Pages

Thursday, March 31, 2011

~tawakkal~

Salam Alayk....

Agak lame juga ya saya tidak meng-update blog nie. Haha.. busy sikit sebab sekarang nie baru je habis paper teori surgeri dan O&G (obstretrik & gynaekologi) dan osce O&G. Dasyat juga penangan exam kali nie. Menguji emosi je sebenarnya. Kalau call abah dengan mama mesti diorang gelak sebab setiap kali nak exam mesti cakap ayat yang sama.." Doakan angah ye abah, mama.. Exam kali susah gile.." sampai rase syahdu2 sikit ayat tu. Haha..stereotype..

Alhamdulillah... tawakkal sahajalah yang mampu dilakukan sekarang. Mendoakan semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita. Betul cakap kakak2 senoir yang tawakkal kita ini akan menjadi 100% apabila kita diuji dengan kesusahan yang mana hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung segala harapan kita.

Kisah makcik penjual tempe

Kisah nie diceritakan oleh kakak senior saya sebelum kami menduduki peperiksaan final baru2 nie. Cerita yang sangat menyentuh hati dan banyak ibrah yang boleh diambil melaluinya.

        < Ada seorang makcik tua nie. Kerjanya setiap hari membuat tempe dan lepas tempe beliau masak beliau akan menjualnya di pasar. Daripada penjualan tempe pada hari tersebut sahajalah beliau bergantung untuk membeli makanan. Kiranya macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tiada jualan tempe pada hari tersebut, maka makcik tersebut tiada wang untuk membeli makanan untuk hari tersebut. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari makcik nie buatlah tempe macam biasa. Tiba-tiba, tempe-tempe beliau pada hari tersebut tidak masak lagi seperti hari-hari yang lain. Makcik ini berasa sedikit dukacita tetapi beliau tidak berputus asa lagi. Beliau berdoa kepada Allah semoga selepas beliau habis solat subuh, tempe-tempe beliau sempat masak. Namun, apabila beliau lihat semula tempe-tempe tersebut, tempe tu tidak masak lagi. Makcik tersebut terus berdoa supaya apabila dalam perjalanan beliau hendak ke pasar untuk menjual, tempe-tempe beliau akan masak.
       Apabila sampai di pasar, makcik tersebut check semula tempe-tempe beliau. Tapi tempe-tempe tersebut tetap tak masak lagi. Beliau masih tidak berputus-asa. Dia menadah tangan dan memohon kepada Allah supaya tempe-tempe beliau akan masak jua sebelum petang. Apabila hari menjengah petang, ramai peniaga-peniaga sudah mula menutup gerai mereka dan bersiap-sedia untuk pulang setelah jualan mereka habis pada hari tersebut. Namun makcik penjual tempe ini masih lagi belum berganjak dari tempat jualannya dan masih berharap tempe-tempenya akan masak juga.
          Namun apabila beliau melihat semula tempe-tempe beliau, tetap tak masak lagi. Beliau berasa sedikit kecewa tetapi beliau tetap tidak berputus-asa berdoa. Cuma kali ini doa beliau berbeza sedikit daripada yang sebelumnya. Beliau berdoa.. "Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Dengan itu ya Allah.. Kau kurniakanlah apa-apa yang terbaik buat hambaMu ini untuk hari ini." 
         Selepas beberapa minit, tiba-tiba datanglah seorang wanita muda dan bertanya "Makcik ada jual tempe ke?" "Ya nak, tapi tempe makcik hari ini tak masak lagi. Selalunya, orang tak beli tempe yang tak masak." jawab makcik tersebut. Tiba-tiba wanita muda itu menjawab dengan gembiranya " Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga orang yang menjual tempe yang tak masak. Sebenarnya dah lama saya mencari tempe yang tak masak tapi tak jumpa sebab kebanyakkannya semua dah masak yang mereka jual. Tempe ini pun sebenarnya untuk anak saya yang tinggal kat oversea sana. Dia teringin sangat nak makan tempe tapi tak ada kat sana. Saya kesian sangat, tu yang saya bersusah-payah mencari orang yang menjual tempe yang tak masak. Harapnya bila dah sampai kat tangan dia masa saya pos nanti masaklah tempe-tempe tu." 
         Maka tersentak makcik penjual tempe itu mendengar cerita wanita muda tersebut dan beliau berasa sangat terharu dengan rezeki Allah yang datang tidak disangka-sangka. Wanita muda itu pun memborong semua tempe-tempe yang tak masak lagi itu daripada makcik penjual tempe tersebut. Akhirnya habis juga jualan makcik penjual tempe itu menjual tempe-tempenya walaupun tempe tu tidak masak lagi. >

So, apakah ibrah (pengajaran) yang kita boleh dapat dalam cerita ini? Hmm..

  1. Janganlah kita cepat berputus-asa dengan rahmat Allah sebab Allah itu maha mengetahui dan Dia tidak membiarkan hambaNya yang berusaha.
  2. Janganlah kita putus-putus untuk terus berdoa dan bertawakal kepada Allah.
  3. cara kita berdoa juga kena betul. Kita sepatutnya mendoakan supaya Allah mengurniakan sesuatu yang terbaik buat diri kita dan bukan menyuruh Allah buat apa yang kita mahukan. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan benda yang lebih baik daripada yang kita mahukan. Contohnya macam makcik tadi, pada mulanya dia sentiasa berdoa supaya Allah memasakkan tempenya sehinggalah petang. Tetapi apabila ramai penjual mula nak balik barulah dia berdoa supaya Allah mengurniakan apa2 yang terbaik untuk rezekinya pada hari tersebut.

 Begitu jugalah halnya kita dengan hal study atau kehidupan kita. Kita sepatutnya memohon supaya Allah mengurniakan segala-gala yang terbaik buat diri kita because He know us better than ourself. Mungkin kita rasa sesuatu perkara itu terbaik buat diri kita tetapi bukan yang terbaik buat Allah dan sesuatu yang kita rasa bukan terbaik buat kita tapi ia perkara yang terbaik yang dikurniakan Allah buat diri kita.
He knows' better...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 
(Al-Baqarah : 216)

Oleh itu marilah kita sama-sama membetulkan niat atau tujuan kita hidup di dunia ini dan juga tujuan kita mempelajari sesuatu. Semoga setiap perkara yang kita lakukan baik study atau dalam kegiatan tarbiyyah/dakwah kita niatkan semuanya kerana Allah. Kita doakan supaya Allah mengurniakan yang terbaik buat diri, keluarga dan sahabat2 kita. Allah tidak pernah akan jemu mendengar suara-suara hamba-hambaNya merintih memohon dan bersujud kepadaNya.

"Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (Al-Baqarah : 286)

Janganlah kita cepat berputus-asa dengan rahmat Allah kerana Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Semoga kita muhasabah kembali bagaimana hubungan kita dengan Allah dan juga dengan manusia. Moga kita akan sentiasa dikurniakan perkara yang terbaik dalam hidup kita. InsyaAllah..

Jazakillah....

p/s: first tyme menulis cerita selepas 4 tahun meninggalkan sekolah. Struktur ayat pun dah bersepah. Harap2 para pembaca memahamilah cerita makcik penjual tempe tu. Cerita nie ader versi video yang disediakan oleh kak mas. Nanti saya try tanye akak tu boleh tak nak upload kat blog... Kalau boleh, insyaAllah saya akan mengaploadkan kat dalam blog saya..hehe.. Semoga apa yang disampaikan memberi kesan buat diri ini, sahabat2 dan pembaca-pembaca sekalian...

p/s 2: feel better sikit selepas membaca dan teringat cerita makcik penjual tempe nie.. stress sedikit selepas exam osce O&G pagi tadi.. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri ini dan sahabat2 dalam peperiksaan final semester kali ini... Chaiyok!! Focus lagi satu jer exam, osce surgery.. Goodluck buat semua sahabat...

Thursday, March 03, 2011

untuk sekian kalinya...

Salam Alayk...

Untuk sekian kalinya saya absent kelas... 
Entahlah....
nie kali kedua saya absent
1st tyme masa teaching Prof Jagen
dua2 mase tyme surgery posting
mengade2 tul badan nie.. 
Agaknye dah fatigue sangat kowt
Hari2 kene datang ward awal2 pagi
Teaching and ward round (yg nie baru jer kene pakse)
dah lame kowt tinggalkan habit pergi ward awal2 pagi
Bila terpaksa rela pergi
tu yang badan merajuk
aduhai
sekarang nie dah kene headache and leg pain
huhuhu
mentang2 ler team vascular
tibe2 lak develop leg pain
sbnrnye dah lame ader sejak O&G lagi
tp ignore jer
sekarang nie rase semakin teruk lak
jgn lar kene varicose vain or ischemic limb
saya nak jadi doktor
kene fit and healthy
maybe dah lame tak pergi jogging kowt
huhuhu
pasnie nak turun pergi jog every evening
regardless saya ader teaching sampai petang 
or nak dekat exam..
fighting!!!

citer laen lak
tibe2 semalam abah call mase time lecture
abah suruh saya balek ipoh minggu nie
sebab nyer buah rambutan kat blakang rumah dah masak
comel betol
ingatkan ader kes urgent ape2 ke suruh balek
hahaha
memang hari tu mase cuti suruh mama simpan sikit 
kalau rambutan dah masak
sorry mama and abah
angah tak boleh balek this week
ade program plus nak siapkan CWU
huhuuhu
next week dah kene submit
=(

p/s: ari nie tak der SG... lega ckit.. nak wat CWU smpai siap.. doakan saye yer... Jazakillah

Tuesday, March 01, 2011

antara pilihan atau tuntutan


Buat yang begelar da'ie

Ketahuilah bahawa..

Bahtera dakwah ini sentiasa sarat dengan insan-insan yang rela menumpahkan darah dan air mata,

Bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman mereka yang rindukan syahid di jalanNya,

Hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus belayar walaupun tanpa kita,

Hakikatnya kitalah yang bertuah sekiranya memilih untuk menaikinya,

Mungkin saja kita terasa penat menghadapi perjuangan yang penuh derita,

Mungkin saja kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana-mana,

Namun ketahuilah bahawa bahtera inilah bukti iman kita,

Bahtera ini adalah tanda kepatuhan kepada Pencipta,

Kerana hakikatnya dakwah ini bukan pilihan, bahkan tuntutan.


p/s: sekadar muhasabah buat diri sendiri apabila iman semakin menurun dan kadang kala terasa letih dan lesu dalam bermujahadah...

p/s2: mencari mood utk completekan case write up smbil2 mengup-date blog yg dah sebulan berhabuk coz xder idea nak tulis... fighting utk siapkn cwu...^ ^

Friday, February 04, 2011

special edition....~22~

Salam alayk....


Hari nie rasa nak buat entry yang special sikit buat diri sendiri. Sedar tak sedar sekarang nie umur saya sudah mencecah 22 tahun...Tak sangka masa berlalu dengan sangat pantas.. Terasa sekejap sangat melalui alam kanak-kanak dan alam remaja... Sekarang nie alam kedewasaan pula menjelma... Bila difikirkan semakin banyak dan berat tanggungjawab yang perlu dipikul...


Dan benarlah kata-kata Imam Al-Ghazali berkenaan persoalan hidup di mana suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya,

1) Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

 Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 
(Surah Ali Imran, 185)

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al A'araaf, 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." 
(Surah Al-Ahzaab, 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia  dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Just nak highlight kat sini perkara pertama dan kedua yang diperkatakan... sememangnya masa yang berlalu sangat jauh untuk digapai dan perkara yang paling dekat dengan diri manusia adalah mati... Ya, mati itu pasti.... Semoga semakin bertambah usia, maka semakin bertambah amal ibadah kita kepada Allah kerna bertambahnya usia itu menandakan betapa dekatnya hari kembalinya kita kepada yang Maha Pencipta kita... Semoga enam nasihat Imam Al Ghazali berkenaan dengan persoalan kehidupan ini mampu memberi pedoman buat diri sendiri dan sahabat2 yang terbaca entry saya ini....

Jazakillah....

p/s: terdengar bunyi gegak gempita mercun sebab sekarang nie tengah sambutan tahun baru cina... mama pun cerita masa melahirkan saya tu suasana riuh dengan bunyi mercun sebab CNY... hehehe... sekarang nie waktu tu berulang semula selepas 22 tahun...

p/s 2: terima kaseh kepada all family member terutamanya mama dan kakak [aka chef profesional] for homemade birthday chocolate cake yang sangat sedap tadi... such a sweet n memorable birthday party celebration that I will remember throughout my life... dah lame x celebrate dgn family sendiri...sarangheyo... muaaahh...

Monday, January 31, 2011

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
~opick~





Sunday, January 30, 2011

Rumahtangga dakwah dan generasi pewaris



Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah.

Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara.

Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi.

Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya.

Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama- sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah.

Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa kedua dalam amal Islami.

Artikel ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dakwah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak-anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini marilah kita memahami pengertian rumahtangga atau keluarga muslim.

Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukkan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam.

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslimini iaitu :

1. Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga, mengamal apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

2. Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh. Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21;

"Dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah ar-Rum :21

Al-Qurtubi telah mencatatkan komentar Ibn Abbas RA mengenai mawaddah,yang dijelaskan bererti "cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah pula bermaksud "rahmahnya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan". Dan di sini dapatlah kita simpulkan bahawa pembentukkan rumahtangga muslim itu di asakan di atas mawaddah dan rahmah.

Suasana rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan jiwa dan ruh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang paling tepat selain rumahtangga Rasullullah SAW yang dibina bersama-sama dengan Sayidatina Khadijah RA terutama sekali pada ketika menghadai cabaran-cabaran dan pengalaman-pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan yang tidak ada sebarang keraguan daripada si isteri.

Anak-anak yang dibentuk di dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram kasih sayang serta jauh dari kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.

3.Mewujudkan Sunnah Rasullullah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehinggakan umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita.

4.Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak ketidak seimbangan atau ketandusan cinta kasih ini menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku.

Di dalam persoalan perkahwinan dan seterusnya pembentukkan rumahtangga muslim ini Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untk mendapatkan anak-anak yang soleh.

Walaupun ini adalah satu tujuan utama, atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, juga matlamat perkahwinan dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syarie, tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya.

Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta perlaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan rumahtangga dakwah ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran subur untuk mendidik anak- anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perjanjian zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan dakwah dan jihad.

"Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku (pewaris) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia Ya Tuhanku, seorang yang diredhai " - Surah Maryam : 5 – 6

Kedua-dua ayat di atas meraqamkan hajat dari do'a Nabi Zakaria AS yang berhajat kepada anak untuk mewarisi dan meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.

Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quran ini menunjukkan bahawa seorang daie itu berhajatkan anak seperti manusia lain juga tetapi hajat ini lebih mulia kerana ia berhajat supaya anaknya mewarisi dakwah dan jihadnya.

Aspek ini adalah penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan memerlukan masa yang panjang dan dengan adanya pewaris yang akan meneruskan perjuangan dapatlah di pastikan, Insya Allah bahawa perjuangan ini tidak akan mati di pertengahan jalan.

Tawazun Dalam Rumahtangga

Berumahtangga juga bagi seorang daie adalah bertujuan untuk melaksanakan ubudiyah dan bukan untuk menghalangnya. Adalah disedari bahawa terdapat banyak ujian dan fitnah yang terdapat dalam rumahtanggga.

Salah satu daripada ciri penting rumahtangga dakwah adalah keseimbangan atau tawazun. Keseimbangan ini adalah:

a.Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

b.Diantara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

c.Diantara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Para du'at (daie-daie) perlu melalui dengan bersungguh-sungguh untuk menatijahkan keseimbangan ini kerana ramai para du'at yang gugur di perjalanan dakwah kerana kegagalan mereka melahirkan keseimbangan ini dan kegagalan mereka mendidik isteri dan anak-anak untuk menerima serta melaksanakan keseimbangan ini.

Rumahtangga Dakwah Adalah Yang Terlaksananya Tarbiyah Kepada Anggotanya

Salah satu ciri terpenting dalam rumahtangga daie yang membezakannya terus dari yang selainnya adalah terlaksananya tarbiyah Islam yang sebenarnya di dalam rumahtangga tersebut.

Adalah menjadi suatu yang dituntut agar para duat memberikan sepenuh perhatian yang serius dalan hal ini.

Anggota keluarga yang tidak mendapat tarbiyah yang sebaiknya atau lebih parah lagi yang terabai terus tarbiyah mereka bukan sahaja tidak akan mempu untuk menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin akan mencacatkan dan menjadi penghalang perjalanannya.

Pentarbiyahan anggota keluarga di mulakan dengan pentarbiyahan isteri, yang telah terlebih dahulu di pilih di atas dasar keimanan dan keIslamannya.

Pentarbiyahan isteri ini sangat penting kerana pentarbiyahan anak seterusnya akan dilaksanakan bersama dan pada dasarnya para isterilah yang akan memainkan peranan yang paling besar.

Selain daripada memikirkan kurikulum yang berkesan untuk mentarbiyah anak yang merangkumi bahan bahan dan metodologi yang sesuai, satu aspek lagi yang sangat penting adalah sahsiah Islamiyah dan perlakuan ibubapa.

Pakar pakar pendidikan barat juga menyedari hakikat qudwah dan menyebutkannya sebagai 'the hidden curriculum' atau kurikulum yang tersembunyi.

Pembinaan sahsiah yang dibina di atas dasar keimanan yang teguh sahaja dapat membuahkan sahsiah contoh yang menjadi kurikulum praktikal bagi pertumbuhan jiwa dan perlakuan anak.


Sumber:link


p/s:blogwalking dan terjumpa website nie... supaya bermanfaat buat diri, keluarga, sahabat dan para pembaca...semoga kita mampu membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.... 


p/s2: xsabar nak balek ipoh... doakan saya selamat dlm perjalanan balek ke kg halaman...

Saturday, January 29, 2011

di antara masa lepas & hari ini

Salam Alayk...

Alhamdulillah.. Hari ini Allah memberi kesempatan kepada saya dan kakak-kakak senior medic 4th year untuk menghadiri daurah 'bainal ams wal yaum' yang bertempat di UIAM Gombak... Pertama kali saya diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke UIAM.. Thanks kak mas dan kak izanis sebab ajak saya join program nie...

Terlalu banyak input-input yang bermanfaat diperolehi... Walaupun kami hanya sempat berada di majlis tersebut untuk separuh hari sahaja tetapi ilmu2 yang kami perolehi cukup banyak. Terasa tidak mampu untuk saya mengaplikasikan untuk kehidupan sehari-harian.

Majlis tersebut dimulakan dengan tadabbur surah Al-Furqan ayat 63-77. Ianya menceritakan tentang ciri-ciri Habiburrahman (sifat2 hamba yang Maha Penyayang). Lebih menekankan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang daie'. Sungguh berat sebenarnya hendak menggalas tugas untuk menjadi seorang daie' yang bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah (hablumminallah) bahkan juga hubungan dengan manusia (hablumminnas).. Selain itu, sesuatu perkara yang kita ketahui perlulah difahami dan diyakini. Barulah kita mampu mengamalkan dan diteladani oleh masyarakat.. InsyaAllah...

Selepas itu, program diteruskan dengan slot akhbar islami.. Antara slot yang paling saya sukai. Kagum dengan cara penyampaian kakak UIA kerana mampu meniupkan semangat jihad dalam diri kami. Slot ini banyak membincangkan mengenai kebangkitan anak muda terutamanya di Tunisia dan Mesir. Saya terfikir, bilalah diri ini mampu untuk bangkit memperjuangkan hak-hak umat Islam yang memang sedar sering ditindas dan dizalimi oleh kerajaan sendiri. Diri ini percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti dunia ini akan ditawan ditadbir semula oleh pejuang Islam seperti zaman para sahabat dan tabi'in.. Sangat kesal dengan keadaan negara sendiri yang kondisinya lebih kurang sama dihadapi oleh negara tunisia. Dan yang terbaru, kerajaan mahu menyekat kebebasan rakyat bersuara melalui media internet. Perkara ini sangat mendukacitakan kerana hak-hak rakyat akan semakin ditindas jika semua saluran media disekat. Perlu ke media internet dikekang demi mengelakkan hasutan atau rusuhan berlaku dikalangan rakyat. Bagi saya, kalau kerajaan faham dan melaksanakan amanah yang Allah berikan untuk mentadbir negara ini dengan sebaik tidak ada sesiapa pun yang akan membuat pemberontakan. Yang menghairankan mengapa demonstrasi untuk membantah kezaliman ini sering disekat dengan gas2 pemedih mata tetapi kalau konsert2 yang melalaikan dan menyebabkan kemaksiatan berleluasa tidak disekat??? Syahdu dengan fenomena yang berlaku disekeliling....
>>>bacaan lanjut...  tekan sini juga...

Untuk slot ketiga, kami dibahagi-bahagikan 3 orang untuk satu kumpulan bagi membincangkan metode2 berdakwah. Actually, sesi ini lebih kepada sesi bedah buku '1001 cara berdakwah' karya Abdullah Ahmad al-'Allaf. Kali ini sesi lebih interektif dimana setiap group diberi tugasan untuk mengeluarkan point-point yang terdapat dalam buku tersebut. Setiap group dikehendaki membentangkan cara-cara berdakwah dari pelbagai sudut dimana setiap sudut itu dikupas oleh penulis dalam bab yang berlainan. Antara yang dibincangkan adalah cara berdakwah dikalangan pelajar, ahli lembaga, wanita, di masjid/surau, di rumah, sekolah dan juga cara berdakwah menggunakan internet. Sangat interesting cara-cara yang boleh digunakan oleh seorang daie' untuk menarik madu' supaya melakukan amar makruf nahi mungkar... wallahuallah...


>>>untuk bacaan lanjut mengenai daurah ini sile ke link K-PPUKM


Semoga syiar Islam akan terus berkembang dan kegemilangan Islam dapat digapai semula. Ayuh pemuda-pemudi kita bergerak... Takbir! Allahuakbar!


p/s: bersemangat untuk terus bermujahadah disamping meningkatkan ilmu untuk terus melakukan amar makruf nahi mungkar... semoga apa yang ditulis dapat mentarbiyahkan diri sendiri, keluarga, sahabat2 dan para pembaca yang terbaca blog saya ini... Jazakillah....