenomena yang berlaku disekeliling....
>>>bacaan lanjut...  tekan sini juga...

Untuk slot ketiga, kami dibahagi-bahagikan 3 orang untuk satu kumpulan bagi membincangkan metode2 berdakwah. Actually, sesi ini lebih kepada sesi bedah buku '1001 cara berdakwah' karya Abdullah Ahmad al-'Allaf. Kali ini sesi lebih interektif dimana setiap group diberi tugasan untuk mengeluarkan point-point yang terdapat dalam buku tersebut. Setiap group dikehendaki membentangkan cara-cara berdakwah dari pelbagai sudut dimana setiap sudut itu dikupas oleh penulis dalam bab yang berlainan. Antara yang dibincangkan adalah cara berdakwah dikalangan pelajar, ahli lembaga, wanita, di masjid/surau, di rumah, sekolah dan juga cara berdakwah menggunakan internet. Sangat interesting cara-cara yang boleh digunakan oleh seorang daie' untuk menarik madu' supaya melakukan amar makruf nahi mungkar... wallahuallah...


>>>untuk bacaan lanjut mengenai daurah ini sile ke link K-PPUKM


Semoga syiar Islam akan terus berkembang dan kegemilangan Islam dapat digapai semula. Ayuh pemuda-pemudi kita bergerak... Takbir! Allahuakbar!


p/s: bersemangat untuk terus bermujahadah disamping meningkatkan ilmu untuk terus melakukan amar makruf nahi mungkar... semoga apa yang ditulis dapat mentarbiyahkan diri sendiri, keluarga, sahabat2 dan para pembaca yang terbaca blog saya ini... Jazakillah....

Friday, January 21, 2011

~broken heart~

hati
mengapa perlu kau sakit
ini adalah ujian 
dugaan Allah datang dalam pelbagai cara
janganlah engkau bersedih
janganlah engkau bermuram durja
oh hati 
kuatlah dikau
ini baru sedikit
ingatkah kau akan kisah  para anbia
yang diduga dengan pelbagai cabaran
siapalah diri ini 
hendak dibandingkan dengan mereka
yang lebih diuji dan teruji
ya aku bukan siapa-siapa
bertahanlah
Ya Allah
Kau kuatkanlah hati ini
ikhlaskan hati ini
untuk terus istiqamah di jalan-MU
kerna pada-Mu sajalah 
aku berserah dan memohon petunjuk


Teringat Firman Allah:
"Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
Surah Al-Ra'd : 28

p/s: emotional pula ari nie...huhuhu... bila menghayati bait2 lirik lagu InsyaAllah-maher zain dan make me strong-sami yusuf menambah rase semangat untuk terus berharap kapada yang Maha Esa... Ya Rahman Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan hati hamba-Mu ini...

Sunday, January 02, 2011

~teruji~

Salam Alayk...


Terasa nak post something kat blog sebab saya tidak boleh nak melelapkan mata nie...insomia.. Actually, petang tadi sudah puas tidur ditambah pula saya dapat call yang mengejut berkaitan dengan mama saya...


Adik saya call petang tadi masa maghrib beritahu mengenai mama kena admit kat hospital ipoh.. Terkejut dan palpitation saya dibuatnya.. Adik cerita mama masuk ward sebab high blood pressure...249 systolic.. Risau diri ini dibuatnya..Bila sudah risau tu saya pun termarah kat adik sebab bagi tau lambat sebab mama dah admit sejak pagi tadi... I hate to be the last person that knowing my own family member's problem... Selepas tu saya call abah but abah pun tidak tau nak descibe macam mana keadaan mama sebab waktu tu abah tengah kerja dan yang bawa mama ke hospital pula adik lelaki saya... Bila try call my brother tidak dapat pula..bertambah risau... 


Around pukul 8.30 mlm, adik saya call balik then cakap mama dah boleh balik rumah..Alhamdulillah.. Sempat berbual dengan mama tadi...As usual my lacrimal gland will stimute maka saya pun menangis teresak-esak lah sepanjang berbicara dengan mama...Mama macam biasa still try to comfort me and hide her illness daripada memberitahu saya. Memang saya akan sit exam shortcase selasa nie but don't treat me like this.. Saya pun anak mama yang still concern about your health... Being the last person that knowing your condition was very hurt...Rasa dihiris sembilu hati ini apabila lambat mengetahui mengenai dirimu not very well, mama.. Bagai tiada gunanya saya belajar medicine but cannot to apply to my own family...


Hati ini rasa nak balik ipoh malam ni jugak.. wanna to know my mothers' condition... Tetapi bila memikirkan saya ada seminggu lagi O&G posting, disabarkan jua hati ini.. Tambahan pula esok ada student grand ward round dan exam shortcase hari selasa nie... Sabar dan tenanglah hati.. So, saya plan nak balik ipoh hari khamis nie sebab hari rabu ada klinik dengan supervisor which need to attend to present 2 case and submit log book.. That time saya nak terus minta MC untuk tidak attend any class for thursday and friday... Actually I really home sick currently, not back home for 2 months... Wanna to back home as early as I can..


InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk exam and presentation kali ini.. Want to end this posting dengan melakukan yang terbaik. 


Terima kasih kepada sahabat2 yang concern and give support masa hati ini dalam kedukaan. Doakan supaya kesihatan mama saya cepat baik dan saya dapat melakukan shortcase dengan baik.. Doa dan perhatian kalian sangat saya hargai...


Tiba2 teringat firman Allah,


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya..." 
Al-Baqarah: 286


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami (Allah) telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta." 
Al-Ankabut: 2-3


La tahzan.. Moga segala-galanya berada dalam keadaan baik dan terkawal di bawah peliharaan Allah.. InsyaAllah.. Amin...


Jazakillah....

p/s: still tearing... my lacraminal gland cannot stop to secrete tears...  mata pun dah bengkak sikit... moga orang tidak perasan..huhuhu... =(

Tuesday, December 28, 2010

perjuangan...


Salam Alayk..

Berada dihujung-hujung posting ni ramai yang tengah sibuk...Yelah, kalau posting internal madicine, tengah buat sibuk dengan observe long case, pastu diikuti pula short case...Kalau JKM pulak, sekarang ni diorang tengah kalut menyiapkan semua presentation dan report2 yang sangat banyak...Kalau surgery pulak pon sibuk dengan long case..dan O&G pun sekarang tengah sibuk exam short case...Hmm....

Ya, sekarang saya tengah kalut practice mempalpate perut pesakit tidak kiralah pesakit gynae or obs...Alhamdullillah, sekarang ramai pesakit yang mempunyai finding yang best2... Bukan gembira melihat dan membuat physical examination but from that saya belajar banyak benda berkaitan dengan  pesakit.. daripada sympton and sign sampailah how we manage them..Hmmm...

Seronok juga berada di minggu-minggu exam ni sebab masa ni lah saya akan belajar dengan tekunnya dan grab sebanyak2 nyer ilmu yang saya tak paham2 sepanjang 6 minggu yang lepas.. Special thanks to senior2 dan sahabat2  yang bagi  tunjuk ajar selama nie.. Tanpa anda semua siapalah diri ini...sob..sob..sob..

Sedar tak sedar dah nak habis posting nie...Teringat masa first week posting O&G...Menangis2 masa call abah dengan mama sebab terlalu tertekan dengan kesibukan dan kesukaran semasa menempuh posting nie.. Hahaha... Terima kasih juga kepada sahabat2 sebab banyak bagi support sepanjang saya dalam posting nie..terharu seh..

Tak sabar nak menghabiskan posting nie...InsyaAllah saya dan sahabat2 seperjuangan dapat melakukan yang terbaik untuk posting ini. Buat sahabat yang sudah habis shortcase boleh lah bergembira but disamping itu banyakkan tawakal..Buat sahabat2 yang masih belum shortcase, sama-samalah kita berusaha sedaya yang mungkin supaya kita boleh buat yang terbaik untuk shortcase O&G nie.. Berdebar juga nak ambil exam kali nie..4 Januari 2011...sebulan before my birthday..Hmmm...Harap2 saya dan sahabat2 yang belum menduduki exam shortcase boleh buat dengan jayanya...

"Ya Allah, ini sahaja yang termampu kami lakukan. Selebihnya, kami berserah dan bertawakal kepadaMu. Ya Tuhan, Kau permudahkanlah kami supaya kami menghadapi peperiksaan dengan tenang dan sabar.  Ingatkanlah apa yang kami lupa dan lancarkanlah lidah dan lisan kami supaya kami mampu menjawab soalan pemeriksa dengan mudah. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati pemeriksa2..PadaMu sahajalah kami memohon dan berserah selepas semua usaha kami lakukan. Kau berkatilah segala urusan hamba2Mu ini. Amin Ya Rabbal'alamin"

Dedikasi lagu ini buat semua sahabat2 yang bakal menghadapi peperiksaan...

Selamat Berjuang 
~brothers~

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) lalu mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” 
(Al-Ankabut, ayat 2-3)

Jazakillah...

p/s: mencari mood untuk study for shortcase next week...Doakan saya ye...chayok!!!
p/s2: tengah practice buat muka comey untuk approach patient..hahaha..^ ^

Friday, December 24, 2010

ceritera tentang cinta


Salam Alayk..


Pantun orang Melayu zaman dahulu:


Nasi lemak buah bidara
daun selasih saya lurutkan
buang emak buang saudarak
erana kasih saya turutkan


Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya sorongkan
kalau sungguh bagai dikata
jiwa dan raga saya serahkan


Orang muda kita pula berkata:


‘cinta itu buta’
‘cinta tak boleh dijual beli’
‘cinta medic’
‘sms On Cinta’
‘engkau bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu’
‘dua hati jadi satu bila kita bertemu’
‘bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu’
‘aku memang pencinta wanita tapi ku bukan buaya’


gila-gila cinta
harganya mahal
nak beli tidak daya
tapi ia datang percuma
dengan sepenuh jiwa dan raga
meredah, melanggar sesiapa sahaja yang menghalangnya
kerana ia tidak bermata
emak sendiri pun sanggup dibuang demi kesetiaan pada si dia
mata sepet tidak mengapa
hidung kembang alangkah lawanya
sudah bersatu dunia kitasusah senang kita berdua
dunia akhirat kita bersama



wah …. wah …. wah

Datang zaman kebangkitan Islam. Arus dakwah terkena kepada sesiapa sahaja samada orang ini memang nak berdakwah atau orang ini adalah sasaran dakwah. Berubah nilai dan neraca. Yang dahulunya jahiliah bertukar jadi Islamik dengan sedikit ‘dakwahisasi’. Orang muda sekarang cerdik sungguh…. Pandai ‘adjust-adjust’. Pandai ‘modify’. Mereka ni mungkin tak pernah lagi berjaya mengislamkan orang bukan Islam,tapi mengislamkan unsur-unsur jahiliah ni cekap bukan main. Bukankah Adam dulu juga bercinta dengan Hawa? Bukankah Nabi Sulaiman juga bercinta dengan Ratu Balqis? Bukankah qudwah cinta sejati itu pada Ali dan Fatimah? Ni semua akibat baca silibus usrah tak betullah ni.

Lalu da’ie zaman moden pun bercintalah juga. Tapi mereka bercinta tidak sama macam orang lain tahu. Sempadannya batasan syarak. Main-main perasaan sahaja, tidak lebih dari itu. Takut Allah murka, tak berkat dakwah nanti.

kau tahu ku mencintaimuku tahu kau mencintaiku ooohhhh kasih bersabarlah sayang saat indah kan menjelma jua

tapi …….

‘sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’

Temu janji bukan di panggung wayang. Bukan kat Dataran Merdeka. Bukan kat Hard Rock Cafe. Ni da’ie ni ….. Tempat-tempat lagho macam tu tak mainlah ….

alangkah riangnya hatiku luahan rasaku mendapat perhatianku terima balasan darimu kau jua menyimpan perasaan warkahmu memberi kepastian agar kejayaan menentu pertemuan setiap kali di akhir katamukau selalu tulis SEE YOU DI ICV …eeh silap IPT (sorry orang Victoria)

Mereka ada fikrah Islamiah …. fikrah asolah lagi. Sebab tu bila bercinta mereka ni setia dan sanggup berkorban segala-galanya. Maklumlah … cinta mereka ni lahir dari tasawwur yang jelas dan fikrah Islamiah yang tulen.

cinta itu cahaya sanubarikurniaan Tuhan fitrah insanidan di mana terciptanya cintadi situ rindu bermula cinta itu tidak pernah memintatetapi memberi sepenuh relarasa bahagia biar pun sengsara berkorban segala-gala

Samar …. Buka Lampu Sikit

Sikit membebel ni bukan kerana apa. Kerana sayang dan harapan yang kami berikan kepada pendakwah-pendakwah muda. Harap-harap jangan tertipu dengan perkara-perkara seumpama ini.

Cinta sememangnya fitrah manusia. Jalan terbaik untuk menyalurkan fitrah adalah pada perkahwinan. Penegasan diberikan oleh Rasulullah s.a.w.: “Tetapi aku berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku.”

Jaga pandangan mata. Jaga pergaulan. Kita ada batas pergaulan kita sendiri.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.” Sabdanya lagi: “Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie. Jangan suka sangat chating dengan orang yang kita sendiri pun sebenarnya tak tahu mana datangnya. Buang masa satu hal. Letih melayan perasaan satu hal lagi. Letih nak ‘mengayat’ satu hal lagi.

Jangan juga ambil kesempatan untuk buat ‘marketing’ dalam aktiviti-aktiviti bersama lelaki perempuan. Kalau aktiviti sesama lelaki, pakai kain pelekat dengan t-shirt pun tak pe. Busuk sikit, tu bukti kita kuat buat dakwah sampai tak sempat nak mandi. Kalau aktiviti bersama, siap mandi dan sental seluruh badan. Seterika baju, pilih baju, pakai stokin, kiwi kasut, pakai gel rambut dan pastikan ‘gaya thiqah’.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.”
Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’.

Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu? Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat.

Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama. Macam pelik je bunyinya tu.

Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Memanglah pendakwah muda ni kalau tulis email dan berchating, dia tak tulis macam orang lain. Jiwang-jiwang tak mainlah. Mereka ni baca kitab Muntalaq. Kami adalah anak-anak singa dan bukannya kijang yang jinak. Amboiii. Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain. Turut menasihati diri sendiri supaya tidak terjerumus dalam cinta yang palsu...Wallahualam...


p/s: cinta hakiki adalah cinta Illahi...
p/s 2: sharing daripada blog orang semasa bersiar2 di blog sahabat...sila tekan link sebelah >>link<<

"Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangmu, dan kasih orang yang mencintaiMu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk."