Pages

Saturday, June 18, 2011

~rehab~

Salam Alayk...

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA  ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
Alhamdulillah... Bila membaca tulisan tersebut, terubat sedikit hati yang gundah-gulana dan kacau-bilau sejak akhir-akhir ni. Maaf, mungkin tulisan saya yang lepas agak emosional sebab hati ini memang dipengaruhi oleh emosi...huhu... 
Alhamdulillah... Malam jumaat hari tu juga saya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh naqibah saya mengenai kasih sayang... Bahawasanya rahmat Allah yang diperturunkan di bumi ini hanyalah sedikit iaitu hanya 1% sahaja dan 99% lagi Allah akan kurniakan sewaktu di akhirat...
Terasa lemah diri ini dengan ujian yang baru ditimpa hanya sedikit. Mujurlah saya masih mempunyai keluarga, sahabat dan kakak-kakak senior yang memberi sokongan. Yang penting adalah defend mechanism kita untuk menerima teguran atau amarah guru-guru kita secara positif atau pun negatif. InsyaAllah, saya akan lebih menumpukan ke arah positif kerana bila kita positif, semua perkara positif akan berada bersama-sama dengan kita...
Jumaat yang mulia...
Semalam sememangnya hari yang menggembirakan saya dan rakan-rakan SSM (special study module) kerana kami dapat bertemu supervisor kami untuk kajian SSM untuk tahun 4 dan tahun 5. Untuk tahun ini, saya dan sahabat-sahabat yang berada di tahun 4 wajib melaksanakan kajian penyelidikan which is it one of requirement for us before we graduate. Kumpulan saya mendapat supervisor klinikal daripada department of psychiatry. Mula-mula tu saya rasa very bad because terpaksa bergelumang dengan pesakit psychiatry. Tapi bila doktor tersebut cakap yang beliau adalah specialist psychiatric kanak-kanak, saya sudah merasa lega. Beliau pun mencadangkan kepada kami untuk focus our research toward psychiatric problem in peadiatric... Seronok sangat saya bila dengar cadangan doktor tu.. hehe..Saya sememangnya menyukai kanak-kanak.. They are so adorable and innocent..huhu... 
Sabtu yang ceria...
Pagi-pagi lagi, saya dan sahabat saya, shiqin, bersemangat untuk menghadiri program anjuran MPP UKM iaitu Bengkel Kemahiran Photoshop. Mulanya tak plan pun nak pergi, tapi bila seorang sahabat saya menyatakan saya perlu pergi atas sebab-sebab tertentu, saya pun mendaftarkan diri. Mula-mula tu saya bersemangat mengikuti semua cara-cara yang diajar oleh penceramah mengenai bagaimana menggunakan perisian adobe photoshop, tapi lama-kelamaan saya rasa saya semakin tak faham dan blur sepanjang bengkel tersebut. Untuk pengetahuan, kami kesemua peserta dikehendaki membawa laptop masing-masing untuk membuat latihan terus semasa sesi pengajaran. Bila semakin tak faham, saya pun meng'online'lah. Tapi selepas tu saya minta sahabat saya untuk ajar sikit-sikit apa yang saya tak paham. Memang saya tidak dilahirkan untuk cekap menggunakan teknologi multimedia ni, makanya saya pun rasa putus asa nak belajar. Mungkin sebab terlalu penat kot. huhu..entahlah... Tapi ia perkara yang sangat menarik yang perlu dipelajari dan 'by hook or by crook'  saya kena mahir juga untuk menggunakan perisian tersebut...Yang penting focus dan try all the adobe toolbars yang ada untuk lebih mahir..
kami yang mengikuti bengkel photoshop

Petangnya pula, ada sesi grafik pula bersama penceramah daripada pusat grafik PPUKM tetapi saya dan sahabat saya tidak dapat menghadiri bengkel kedua tersebut kerana kami ada program di luar iaitu bacaan Yassin dan juga ceramah mengenai Isteri Taat dan Solehah Penghias Dunia. Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr Roohaida Othman, ketua wanita IKRAM Selangor. Ceramah tersebut diadakan di rumah makcik naqibah kami sahaja. Walaupun talk tersebut berkisarkan mengenai wanita yang sudah bergelar isteri, namun ia tetap memberi manfaat buat kami untuk persediaan kami dalam berumah tangga suatu hari nanti. Selain itu, beliau juga mengupaskan bagaimana untuk membaiki diri supaya menjadi seorang wanita pembangun ummah. Pengisiannya lebih kepada kita perlu ada iman yang sejahtera, ilmu yang bermanfaat dan amal yang berterusan diamalkan kerana amal tanpa ilmu ibarat pohon yang tidak berbuah.
Tersentuh dengan kupasan beliau mengenai 3 syarat untuk merasai kelazatan iman iaitu..
1) jika ia mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi kasihnya kepada yang lain
2) jika mencintai seseorang tidaklah ia cintai melainkan Allah
3) jika ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka
Beliau juga mengupas cara-cara wanita masa kini untuk memiliki jati diri wanita yang beriman iaitu dengan cara kita mencontohi Asiyah iaitu isteri Firaun dan juga kisah Maryam, ibu Nabi Isa. Keperibadian dan jati diri mereka sangat teguh dalam menangani ujian Allah dalam pelbagai bentuk. Contohnya, Asiyah diuji dengan kecintaan beliau pada Allah atau pun ketaatan beliau pada suami yang sangat zalim dan sejahat-jahat manusia. 
Sebenarnya, tujuan utama diadakan talk tersebut adalah untuk menerangkan pada wanita-wanita yang sudah dan akan bersuami, bahawa ketaatan kepada suami bukanlah ketaatan yang membuta tuli.  Beliau juga kurang bersetuju dengan penubuhan Persatuan Taat Suami yang baru-baru ini dilancarkan. Mungkin presiden persatuan tersebut mempunyai masalah sedikit dengan tuntutan dan suruhan Allah dalam berumah tangga. Wallahua'lam.. Saya pun tak tau sangat sebab saya belum lagi melalui fasa tersebut lagi. 
.......
InsyaAllah, banyak perkara yang berlaku 2-3 hari ini memulihkan semangat saya yang hampir luntur. Yang penting sentiasa berfikiran positif dan tarbiyyah diri tidak diabaikan walau sesibuk mana sekalipun. Bila mendengar statistik pesakit psychiatric ramai dikalangan golongan professional terutamanya doktor, rasa risau pula. Yang penting, bak kata makcik naqibah kami banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan di dunia ini. Wallahua'lam...
Jazakillah...
p/s: tibe2 terjumpa stress management kit yang saya buat semasa 1st year. name kit tersebut ialah "My Cute Kit".. Ianya berbentuk seperti key-chain.. kat belakangnya saya tulis all management yang saya perlu lakukan bila saya stress... nantilah saya cerita kalau ada masa dan minat untuk bercerita mengenainya...^.^

Thursday, June 16, 2011

sukar dilupakan =(

Salam Alayk...

Psychiatric! (beware)

entah kenapalah hari nie..
semua yang saya buat serba tak kena
ingatkan hari ini akan lebih baik daripada hari semalam
rupanya it become worsen and worsen
dan hari ini juga berlaku insiden yang tak boleh dilupakan
i'm tearing in front of my groupmate and also my supervisor...
ingatkan bolehlah tahan air mata nie daripada mengalir
huhuhu....
dier tetap mengalir seperti air pili yg tak tutup ketat
boleh pulak prof H offer tissue kat saya



pelik betul mood hari nie...
mungkin stress yang bertimpa2
nak cope dgn posting yang baru kowt

pelik jugak rase
masa time O&G, saya tak pun menangis depan prof

untuk pengetahuan anda
prof H saya untuk posting kali nie sangat berbeza dengan prof H saya mase waktu posting O&G
yang seorang sangat garang(O&G) dan yang sorang lagi sangat baik(psy)
walaupun nama kedua-dua prof nie sama

alahai....
emo2...
belum jadi Dr lagi dah rasa sangat terbeban
nie boleh leads to major depressive disorder kalau tak cure
huhu

rasa nak balik rumah je hujung minggu nie...
miss my family n also my dear motorbike
rasa nak bawak balik motor tu ke kolej
kalau rasa sedih boleh keluar jalan sorang2
to cure my feeling...

cepatlah habis belajar medic nie...
dah tak tahan rasa macam nie selalu...
huhuhu...

to myself:
lets endure it
it's left only 2 years for u to complete your study
insyaAllah...
ingat, Allah sentiasa bersama-sama kamu walau apa pun yang berlaku
"sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati2 akan menjadi tenang..."

wallahua'alam...

p/s: plez don't tearing for next posting ye... it's very hurt... mata nie pun rasa dah nak bengkak...huhu

Monday, June 13, 2011

Iman seorang...

Salam Alayk...

Seperti yang kita maklum bahwa iman itu sentiasa ada turun naiknya. Ianya sentiasa bergantung pada kuatnya mujahadah kita kepada Allah supaya ia sentiasa terpelihara daripada terus merudum dan tersungkur... Begitu jugalah dalam kerja dakwah dan tarbiyyah yang memerlukan iman yang kuat untuk terus bergerak...

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti program dakwah penggerak yang bertempat di masjid Al-Muttaqin, wangsa melawati. Terima kasih buat Kak Mas yang mengajak saya dan juga sahabat-sahabat untuk menghadirinya walaupun akhirnya hanya saya, kak mas dan kak zatel sahaja yang dapat menghadiri kerna yang lain ada komitmen yang lebih penting.

Sukar saya gambarkan perasaan saya berada dikalangan peserta-peserta daripada universiti lain seperti UIA dan CUCMS... Boleh dikatakan mereka semua sangat soleh dan solehah dan majoritinya adalah naqib dan naqibah di universiti mereka. Cara berpakaian, percakapan, amalan dan akhlak mereka sangat terpuji. Rasa sangat inferior pulak berada dikalangan mereka sebab diri ini tersangatlah kontra kalau nak dibandingkan dengan mereka semua. Tiba-tiba rasa macam nak menjadi seperti mereka tapi entahlah rasa tak mampu... mungkin disebabkan saya dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja dan bersekolah di sekolah harian biasa sahaja. Dulu ada juga niat mahu bersekolah di sekolah aliran agama tetapi tidak berkesempatan kerana masa itu family ada krisis kewangan. Mungkin hikmahnya, Allah mahu saya mendalami ilmu agama semasa saya di universiti dan juga Allah mengurniakan senior-senior dan sahabat-sahabat yang terbaik buat saya untuk terus bermujahadah...

Sebelum ini saya ada juga pergi daurah, but at this time pengisian daurah itu amat berlainan sidikit. Dah nama pun daurah penggerak dan semestinya objektif yang hendak dicapai oleh peserta turut berat iaitu untuk menjadi seorang daie' yang berpotensi dan mampu untuk berdakwah di kampus masing-masing. Pengisiannya lebih menekankan cara untuk memotivasikan kita sebagai para daie' supaya terus bergiat aktif dalam berdakwah. Para ustaz mengupas kisah-kisah para nabi dan juga para sahabat dalam setiap slot. Pabila mendengar cerita beliau hati rasa tersentuh kerana betapa banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh para nabi dan sahabat untuk menegakkan agama Allah. Contohnya Nabi Ibrahin a.s, dakwahnya ditentang habis-habisan oleh ayahnya sendiri dan nabi Nuh a.s ditentang oleh anak dan isterinya. Kalau nak dibandingkan dengan diri kita ini apalah sangat sebab kita sememangnya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang beragama Islam dan mungkin berbeza sedikit cara penekanan akhlak islami itu dalam keluarga. Beruntunglah bagi yang sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang amat menitik-beratkan agama. Namun saya tetap bersyukur walaupun dibesarkan dalam keluarga yang biasa-biasa namun mereka masih menerima perubahan yang saya cuba terapkan. Memang sukar berdakwah dalam keluarga sendiri berbanding dengan orang luar...huhu

Selain itu, cerita para sahabat juga amat lunak dibaca kerana motivasi diri yang ditunjukkan amat mengagumkan. Dalam daurah tersebut, ustaz menceritakan kisah 3 orang sahabat iaitu Ammar bin Yassir, Khattab bin Arats dan Amru bin Jamuh. Ketiga-tiga sahabat ini berjuang dalam menegakkan agama Islam semasa di zaman penentangan Islam. Ketiga-tiga mereka juga amat dikenali dan ada mendapat jaminan daripada nabi di akhirat kelak di atas kesungguhan dan kecekalan mereka berjuang habis-habisan dalam menegakkan syiar Islam. Memang semangat dan kesungguhan mereka perlulah kita jadi iktibar dan juga dorongan buat diri kita untuk terus bergerak walaupun apa jua rintangan yang perlu kita hadapi..

Teringat tazkirah yang disampaikan oleh seorang senior suatu ketika dahulu. Beliau menganalogikan bahawa kerja-kerja dakwah ini ibarat perjalanan sebuah kereta api yang dimana kereta api tersebut akan berhenti di setiap stesyen-stesyen untuk mengambil penumpangnya iaitu kita. Apabila tiba masanya, kereta api tersebut akan terus berlalu walaupun ada atau tiada penumpang yang menaikinya. Sama jua diibaratkan seperti kita, yang adakala rasa mahu dan adakala malas untuk mengikutinya namun arus pergerakkan dakwah itu tetap bergerak dengan duat yang setia mengikutinya. Betapa ruginya kita kalau kita tidak bersama-sama bergerak untuk meneruskan kesinambungan ajaran Allah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Ini juga menjadi pesanan buat diri sendiri apabila terasa lesu untuk terus berjuang kerna yang penting dalam hidup ini adalah Allah sebab kerana izin Allah kita mengenali dunia ini, dan kerana Allah juga kita mampu meneruskan kehidupan yang penuh fatamorgana ini...

Teringat firman Allah :


" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
Muhammad: 7

"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasulnya kemudian tiada keraguan lantas berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah." 
Hujurat : 15

Semoga apa yang ditulis mampu memberi peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di medan ini walaupun kita sama-sama sibuk dengan pembelajaran kita dalam bidang perubatan. Rupanya dalam kajian psychiatric, bila kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa berlapang dada dengan ujian-Nya, adalah merupakan therapeutic therapy untuk mengelakkan penyakit kejiwaan... Wallahualam... Tiba-tiba terbaca article ini mengenai blogger..[sile klik saya]

“Ketahuilah bahawa, dengan mengingati ALLAH itu, hati-hati akan menjadi tenang”

Jazakillah...

p/s: terbanyak pula menulis kali nie... nak melepaskan stress sbb bace buku psychiatric nie tak paham2... thanx a lot to study group member yg memahamkan saya utk beberapa disease psychi yang saya tak paham2 sejak minggu lepas..huhu...continue study....=)
p/s2: sempena rejab nie marilah kita meningkatkan amalan kita supaya menjadi latihan utk menghadapi bulan Ramadhan yang dirindui...
 

Tuesday, June 07, 2011

b'coz u luv me


Because You Loved Me
For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you
You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
I'm everything I am
Because you loved me ...
by: Celine Dion
-------------------------------------------------------------------------------------------
Salam alayk...
Hari nie saya nak kongsi sebuah lagu yang paling saya suka dengar kalau saya rasa down... Lirik-liriknya sangat menusuk hati... Lagu ini saya terjemahkan dalam konteks hubungan kita sebagai hamba Allah... Allah itu sentiasa berada disamping kita dan sangat dekat di hati kita apabila kita memerlukanNYA.. Allah tidak pernah mengecewakan kita apabila kita memerlukanNya. Dia sentiasa ada tidak kira kita berada dalam keadaan  senang/susah atau gembira/sedih... Begitulah sifat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... Namun kita sebagai hambaNya yang sering alpa dan lalai mengingatiNya apabila berada dalam keadaan senang atau pun gembira...huhuhu... Terkadang rasa malu dengan diri sendiri kerana sering alpa untuk istiqamah bermunajat kepadaNya... Ya Allah ampunilah hambaMu ini yang sering terlupa... Jom muhasabah diri... 
jazakillah....
p/s: menasihati diri ini yang sentiasa terlupa kerna lagho' dengan nikmat dunia...huhuhu...  

Monday, June 06, 2011

~new~

Salam Alayk....

Maka bermulanya posting baru saya untuk tahun 4 pada hari ini.. oppss...semalam...hehehe... Oleh itu, bermulalah semula episod kesibukan saya dan sahabat2 saya untuk ke wad semula selepas hampir 2 bulan cuti... A bit blur and sleepy sebab masih dalam mood cuti kot..huhuhu... Tapi yang seronoknya posting kali ini saya mempunyai ramai sahabat2 yang akan bersama-sama saya mengharungi posting untuk tahun 4 ini. So, posting saya yang pertama untuk tahun 4 nie ialah psychiatric atau pun dalam bahasa layman termnya  sakit kejiwaan..huhuhu... Tak expect pun untuk dapat posting ini as my first posting sebab selalu berangan-angan nak dapat posting peadiatrik dulu sebab saya teramatlah suka tengok baby..huhuhu.. Takpelah, just lets move forward.. mungkin ada hikmahnya kot dapat psychi awal2 but yang penting saya tidak keseorangan kali nie kalau nak pergi ward atau klinik sebab roomate saya pon posting sama dengan saya...hehehe...

Bila sudah meningkat tahun, maka beban dan tanggungjawab yang perlu digalas itu terasa bertambah dan semakin sukar.. Tak sangka sekarang sudah berada di tahun 4 dan menjadi senior juga untuk medical faculty.. Rasa macam tak layak sahaja diri ini sebab masih banyak lagi benda yang saya masih terkial-kial untuk catch-up... Still memerlukan senior2 untuk menunjukkan jalan2 yang masih berliku di hadapan... Selepas meeting semalam rasa takut pula nak melaksanakan tanggungjawab tersebut.. Rasa macam mudah tapi after session dengan mantan exco rase macam tak mampu pula nak melaksanakannya.. Risau juga tidak dapat melaksana tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya.. Takut akan dipersoalkan di akhirat kelak... huhuhu... Still in learning process and banyak perkara yang perlu dipelajari... Terima kasih di atas sharing yang amat berguna untuk panduan masa hadapan kami...

Ini kali pertama saya akan memegang sebuah jawatan untuk jangka masa yang lama iaitu setahun sebab sebelum ini selalu saya pegang jawatan just untuk satu2 program sahaja.. Tapi kali ini saya cuba ambil cabaran baru untuk menggilap soft skill saya lagi walaupun saya nie tidaklah pandai bermain dengan benda2 yang berteknologi ni but i have to learn to do it.. InsyaAllah, moga dipermudahkan Allah... Saya bersyukur sebab partner saya kali ini memang seorang yang pandai bermain dengan teknologi dan saya juga sudah booking awal2 kak zatel supaya menjadi mentor saya...hehehe...(tunjuk ajarku sifu)

Semoga perjalanan hidup saya dan sahabat-sahabat saya di fakulti ini diberkati dan dipermudahkan Allah.. Yang penting jangan lupa dakwah dan tarbiyyah diri kita kerana ia yang menguatkan diri kita untuk lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang... Setiap perkara yang kita lakukan mestilah ikhlas kerana Allah.. InsyaAllah semoga dipermudahkan Allah... Tinggal lagi satu tahun sahaja untuk naik ke final year... Let do the best and let Allah do the rest... InsyaAllah...

Motto hidup saya:
"Segala usaha, diiringi doa dan istiqamah, pasti akan berjaya.. InsyaAllah..."

Muhasabah diri:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."  
Al-Baqarah : 286

Jazakillah....

p/s: selepas 3 minggu baru dapat mengup-date blog... huhu.. try untuk up-date setiap minggu.. insyaAllah... wish goodluck to all my sahabat yang memulakan posting baru...
p/s: masih dalam dilema nak balik ipoh ke tak hujung minggu nie untuk join walimah sahabat baik saya...huhuhu

Wednesday, May 18, 2011

musibah =(

Salam alayk...

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali...

Ayat yang kerap kita lafazkan apabila berlaku kematian atau pun musibah... Takziah buat sahabat saya yang baru sahaja kehilangan ayahnya beberapa hari lalu... Maaf dipinta kerna diri ini tidak dapat bersama-samamu untuk merasai dan berkongsi kesedihanmu... Doaku panjat dari kejauhan buat dirimu dan keluarga untuk terus tabah dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat buat dirimu dan keluarga...Amin...

Apabila sesuatu kematian berlaku berdekatan dengan saya barulah saya rasa yang kematian itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira buat yang muda atau yang tua... Hati ini tersentuh apabila tiba-tiba pagi itu sahabat saya menelefon saya dan mengatakan bahawa ayahnya sudah meninggalkannya buat selama-lamanya.. Beliau bertanyakan saya apa yang perlu dia lakukan sedangkan waktu itu beliau sedang bercuti dan tidak boleh membaca yassin buat ayahnya yang tercinta... Cuma nasihat saya supaya dia meneruskan berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat ayahnya... Perkara ini mereflekskan diri ini bahawa mati itu pasti.. Ya Allah, bersediakah saya untuk menempuhinya?

Pagi tadi juga saya dan adik menempuhi satu musibah sewaktu mahu menghantar adik saya ke tempat kerja... huhuhu.. Ngeri juga bila mengenangkan kembali.. Saya telah melanggar seorang wanita muda ketika beliau mahu melintas jalan besar... Tidak tahu siapa yang salah.. Namun saya bersyukur beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan begitu jua saya dan adik... Nasib baik saya sempat melakukan brek emergency sebelum sempat merempuh wanita tersebut.. Just saya terlanggar sipi2 betis kiri wanita tersebut... Saya rasa mesti lebam juga kaki wanita tersebut.. Nasib baik kami mengambil langkah win-win situation iaitu saling meminta maaf dan settle cara baik... Hopefully beliau tidak apa-apa... Apabila balik rumah saya check juga diri saya.. huhuhu..memang ada lebam-lebam kat kaki saya but it is not severe...

Bila mengenangkan kembali saya rasa nyawa saya macam nak tercabut waktu itu.. Alhamdulillah.. Allah masih lagi memberi kesempatan buat saya dan adik terus bernafas dan menghirup udara di bumi Allah ini... Allah masih lagi memberi kesempatan buat diri ini bertaubat dan terus beribadah memohon keampunan daripadaNya..

Thank you Allah.. Syukur Alhamdulillah... Walaupun ia musibah kecil tetapi ia memberi impak yang besar buat diri ini supaya diri ini lebih berhati-hati menunggang motosikal atau memandu di jalan raya...
Jazakillah...

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu, namun tak upaya aku masuk ke nerakaMu.
Oleh itu, kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosaku.
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...


p/s: seriau rasenye nak bawak moto lagi...huhu.. nasib baek moto kesayanganku tidak mengalami apa2 kecederaan.. lebih menyayangi beliau daripada diri sendiri...hehe.. buat sahabatku teruskan berdoa dan moga roh ayahmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...

Monday, May 02, 2011

last week...

Salam alayk....

Pejam celik-pejam celik hari ini dah hari Isnin 2 Mei 2011...Cepatnya masa berlalu... Kalau nak ikutkan sudah hampir sebulan kami budak2 medic tahun 3 sudah bercuti dan buat yang sedang reseat posting... 
Cuti kali nie banyak benda yang saya lakukan... Rasa penuh sahaja jadual..hehehe...

Macam minggu lepas, saya dan beberapa sahabat telah memeriahkan pesta buku 2011 di PWTC... Acara tahunan yang menjadi kemestian saya lakukan sejak memasuki UKM.. mentang2 dekat..hehe.. Tapi kali nie saya pergi dua kali... Mula2 pergi dengan shiqin, ufairah dan naimah masa hari jumaat.. Kali kedua pergi dengan my housemate pulak, nadiah... first time pergi tak tau apa nak beli.. just grab dua buah novel karya penulis kegemaran saya, Fauziah Ashari dan Aleya Aneesa (sory yer bukan novel islamic...hehehe)... kali kedua pergi pesta buku, hari ahad baru saya dapat searching buku2 ilmiah sikit... 3 buah buku saya dapat grab dalam kesesakan orang seperti orang bertawaf, bak kata nadiah...hahahha... salah satu buku tersebut ialah buku Siti Hajar [Citra Cinta dan Pengorbanan] tulisan Nurasyikin Ahmad... Sebenarnya bukan plan nak beli tapi disebabkan saya rasa sangat jealous dengan adik-beradik saya yang lain kerna setiap kali pergi beli buku tertulis nama2 dioarang (aisyah, sarah, hawa dan khadijah)... nama saya sahaja belum saya temui... bila ternampak kat pesta buku semalam di booth pts, terus saya ambil dan bayar... excited sungguh..hahaha...berkira2 hendak mengkhatamkan semua buku yang saya beli kali nie sepanjang cuti... Chaiyok!!!


Sabtu lepas juga saya tidak melepaskan peluang men'join'kan diri bersama2 senior 5th year yang lain menghadiri walimah kak sue dan chip... kami menaiki bas persiaran yang disewa khas daripada ppukm ke Felda Jengka.. dua buah tue... meriah sungguh... Kami bertolak dalam pukul 8 pagi dan sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi.. Time tue baru sahaja pengantin selesai akad nikah... kami sempat juga melihat pengantin menyarungkan cincin.. comel betul kedua2 pengantin... Dalam pukul 12 tengah hari barulah kami bergerak ke rumah pengantin untuk menjamu selera disamping bergambar sakan bersama2 pengantin... susah jugak nak bergambar bersama2 mereka sebab terlalu famous dan tak putus2 orang mahu bergambar dengan mereka... Barakallahumalakum...Semoga cinta kalian berkekalan hingga ke Syurga...

bergambar sebelum ketibaan pengantin lelaki

akhirnya dapat juga bergambar dgn pengantin...
p/s: tahniah buat kak sue dan chip... semoga berbahagia hingga ke syurga... 
p/s2: sekarang nie masih busy me'renovate' bilik kat ktdi nie.. banyak bende nak buat bila dah pindah baru nak cat bilek n tukar tikar... ade sape2 nak meng'offer' diri??? hehe